Episod 8

5.6K 214 16
                                    

     Waktu Haziq berjalan dengan Irsyad masuk kawasan sekolah, dia perasan semua orang pandang dia. Dia rasa teramatlah tak selesa jadi tumpuan ramai macam ni, rasa macam nak pitam.

'Ja-ja-janganlah pandang sini' kaki Haziq kaku dan menggeletar sebab dia rasa nervous sangat.

     Irsyad yang perasan perubahan Haziq berbisik pada Haziq, "Haziq, tak payah risau. Aku ada kat sini. Lagipun diorang semua pandang aku, bukan kau" sambil meletakkan tangan pada bahu Haziq.

"Sebab kau ada kat sinilah semua orang pandang. Pe-pe-pergi jauh sikit boleh tak? Please? " pinta Haziq dan dia cuba untuk berjalan tapi kaki dia masih lumpuh di situ. Dia hanya menunduk dan menutup matanya ketat. Irsyad yang dari tadi di sebelah Haziq beralah dan terus beredar dari situ. Kemudian muncul orang lain mendekati Haziq.

"Haziq!" jerit Anwar memanggil nama Haziq. Haziq tak mampu nak menjawab, mulut dia bagaikan terkunci. Dia dah jadi macam tugu negara kat tengah jalan tu.

"Haziq, kau kenapa ni? Aku panggil tak pandang" tanya Anwar. Haziq kemudiannya mengangkat kepalanya dan memandang Anwar.

"Anwar, tolong bawak aku pergi barisan kelas kita. Aku-aku tak boleh nak jalan, semua orang pandang aku semacam je dari tadi" Haziq meminta pertolongan Anwar. Anwar yang mengetahui keadaan sebenar Haziq hanya mengangguk dan memegang kedua belah bahu Haziq dan membantunya jalan ke tapak perhimpunan.

"Dah, duduk Haziq" kata Anwar.

"Thanks"Haziq mengucapkan terima kasih.

"No problem" balas Anwar dengan senyuman.

     Irsyad hanya memandang tajam kedua orang di depan itu. 'Hmmmm budak tu, kenapa rapat dengan Haziq? Mencurigakan" fikir Irsyad.

"Baiklah pelajar semua, minggu depan akan bermula peperiksaan pertengahan tahun. Saya harap pelajar semua dah study ya. Pastikan kertas jawapan ada tulisan ya. Kalau tak ada, saya panggil naik pejabat ya. Itu sahaja daripada saya, terima kasih ya." kata pengetua sekolah dalam ucapannya. Nak habiskan ayat je mesti ada 'ya' tu.

"Dengan berakhir ucapan pengetua sebentar tadi, maka tamatlah perhimpunan kita pada pagi ini. Semua pelajar diminta bangun untuk menyanyikan lagu sekolah" ucap pengacara majlis sebelum lagu sekolah dimainkan. Kemudian, semua pelajar berjalan ke kelas masing-masing.

'Hmmm minggu depan dah start exam, so aku kena study lebih. Habis waktu sekolah aku belajar kat librarylah, senang sikit nak fokus' fikir Haziq sepanjang perjalanan.

"Haziq, fikir apa tu? " tanya Anwar yang berjalan bersebelahan dengan Haziq.

"Aku fikir sepanjang minggu ni nak study dekat library lepas habis kelas" jawab Haziq.

"Waaaa, aku nak join boleh. Kalau kat rumah aku tak boleh fokus langsung, dengan komputer, tv lagi, susahhh" pinta Anwar teruja.

"Ah emmm boleh je" Haziq membenarkan Anwar mengikutinya.

"Kalau aku nak join jugak boleh? " tiba-tiba ada orang menyampuk dari belakang. Haziq dan Anwar tengok belakang dan ada Irsyad berjalan sekali dengan diorang. Terkejut Haziq dibuatnya.

"Ta-ta-tak boleh" Haziq tak bagi kebenaran.

"Ehhhhh kenapa pulak. Dia ni boleh ikut tak aci" rungut Irsyad sambil jari telunjuknya ditujukan kepada Anwar.

"Sebab nanti kau bisinglah, kata bosan semua. Tak payah ikut" Haziq tetap tak bagi.

"Huh" Irsyad merengus tanda tak puas hati. Tapi lepas tu dia tak mengamuk tak tentu pasal, dia buat muka marah je. Haziq malas nak melayan.

MagnetWhere stories live. Discover now