keesokkan harinya
hari ini kau tidak hadir ke sekolah kerana kau masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan luhan dan suzy. kau menyuruh kawan kau memberitahu kepada cikgu sunny sebab kau tidak hadir kerana demam. kawan kau pun hanya menurutinya. kau baring diatas katil dengan perasaan yang bercampur-baur.
di sekolah
rakan sekelas kau, iaitu ahli-ahli exo pelik kenapa kau tidak hadir. luhan juga turut pelik. lalu sehun bersuara.
'luhan hyung, kenapa y/n tak datang ?' - tanya sehun
'hyung pun tak tahulah sehun . .' - balas luhan dengan berat hati.
sepanjang 2 jam pembelajaran, luhan langsung tidak dapat fokus kerana terlalu risau memikirkan akan keadaan kau. dia memilih untuk melawat kau dirumah setelah pulang dari sekolah nanti.
kringggg ~
loceng rehat akhirnya berbunyi. luhan tidak mempunyai selera untuk makan. jadi dia pun duduk sahaja di dalam kelas. dia mengeluarkan handphonenya. dia mencari nama kau lalu menekan butang call. kau ketika itu tertidur terus terjaga setelah terdengar ringtone handphone kau berkumandang secara tiba-tiba. kau pun terus mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa di talian.
'hello y/n awak ke tu ? ni saya luhan' - luhan memulakan perbualan.
mata kau automatik terbeliak setelah mengetahui bahawa luhan yang menelefon kau.
'em . . ya ini saya y/n. ada apa awak call saya ni ?' - balas kau penuh gugup.
'saya cuma nak tanya kenapa awak tak datang sekolah hari ni. kenapa awak tak datang ?' - balas luhan dengan penuh tanda tanya.
kau terdiam seketika. memikirkan jawapan yang agak munasabah.
'ohhh . . em . . saya tak datang sebab saya demam' balas kau tak yakin.
'demam ?! ni semua sebab hal semalam ke ?' - balas luhan cuak.
'eh tak tak. saya memang tak sihat sikit. takde kaitan dengan hal semalam pun. awak janganlah risau. kejap lagi baiklah ni' - balas kau menenangkan luhan.
'ohhh lega sikit saya kalau awak cakap macam tu. kalau awak sakit jangan lupa makan ubat. janganlah sakit lama-lama sangat nanti saya takde kawan nak borak sama' - balas luhan dengan penuh berharap.
kau tersenyum selepas mendengar kata-katanya itu.
'iyalah ~ esok saya dah datanglah. nanti awak boraklah sepuas hati awak. haha' - balas kau ceria.
luhan tersenyum setelah mendengar kau akhirnya kembali ceria.
'okay boss. eh okaylah rehat dah nak habis ni. balik sekolah nanti saya dengan exo lawat awak ya' - balas luhan.
mata kau terbeliak untuk kali kedua. cepat-cepat kau menolak.
'eh tak payahlah lawat. susah-susah je. lagipun saya dah sihat dah pun' - balas kau cuba menolak keinginannya.
'alah takpelah tak susah pun. awak sihat tak sihat saya tetap nak lawat awak juga. apa saya kisah ? haha. okaylah jumpa nanti ya jalja !' - balas luhan di akhir talian.
'haha okay okay jalga' - balas kau dengan hati yang sedang berbunga.
semasa luhan menelefon kau, suzy secara senyap-senyap telah mendengar semua perbualan korang. jadi dia memasang niat untuk merancang sesuatu agar luhan tidak dapat pergi melawat kau.
YOU ARE READING
You've stole my heart, Luhan
FanfictionKau lahir daripada keluarga yang berada. tetapi kau tidak suka menunjuk. Kau gilakan negara korea dan dunia kpop. Kau hardcore fangirl kepada salah satu ahli exo iaitu Luhan. Kau gadis yang berumur 17 tahun. Kau ni seorang yang cantik dan genius di...