PART 4

1K 66 2
                                    

Kisah Rumah Kosong By Amanda Locsin

PART 4

[KISAH DI SEBALIK RUMAH KOSONG BERCAT BIRU]

Nasib baiklah ada uncle yang pandai juga mengubat orang kesampukan hantu macam saya ni. Tu uncle baca2 tiup2 mantera di muka saya dan bagi minum air supaya tu semangat balik pigi badan dibilang.

Lepas minum tu air penawar sama kena tiup mantera baru ringan saya rasa badan saya. Berpeluh2 badan saya macam baru keluar dari oven. Tenaga yang saya rasa hilang tadi makin pulih  tapi belum mampulah lari kalau kena bawa belawan lumba lari 100 meter.

Si uncle bilang saya keteguran atau kesampukan hantu kaka beh. Tidak berapa kuat semangat mangkali dia bilang sebab tu pandai 'nosuangan'.

"Nasip sampat kana ubat. Kalau nda sana sudah ko mingguhod miagal lo manuk kana putung rihil dia." Ada aunty saya ni yang gimboros pigi juga sibuk2 becakap menyampuk cerita uncle saya.

"Ohooo.... rugi noh ko Gurui jadi anak lelaki kalau guntalou!"

Ai silaka bah mama saya sempat lagi mengutuk anak dia sendiri. Tidak pernah bah saya begini. Entah kenapalah tiba2 pula kali ni saya kana betul2. Sandi pula kena kacau hantu. Bukan alang2 sengsara dia. Huh!

"Kada keti main2 sama tu benda yang tinggal di rumah sana tu. Kuat betul dorang. Mungkin gara2 apa yang jadi sana dulu tu." Ada satu uncle ni menyampuk.

Terus ramailah cousin2 saya minta cerita peristiwa yang berlaku di rumah biru yang besar tu. Ada juga bah kami dengar2 cerita tapi yang cakap2 urang saja sebab jarang beliau2 sana mau cerita2 tu hal yang berlaku di rumah biru. Takut kena ikut2 hantu dorang bilang.

"Bah lepas ni kalau ramai yang kena kacau lagi saya tidak bertanggungjawab ah. Jaga2lah kamurang. Jangan ingat main2 ni cakap urang2 tua." Itu uncle bilang.

"Bahhhhhh!!!"

Serentak yang muda2 setuju. Tidak kesian betul sama saya yang masih tebaring baru juga baik2 sikit gara2 tidak kuat semangat. Trip yang berani betul kunun dorang bah. Silaka..

Bah mulalah si uncle kami bercerita sambil besigup daun kirai. Time dia becerita tu terus sunyi keadaan sekeliling. Hilang terus tu suasana aramai tie di rumah uncle saya. Bertukar jadi sesi tangon2. Yang tadi jalan pun miring2 sudah mabuk2 terus jadi waras. Besar mata dorang khusyuk mau dengar cerita uncle saya.

Menurut uncle saya rumah bercat biru tu orang ada2. Kira taraf ekonomi keluarga ni lebih baik dari orang kampung yang lain. Tidak hairanlah kalau dilihat dari material binaan rumah dorang ini. Kayu kayan dan material yang lain dipakai adalah material yang mahal dan berkualiti.

Orang bilang rumah biru tu yang dianggap paling cantik di kampung. Dibina bertingkat dengan interior design dia ala2 kondo yang dikagumi ramai. Tapi sejak peristiwa tragis yang melanda rumah ni, keadaannya 100% berubah.

Rumah ala2 kondo bertingkat ni dulu diduduki oleh keluarga Guntobon (bukan nama sebenar).  Dia ni antara orang tua di kampung yang masih mengamalkan amalan nenek moyang dulu iaitu menyimpan belaan saka dalam keturunan. Yang biasa kita panggil 'gimbaran'. Begitulah kunun. Entahlah.. kami dari generasi baru ni tidak kenal keluarga pemilik rumah biru. Kami belum ada lagi masa tu kejadian berlaku. Lagipun suku sakat keluarga Guntobon pun lama sudah tidak pulang tingu2 rumah pusaka dorang.

Gimbaran ni dipelihara untuk jaga keluarga dorang kununlah orang2 kampung bilang. Tapi ada satu masa tu gimbaran yang Si Guntobon jaga ini tanpa disangka2 terpindah ke anak lelaki dia Si Bodung (bukan nama sebenar). Si Bodung ni pula sudahlah kosong tanpa ilmu pelihara gimbaran, jenis yang panas baran lagi.

