2

132 13 2
                                    

"Isy, risaulah saya tengok awak! Dari tadi tak habis-habis belek jam tu. Apa yang istimewa sangat? Bukannya boleh dipakai pun. Kalau saya, dah lama saya buang ke dalam tong sampah" kata Tzuyu bersahaja.

Mina tersentak. Dipandangnya wajah Tzuyu dengan perasaan tidak selesa.

"Kalau tak tahu apa-apa, lebih baik awak diam!" balas Mina geram lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap. Jari-jemarinya masih lagi memegang jam tangan yang dijumpainya tadi.

Tzuyu terdiam. Hatinya tertanya-tanya, kenal Mina begitu sensitif tentang jam itu?

"Saya minta maaf. Saya tak berniat nak kecilkan hati awak" kata Tzuyu perlahan.

"Hmm, tak mengapa. Mina faham."

"Mina, saya nampak awak macam sayang sangat dengan jam tu. Kenapa? Saya tak fahamlah" luah Tzuyu.

Mina mengeluh. Dia berasa serba salah sama ada hendak berteeus terang ataupun tidak dengan Tzuyu.

"Kalau tak nak beritahu tak apa. Saya tak paksa" kata Tzuyu sebaik saja melihat wajah Mina yang semakin gelisah.

"Hmm, bukan macam tu. Mungkin bagi awak jam tangan ni biasa saja. Tapi jam ini sebenarnya mengingatkan Mina pada seseorang. Malah, Mina dapat rasakan yang jam ni kepunyaan dia" Mina akhirnya bersuara.

Tzuyu tergamam mendengar pengakuan Mina. Baginya, kata-kata Mina tidak masuk akal. Sesiapa saja boleh mempunyai jam seperti itu. Lainlah kalau jam yang ditempah khas ataupun berjenama mahal. Sudah tentu bilangan orang yang mempunyai jam itu terhad. Namun, Tzuyu tidak berani hendak menyuarakan pendapatnya, bimbang Mina akan berkecil hati.

Kata-kata Mina mati di situ. Daripada raut wajahnya, Tzuyu tahu Mina tidak berminat hendak menyambung cerita.

Perjalanan pulang masih jauh. Badan Tzuyu sudah mula berasa letih dan sengal. Dia mengerling ke arah Mina. Sahabatnya itu masih leka melayan perasaan. Tzuyu tidak mahu mengganggu Mina. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidur

Mina cuba melelapkan mata. Namun, otaknya yang tidak henti-henti memikirkan pemilik jam tangan yang ditemuinya kelmarin membuatkan Mina gagal melelapkan mata. Dia mengeluh perlahan. Benarkah jam itu kepunyaan Bambam?

Jam tangan yang sudah rosak itu dibeleknya lagi. Entah kenapa hatinya begitu berat mengatakan ia milik Bambam. Mereka membeli jam tangan itu bersama-sama.

*Flashback*

"Cepatlah Chim! Hujan makin lebat ni. Nanti rosak jam tu kalau terkeba air" gesa Mina.

"Sabarlah!" balas Jimin sambil berlari-lari anak mencaru tempat berteduh.

Sebaik sahaja tiba di sebuah perhentian bas, Mina terus menarik tangan Jimin.

"Eh, kenapa ni?" tanya Jimin hairan.

"Mina nak periksa jam Chim. Mana tahu jam tu rosak sebab kena hujan" balas Mina seraya membelek jam tangan Jimin.

Kata-kata Mina membuatkan Jimin ketawa besar.

"Kenala Chim ketawakan Mina? Mina tak buat lawak pun!"ujar Mina tersinggung. Bibirnya sengaja dimuncungkan.

"Mina memanglah tak buat lawak. Tapi cara Mina tu kelakar. Kan jam ni kalis air. Takkanlah baru kena air sikit dah rosak" sambung Jimin masih ketawa.

*Flashback end*

Bas yang tiba-tiba saja berhenti mengejut membuatkan Mina tersentak. Nyaris-nyaris kepalanya terhantuk pada kerusi di hadapannya. Mina mengeluh perlahan. Mujurlah jam yang dipegang sejak tadi tidak terlepas daripada tangan.

"Eh, kenapa dengan bas ni?" tanya Tzuyu terkejut.

"Entah. Agaknya kereta di depan berhenti mengejut kot. Awak sambunglah tidur" kata Mina.

Sebaik saja Tzuyu tertidur semula, bayangan Bambam kembali bermain di ruang fikiran Mina. Rasa rindu terhadap pemuda itu mula menebal.

Mimpi, Dia Muncul Lagi!     -MMN-    -PJM-Where stories live. Discover now