5

105 9 8
                                    

Mina merengus perlahan. Dia seakan-akan tidak percaya yang Jimin sudah melupakannya. Sepanjang dia mengenali pemuda itu, Jimin bukanlah jenis yang gemar memungkiri janji. Kalau sudah berjanji, dia akan berusaha menunaikannya. Tapi anehnya, Jimin cuma pernah membalas suratnya beberapa kali sahaja. Selepas itu Jimin mula menyepi.

Mina ingat lagi kata-kata Jimin suatu masa dahulu. Katanya, zaman sdkarabg sudah moden. Kalau mahu berhubungan, tidak perlu pakai surat. Guna saja e-mel. Paling tidak pun nereka boleh bertukar-tukar cerita melalui Instagram atau Twitter. Disebabkan itulah Mina bersungguh-sungguh memujuk ayahnya supaya melanggan internet di rumah. Tapi, selepas itu semuanya sia-sia. Jimin tidak pernah menghubunginya lagi.

Hati Mina benar-benar kecewa. Bukannya Mina tidak memberitahu alamat e-melnya. Malah, nama akaun Instagram dan Twitternya turut diberitahu tidak lama selepas dia berpindah. Semuanya terkandung di dalan suratnya kepada Jimin.

Mina mengeluh hampa.

Perlahan-lahan dia membuka laci meja studinya lalu meneluarkan sepucuk surat. Lama dia meneliti tulisan pada sampul surat itu. Kemudian barulah Mina mengeluarkan sekeping surat yang tersimpan di dalamnya. Itulah surat terakhir yang diterimanya daripada Jimin.

Mina...
Beberala bulan lepas Chim ada masuk peraduan dalam surat khabar. Chim saja-saja masuk. Tapi tak sangka pula Chim menang. Chim dapat hadiah utama. Komputer riba. Seronoknya! Rasa macam tak percaya pula. Hmm, lepas ni bolehlah kita selalu online. Chim tak sabar nak sembang guna webcam dengan Mina. Bolehlah kita sembang sambil tengok muka masing-masing.

Mina, Chim rindukan Mina...

Air mata Mina menitis sebaik saja membaca surat Jimin. Sewaktu pertama kali membacanya, Mina berasa sangat riang. Hari-hari dia membayangkan akan berbual dan bersemuka dengan Jimin di internet. Namun, dari sehari ke sehari, impian itu semakin pudar.

*Vomment*

Sorry pendek...

Mimpi, Dia Muncul Lagi!     -MMN-    -PJM-Where stories live. Discover now