Part 1

2.6K 40 0
                                    

*Kat rumah*

kau balik-balik sekolah sahaja kau terus memberitahu keluarga kau dari a hinggalah z. program itu bermula pada dua hari akan datang. jadi cikgu kau memberi 1 hari cuti kepada semua pelajar yang terlibat untuk membuat persiapan. Kau sedih apabila teringat akan seohyun iaitu kawan karib kau yang tidak terpilih. Selalunya dia ada membantu kau jikalau kamu berdua pergi kemana-mana, kemas-kemas barang ni pun selalunya kau akan buat bersamanya. Tetapi apakan daya kau hanya mampu pasrah sahaja.

Tibalah hari program tersebut.

penerbangan kau ialah pada pukul 12 tengah malam. Kau tiba di lapangan terbang 15 minit lebih awal jadi selepas 15 minit berlalu kau peluk cium keluarga kau & seohyun lalu terus menaiki kapal terbang. Kau tidak dapat tidur sepanjang satu hari ini. jadi kau tertidur sepanjang perjalanan jauh itu. Kau hanya dapat tidur selama setengah jam. Kau tidak dapat tidur lena jadi kau pilih untuk bangun terus. Kau terus mencapai buku 'Fast Learning Korea Langunge' kau sudah mahir bahasa basic korea. kerana kadang-kadang kau akan menggunakan bahasa korea ketika berborak dengan kawan-kawan rapat kau *ceh*.

Dalam 6/7 jam selepas itu kau pun tiba di Incheon Airport. Kau pun berlalu keluar dari perut kapal terbang yang kau naiki. lalu kau terus menyertai 4 pelajar perempuan yang turut serta. nasib dorang semua peramah. *purata semua pelajar yang terpilih ni ibu bapanya bergaji tinggi okay* cikgu kau pon mengajak korang semua pergi makan dahulu sebelum check-in hotel korang. Cikgu kau membawa korang semua pergi makan di kedai makan yang tersedap di korea. Kau memesan jajangmyeon berserta jus oren.

You've stole my heart, LuhanWhere stories live. Discover now