Bila tu gimbaran ni bersatu dengan badan si Bodung bertambah2lah panas baran dia. Lagipun menurut yang tua2 kalau diri kita ni 'kosong' bila berurusan dengan hal2 mistik begini memang tidak bagus. Itu gimbaran pandai ambil alih sepenuhnya diri kita. Itu menurut pendapat arif orang tua2 di kampung kami.

Jadi satu ketika tu ada minum2 aramai tie di rumah dorang. Entah apalah yang mencetus kemarahan si Bodung sampaikan dia teriak2 menyumpah2 bapa dia si Guntobon. Last2 si Bodung ambil tu kapak terus dia tetak kepala bapa dia si Guntobon sampai hancur. Serpihan kepala, otak dan darah Si Guntobon berhamburan dan dia disahkan mati di tempat kejadian.

Lepas kejadian tu, si Bodung kena tangkap dan di hantar ke Bukit Padang. Tempat untuk rawatan bagi pesakit mental tu bah. Kamu tau tu kan.. Khabarnya macam2 peristiwa seram2 yang yang dia alami sana sehinggakan proses untuk si Bodung sembuh memakan masa hampir 8 tahun barulah doktor sahkan dia sembuh dari penyakit gangguan mental.

Keluar dari Hospital Bukit Padang, si Bodung tinggal semula di rumah biru tempat dia tetak bapa dia. Sendiri2 si Bodung tinggal situ. Ahli keluarga dia yang lain terus berpindah dari tu rumah gara2 takut mau tinggal sama si Bodung sama tidak tahan dengan gangguan mistik dalam tu rumah. Ada saja peristiwa yang bikin jantung mau tekeluar dari badan gia. Sapa juga tahan begitu.

Bila tinggal sendiri macam2lah si Bodung alami sana. Macam2 gangguan dan penampakan 'tombiruo' atau biasa kita sebut hantu. Disebabkan tidak tahan dengan gangguan2, si Bodung gantung diri dalam tu rumah. Dia pun mati di sana juga.

Mungkin sebab itulah kuat betul penangan hantu2 di rumah bertingkat warna biru tu. Salah satu rumah yang dulunya dikagumi sekarang digeruni orang2 kampung.

"Mungkin itulah antara 'penghuni' rumah tersebut yang dinampak oleh si Gurui. Banyak baitu lagi yang tinggal sana tapi kalau baru satu pun bulih 'nowunduk' bagus jangan berani2 lagi limpas2 sana." Si uncle bilang.

"Ai macam mana juga kalau jalanan memang di sana." Saya tidak mau kalah.

"Pigilah ko magalai tempat lain bah. Banyakkk lagi jalanan lain sini kampung selain dari limpas tu rumah." Bilang mama saya.

Terus saya bingung2 ni. Sebab di jalan raya memang boleh limpas tu rumah jadi macam mana tidak boleh tidak limpas kan. Eh pandai2 saja si mama, saya merungut dalam hati.

Bayangan tu benda yang hilang kepala masih terbayang2 segar lagi. Raut wajah dan mata yang tajam renung saya pun masih juga terbayang tapi tidak sudah berdiri bulu roma saya bila saya terimbas balik. Tidak sudah rasa mau demam2 yang lain macam saya rasa taaadi. Kuat juga tu kuasa tiupan mantera penyembuh si uncle oh, saya bilang dalam hati.

"Kihoiiii obulih tahan juga jimat2 ko kasi sembuh urang kan uncle." Sepupu saya si Jericho puji2 uncle saya.

"Apa pula pakai jimat2... saya sambayang saja baitu!"

"Aishhhhhhh.. alaaaaa.."

Besuara kecewa dorang yang  excited mau tau apa ilmu uncle saya pakai kasi ubat saya tadi. Biasalah urang kita ni taksub juga sama cerita mistik2 begini termasuklah saya. Kalau kasi sembuh urang pakai doa saja macam nda berapa luar biasa kunun. Tidak starring dibilang kalau orang kampung. Adeiii macam2 saja.

Bersambung.

**Siou lama betul tergendala ni story. Skrg baru ada masa free typing kasi smbung update. Story ni next part mungkin habis sda. Short story yg bnyak part kan.. kamu layan sajalah ah😅

KISAH RUMAH KOSONG Where stories live. Discover now