Kisah Rumah Kosong by Amanda Locsin
Part 5
Riuh sudah dorang bercerita pasal nampak itu nampak ini sana yang di rumah biru. Banyak versi lah. Tapi saya rasa memang semua betul juga sebab ada yang beliau2 juga pernah nampak benda yang sama.
Kadang dorang kena kasi nampak yang nyata. Maksud saya macam betul2 rupa manusia biasa. Kadang tu hanya bayangan saja. Kadang2 lagi muncul dengan rupa dan cara yang menakutkan macam saya alami.
Dulu pernah juga saya nampak ada perempuan di rumah biru tu tengah dukung2 anak kici. Tapi tiadalah saya ketakutan sangat sebab rupa tu perempuan pun biasa2 saja. Saya nampak pun bukan lama. Tekelip mata terus hilang.
Yang pasti banyak yang nampak kelibat2 di sana. Macam ramai betul huni tu rumah. Doranglah kali penjaga tu sana. Tu rumah pun biar rumah kosong lama ditinggal tiada urang duduk nampak bersih juga. Tiada juga kami nampak sarang labah2 atau kesan anai2 di dinding tu rumah biru.
Aunty Landoi bilang..
"Itu gimbaran dorang baitu telampau banyak kena piara jadi bekumpul tinggal dalam tu rumah. Tu gimbaran semua pun nda dapat pigi mana2 sebab tiada kena kasi turun penjagaan sama keluarga dorang yang lain."
Ada point juga si aunty. Patutlah suku sakat keluarga si Guntobon selalu kena kacau2. Mungkin tu gimbaran marah sudah baitu tiada tuan yang jaga dorang. Ihh kalau saya ditempat2 waris Guntobon pun mana juga saya mau piara2 begitu. Silap sikit saya pun bulih jadi gila. Palis2 jauh2 lah..
Dahsyatnya penangan penunggu tu rumah biru kan sampai urang yang biasa pigi menurun numbur ikur pun tidak berani pigi. Eh susah mau explain tu perasaan seram bila masuk dalam kawasan tu rumah. Aura negatif dia telampau kuat. Koronob ginawo orang Dusun bilang tu kalau rasa begitu. Eh betulkah bahasa saya ni? Sila tegur kalau salah kio.
Menurut dorang yang pernah jumpa waris Guntobon, dorang bilang mau roboh tu rumah tapi sampai sekarang masih lagi utuh tu rumah sana. Asal ada planning mau kasi roboh ada saja masalah yang timbul. Macam2 saja. Lama2 give up sudah tu waris2 si Guntobon. Kena kasi biar sajalah tu rumah. Mau jual pun siapa juga mau beli gia.
Dari cerita2 biasa lama besambung2 sudah cerita dorang. Sambil minum bior sambil becerita. Kali ni pasal rumah kosong yang satu lagi. Rumah kosong yang satu ni tidak juga berapa jauh dari tu rumah biru. Rumah ni pun boleh juga nampak dari rumah kami. Rumah yang satu lagi ni biasa2 saja. Tidak di varnish dan tiada cat. Yang jenis rumah kebanyakan di kampung.
Saya pun ada juga pengalaman nampak2 yang tinggal sana tu. Pernah sekali tu saya sigup2 di beranda rumah lepas makan malam. Masa tu sekitar jam 9 kalau tidak silap tu.. time hembus2 asap rokok, saya terperasan ada perempuan tengah jemur kain di luar. Tidak lama dari tu saya nampak lagi ada beberapa orang keluar dari dalam tu pigi duduk sana kaki lima tu rumah. Macam saja ada satu keluarga yang tinggal sana. Sumarat saya. Saya tidak tunggu lama2 masa tu, saya terus masuk dalam rumah. Tu sigup yang masih panjang saya buang saja sana di tanah.
Bisuknya saya ceritalah yang saya nampak sama kawan di workshop. Kebetulan ada bah juga yang satu kampung sama saya. Dia pun cerita ada yang dia nampak sana. Kawan saya kami panggil dia Si Gaga. Suka dia main tu laga (kerengga) sana pokok jambu masa kici2 terus kena panggil Gaga sampailah sekarang.
Si Gaga bilang..
