4

100 10 0
                                    

*Skip*

Myoui Mina membelek gambarnya bersama Jimin. Hatinya terusik melihat kemesraan mereka berdua, apatah lagi apabila mengenangkan gambar itu diambil beberapa jam sebelum Mina sekeluarga berpindah.

*Flashback*

"Mina jangan lupa hantar surat pada Chim, ya?" pesan Jimin bersungguh-sungguh.

Mina mengangguk seraya mengesat air matanya. Hatinya amat sedih apabila tiba-tiba saja terpaksa berpisah dengan sahabat baiknya.

"Chim pun sama. Jangan lupakan Mina, tau!"

"Okey, Chim janji. Walaupun kita berjauhan, kita akan tetap terus berkawan sampai bila-bila" kata Jimin lagi.

"Masa periksa PMR nanti, Chim jawab betul-betul, tau! Bila dah berjaya masuk universiti, bolehlah Chim beli kereta BMW yang Chim suka tu. Tapi jangan lupa bawa Mina jalan-jalan" sambung Mina serbak.

"Ala... Mina janganlah nangis! Nanti tak comel. Chim buaikan Mina, ya? Mina suka buai tinggi-tinggi, kan?" pujuk Jimin seraya mula mengayunkan buaian yang diduki Mina. Dia tidak sampai hati melihat wajah sayu Mina.

"Lepas ni, Mina tak nak naik buaian lagi!"

"Kenapa?"

"Sebab Chim tak ada nak buaikan Mina"

"Kalau macam tu, Mina kenalah selalu datang je sini. Bolehlah Chim buaikan Mina"

*Flashback End*

Mina menangis teresak-esak meningatkan perbualannya dengan Jimin. Mina rindukan pemuda itu. Dia juga rindukan keluarga Jimin. Mereka tidak ubah seperti keluarganya sendiri.

Sejak kecil, hubungan Mina dengan Bambam sangat rapat. Mereka bagaikan belangkas. Lisa, kakak sulung Jimin selalu mengusik mereka. Katanya, Mina dan Jimin macam pasangan bercinta. Setiap kali diusik begitu, Mina atau Jimin cepat-cepat membantah.

"Eh, mana ada! Kami berdua cuma kawan. Betul tak Mina?" Jimin segera menyangkal membuatkan Lisa tertawa nakal.

"Hmm, kan bagus kalau abah tak kena tukar ke utara" keluh Mina sambil mengesat air matanya.

Gambar Jimin disimpan semula di dalam album lantas diletakkan di dalam rak.

"Mina buat apa tu?" tegur Puan Myoui yang sejak tadi mengintai Mina dari celah pintu bilik yang terbuka sedikit.

"Mina kemas buku. Dah berselerak sangat Dina tengok" kata Mina cuba menyorokkan wajahnya daripada dilihat Puan Myoui.

"Tak payah nak sorok-sorok daripada eomma. Eomma tahu Mina menangis. Kenapa ni, sayang? Mina ada masalah ke?"

"Tak adalah. Mina okey" balas Mina perlahan.

"Eomma dan appa nak keluar. Mina nak ikut?"

"Mina rasa letihlah, eomma. Tak naklah"

Puan Myoui mengangguk lantas meninggalkan Mina bersendirian di dalam biliknya. Dia tahu fikiran anaknya kusut sejak akhir-akhir ni. Kerana itu Puan Myoui tidak mahu mendesak Mina mengikutnya keluar.

Sebaik saja Puan Myoui keluar dari biliknya, Mina kembali teringatkan Jimin. Apa khabar Jimin sekarang? Sihatkah dia? Kenapa dia menyepi?

Lambaian terakhir Jimin masih segar dalam ingatannya. Mina ingat janji Jimin untuk selalu mengingatinya dan berhubung dengannya. Tapi malangnya, pemuda itu tidak menepati janjinya.

*Bersambung*

*Vomment*

Mimpi, Dia Muncul Lagi!     -MMN-    -PJM-Where stories live. Discover now