Part 3

818 25 0
                                    

sekarang sudah hampir 3/4 jam kau bersiar-siar bersama kawan-kawan kau. kau mulai berasa penat teramat sangat jadi kau mengajak mereka semua pulang ke hotel yang telah disediakan tu. untuk hari pertama ini korang semua perlu tinggal di hotel dahulu tetapi untuk hari kedua dan seterunya korang semua perlu mencari tempat tinggal sendiri. kau dan kawan-kawan perempuan kau memilih untuk tinggal bersama. sebenarnya sebelum cikgu korang memberi pelepasan, dia ada memesan 'selepas kamu semua dah puas bersiar-siar nanti, teruslah cari rumah untuk kamu semua duduki pada esok hari ya'. jadi sebelum balik korang semua bersiar-siar di satu kawasan perumahan *korang guna kereta sewa korang okay* yang terletak dia satu bandar. setelah puas korang semua bersiar dan memerhati, akhirnya ada sebuah rumah yang baru dan cantik yang sesuai untuk di diami lalu kau dengan pantas menelefon tuan penyewa dan sempurna. sekarang korang semua dah pun ada sebuah rumah untuk di diami di cheongdam-dong.

arrived at hotel.

tiba sahaja di dalam bilik korang. kau terus gedebuk ! menrebahkan diri kau diatas katil yang empuk teramat sangat tu. semakin lama kau baring semakin kau berasa mengantuk lalu kau pun terlena. selepas 1 jam lebih kau terlena tiba-tiba seorang kawan kau mengejutkan '(y/n) bangun ! bangun !' kau pun terbangun. dengan keadaan separa sedar kau terus bertanya kenapa 'haih ada apa kejut aku ni ? aku penat lah !'. 'cikgu nak buat perjumpaan kejap. dah cepat siap !' kau pun bergegas bangun dari katil kesayangan kau lalu pergi siap. kau hanya menyarungkan jeans bersama cute pink hoodie dan sepasang highcut converse hitam. lalu kau mengikat kemas rambut kau. selepas merasakan diri kau sudah sempurna. kau terus menyertai kawan-kawan kau semua turun. kau tidak tahu kenapa kau berasa terlalu penat semasa perjumpaan itu berjalan, jadi kau pun tertidur di bahu kawan kau yang ketika itu sedang duduk di sofa. tak lama selepas itu semua pun bersurai. kawan kau cuba mengejut kau berulang kali tetapi gagal kau tetap tidak menyedarkan dia dari tidur. jadi dia memanggil seorang lagi kawan kau untuk menolongnya memapah kau untuk dibawa pulang ke bilik.

setibanya di bilik, kawan kau terus membaringkan kau diatas katil. lalu kawan kau meletakkan tangannya di dahi kau, dan ya. dahi kau terlalu  panas dan ia bermaksud kau mengalami demam panas. jadi mereka pun dengan pantas melaporkan kepada cikgu. cikgu kau menyuruh kawan-kawan kau membawa kau ke hospital segera. mereka pun pun membawa kau kesana dengan segera.

setelah selasai kau dirawat lalu doktor terus berjumpa kawan kau dan berkata 'demam kawan kamu ni agak teruk jadi kami terpaksa menahan dia di wad malam ini untuk memberinya rawatan yang secukupnya' jadi terpaksa dua orang kawan kau tu jaga kau malam ni. untuk pengetahun kau, semasa perjumpaan tadi, cikgu hanya mengingatkan tentang ahli kumpulan 1 dan 2. kumpulan 1 iaitu yang akan memasuki Performing Art High School ialah 3 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan manakala kumpulan 2 iaitu yang akan memasuki Jeguk High School ialah 2 pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan, antaranya ialah kau.

keesokaan harinya.

kau sudah sihat sepenuhnya dan mulai sedarkan diri pada pukul 6 lebih pagi. jadi ia masih sempat untuk kau dan 2 orang kawan kau itu bersiap untuk pergi mendaftar sekolah. sebelum pulang kau singgah sebentar di farmasi untuk mengambil ubat. setelah selesai kau terus bergegas pulang bersama 2 orang kawan kau itu. selepas 15-20 minit berlalu, korang bertiga pon tiba di hotel. korang dengan pantas pergi bersiap. lebihan masa itu, korang gunakan ia untuk mengemas semua baju & peralatan penting kerana hari ini semua pelajar sudah mulai duduk di rumah sewa masing-masing.

jam telah menunjukkan pukul 7 pagi. korang berlima pun bergerak pergi ke sekolah masing-masing. kau menghantar 2 orang kawan kau yang dari kumpulan 1 dahulu, kemudian baru ke sekolah kau.

arrived at school.

walaupun kau sudah pernah melihat Jeguk High School ini di dalam televisyen tetapi kau masih tergamam ketika tiba di situ. korang bertiga pun meneruskan perjalanan ke bilik guru. setelah selesai mendaftar dan melengkapkan segala borang-borang penting. cikgu itu akhirnya bersuara 'annyeong ! nama saya cikgu sunny. awak berdua *menunjukkan kearah dua orang kawan kau* akan masuk ke kelas 5-2. manakala kamu, y/n akan memasuki kelas 5-1 dan saya ialah guru kelas kamu. arasso semua ?'. kau bersama 2 orang kawan kau serentak membalas 'arasso cikgu !'. kau sedih sangat bila dengar kau akan berlainan kelas dengan dua orang kawan kau itu. tetapi apakan daya kau terpaksa merelakan hati kau untuk terima semua ini. korang bertiga pun membawa haluan ke kelas masing-masing. setibanya kau dia hadapan pintu kelas kau, automatik kau menggigil. tak lama selepas itu cikgu sunny pun tiba lalu mempelawa kau masuk. kau jalan sambil menunduk dari masuk kelas hinggalah sekarang. cikgu sunny menceritakan tentang kau ni exchanged student dari malaysia. tiba-tiba cikgu sunny mencuit kau 'y/n, sila perkenalankan diri kamu kepada kelas.' kau menyedut nafas sebanyak yang boleh lalu melepaskannya dengan perlahan-lahan. dan akhirnya kau mengankat muka kau. setelah mengankat muka, kau hanya dapat melihat 12 orang pelajar lelaki di dalam kelas tersebut tetapi kau ternampak seorang pelajar perempuan di satu sudut. hati kau sedikit lega. tiba-tiba kau teringat apa yang baru diperkatakan oleh cikgu sunny sebentar tadi 'di dalam kelas ini hanya terdapat seorang pelajar perempuan tetapi malangnya hari ini ialah hari terakhirnya disini kerana dia terpaksa pindah ke luar negara atas urusan keluarganya . .' kau hampir ternganga disebabkan kenyataan itu dan fikiran kau juga hampir kosong. tetapi kau berjaya mengelakkan semua itu dengan memperkenalkan diri kau 'annyeong saya y/n, saya pelajar perpindahan dari malaysia. saya berharap anda semua boleh membantu saya jikalau saya ada masalah disini.. em.. sekian terima kasih'.

You've stole my heart, LuhanWhere stories live. Discover now