"Ada satu kali tu saya jalan kaki bah pulang. Telimpas tu rumah. Petang2 sudah kali masa tu. Time saya limpas tu kan saya ternampak ada perempuan bediri dukung2 anak tapi bila saya imuri (perhati) betul2 tiada kepala ba tu budak. Terus berlari pulang ketakutan. Masa saya berlari tu kan sempat saya terfikir manatau saya kena kejar. Palis2.. nasib baik tiada juga. Gila oh. Sikit tekencing saya di tengah jalan hahaha.."
Beketawa kami semua.
"Sama saya pernah tu limpas tu rumah saya tedengar ada bunyi orang memasak. Ras.. rass... ras.. yang bunyi minyak bah. Saya tedengarlah bunyi2 piring belaga sama bunyi pecah macam ada yang cuci piring. Yang sandi lagi tu dengar suara orang becakap2 ni. Tapi saya tidak faham apa dorang cakap. Saya dengar bunyi2 suara saja." Si Gaga sambung cerita dia.
"Jadi ko takutlah?" Kami serentak tanya dia.
"Ish tidak jugalah berapa abis siang2 juga kan hahahha.. cuba kalau malam saya dengar begitu konpem saya lari 100 meter tidak cukup tanah! Kalau bulih tarabang saya tarabang lagi!"
Beketawa lagi kami semua. Lucu bah gaya si Gaga becerita. Sudahlah sebutan dia tidak berapa jelas sebab gigi depan dia tiada sudah. Abis rusak gara2 kuat hisap sigup tapi malas berus gigi. Hushh.. hushh.. dibilang sound sebutan dia tekeluar2 tu bunyi angin kalau dia becakap.
"Pernah ba tu saya limpas sana rasa betul2 macam kena tingu. Bediri semua bulu2 saya. Sampai bulu di bawah pun bediri bah. Sekali saya tingu tu rumah tiada juga bah yang bediri2 di sana sana jendelakah atau mana2.. " Saya cerita.
"Setiap harikah ada yang mengacau?" Ada satu kawan kami yang kacukan cina menanya.
"Nda jugalah tapi kalau kena musim2 keras tu tempat.. bahhh jaga2lah. Mau kuat semangat saja nanti keteguran."
Terus kawan2 yang lain minta cerita pasal apa dan kenapa tu rumah kosong berpenunggu.
Si Gaga ceritalah tu rumah dulu kena tinggal ni lelaki kerja sebagai polis. Tapi dia meninggal sana sebab sakit teruk darah tinggi. Masa tu kami semua kunun masih kecil2 lagi. Dia dengar tu cerita pun dari beliau dia. Sejak meninggal tu polis tu rumah kena biar kosong saja. Tiada yang ganti tinggal sana sudah sampai sekarang.
Bila difikirkan, rumah kosong ni berpenunggu bila ditinggal dalam jangka masa yang lama tiada penghuni. Gangguan kuat dari penunggu2 atau tombiruo yang tinggal atau yang sekadar singgah2 tu tempat bila ada kejadian mati yang tragis macam kes tu rumah biru.
Mungkin disebabkan aura negatif kesan daripada kejadian bunuh tersebut. Mungkin roh si mati yang masih terseksa dan tidak tenteram. Saya pun tidak tau. Ini sekadar perkongsian pendapat.
Apapun.. kuatkan semangat bila berhadapan benda2 begini. Kita boleh percaya dengan benda2 ghaib tapi jangan juga terlalu taksub sampai lupa ada yang lebih tinggi kuasanya daripada hal2 mistik.
Jangan juga cepat hilang semangat macam si Gurui ah. Nasip ada jimat2 si angkol kasi tiup2. Antah anak siapa laitu mengasi malu keturunan nosukod kusai saya dibilang mama saya. ahahaha
T.A.MA.T
YOU ARE READING
KISAH RUMAH KOSONG
TerrorKISAH INI BERKISARKAN 2 BUAH RUMAH KOSONG DI SEBUAH KAMPUNG. BANYAK KEJADIAN SERAM TELAH BERLAKU TERHADAP ORANG2 KAMPUNG DI SEKITAR TEMPAT INI. RUPA2NYA ADA SEJARAH KEJADIAN TRAGIS SUATU KETIKA DULU PERNAH BERLAKU DI RUMAH INI. CERITA INI DIOLAH BER...