3

118 14 4
                                    

*Skip*

"Amboi! Jauh termenung. Ingatkan siapa?" tegur Puan Myoui tersenyum.

Mina menggeleng seraya tersengih malu. Dia tidak menyangka eommanya memerhatikan gerak-gerinya sejak tadi.

"Mina ingatkan Chim, ya?" tanya Puan Myoui lantas mengelus lembut rambut Mina.

"Hmm, mesti eomma dah baca Instagram Mina, kan?" balas Mina murung.

"Mestilah eomma dah baca"

Mina tidak membalas kata-kata Puan Myoui. Sejak pulang dari perkhemahannya, hati Mina gelisah tidak menentu mengingatkan Bambam.

"Mana jam tangan tu? Boleh eomma tengok?" pinta Puan Myoui.

Mina mengangguk lantas mengeluarkan jam tangan yang dijumpainya tempoh hari daripada kocek seluar. Diserahkanyya jam itu kepada Puan Myoui.

"Mama rasa, ada kemungkinan tak jam tangan tu kepunyaan Chim?"

"Entahlah, Mina. Eomma pun tak tahu. Mungkin betul, mungkin juga tak"

Mina mengeluh kecewa. Dari awal lagi dia sudah mengagak jawapan eommanya.

"Mina janganlah sedih. Yang penting, Mina kena selalu doakan Chim" pujuk Puan Myoui lembut.

Mina cuma mengangguk lemah. Hatinya sebak mengingatkan Chim. Ke mana pemuda itu menghilang?

*Skip*

Sewaktu bersarapan dengan Mina pada hari berikutnya, Tzuyu mendengar saja luahan hati sahabat baiknya tentang jam tangan yang rosak itu. Dia sudah letih menasihati Mina. Naik berbuih mulut dia menegur, tetapi Mina tetap mahu mempercayai jam itu berkemungkinan besar milik Bambam.

Tzuyy sedar hubungan Mina dengan Bambam sangat rapat. Namun, dakwaan Mina tidak berasas. Bagi Tzuyu, jam tangan seperti itu boleh dimiliki sesiapa saja selain Jimin.

"Mina, boleh tak awak jangan layan sangat perasaan awak tu?" tegur Tzuyu sebaik saja menghabiskan sarapannya.

"Awak kawan baik Mina. Tapi awak langsung tak fahan perasaan Mina" ujar Mina perlahan. Air matanya sudah mula bergenang.

Tzuyu mengeluh perlahan. Sejak pulang dari perkhemahan, Mina begitu mudah tersentuh.

"Hmm, macam nilah. Apa kata awak ajak appa awak pergi ke Busan berjumpa Jimin. Dah jumpa nanti, awak bolehlah tanya dia sendiri kenapa dia menyepikan diri dan betul ke jam tangan dia" cadang Tzuyu.

Mina memandang Tzuyu dengan perasaan ragu-ragu. Dia suka dengan cadangan Tzuyu. Tapi dia tidak pasti appanya akan bersetuju.

-

Vomment💕

Sorry kalau pendek...😊

Mimpi, Dia Muncul Lagi!     -MMN-    -PJM-Where stories live. Discover now