Episod 23

4.1K 155 46
                                    

       Dah 3 hari Haziq tak datang sekolah semenjak kes kena raba tu. Setiap kali Anwar datang melawat, Haziq cuma terperuk dalam bilik. Dia hanya termenung sepanjang masa. Waktu sahur dengan buka puasa pun dia tak makan banyak.

"Mak cik, pak cik kata apa?" tanya Anwar pada Puan Maria.

"Pak cik kata Haziq tengah down sekarang ni. Dia overstress. Lepas satu, satu yang dia kena. Dia tak pernah tempuh benda macam ni lagi, tu yang teruk macam sekarang ni." terang Puan Maria.

"Haziq tu, kalau dia ada masalah, dia lebih pendam daripada luahkan. Tapi, kalau ada sesiapa yang tertekan 'button' dia, dia boleh 'meletup'" kata Puan Maria perlahan.

"Sabar ya mak cik, kita semua kenalah selalu ada dengan dia sekarang ni" kata Anwar memberi semangat pada ibu Haziq tu.

"Mak cik baru perasan, Irsyad mana? Dia langsung tak datang jenguk Haziq" tanya Puan Maria.

"Emmmmm Irsyad, macam mana nak cakap ek" Anwar tak berani nak cakap.

"Irsyad apa? Bagitau mak cik sekarang." Anwar mula menceritakan semua benda, pasal perubahan Irsyad, ugutan Zarif dan kes raba tu. Terkejut Puan Maria mendengarnya.

"Budak Irsyad tu kan, memang nak kena betul dengan mak cik. Dulu beria kata nak jaga Haziq bagai, sekarang ni? Dia yang tinggalkan Haziq hishhh" marah Puan Maria. Beliau tak sangka Irsyad boleh berubah sampai macam tu.

"Emm mak cik, saya naik atas kejap ya, tengok Haziq"

"Haaa naiklah, mak cik nak siapkan meja, dah nak berbuka dah ni. Nanti kamu makan je sini ya"

"Baik mak cik, terima kasih." Anwar mengucapkan terima kasih dan dia terus naik tangga menuju ke bilik Haziq. Dia ketuk pintu bilik Haziq.

"Haziq, aku ni, Anwar. Aku masuk ya" Anwar memulas tombol pintu dan kelihatan Haziq masih sama, termenung di atas katil. Wajahnya tak beriak. Mata dan hidungnya jelas kemerahan menunjukkan yang Haziq baru menangis. Anwar duduk di birai katil Haziq.

"War, dah ada cara ke nak selesaikan semua ni?" Haziq memandang tepat mata Anwar, mengharapkan jawapan yang positif.

"Selagi tak ada bukti, kita tak boleh nak dakwa Zarif tu. Kena ada pengakuan daripada mulut dia sendiri" kata Anwar. Haziq hanya mengeluh.

"Kenapa aku yang kena semua ni? Apa salah aku? Aku tak ingat pun aku ada cari pasal dengan orang lain sebelum ni sampai dapat ujian macam ni" Haziq memeluk kakinya. Anwar menarik kepala Haziq untuk bersandar pada bahunya. Dia mengusap perlahan rambut Haziq.

"Haziq, kau kenalah kuat. Sampai bila kau nak duduk dalam bilik ni? Abaikan je apa yang budak-budak tu cakap. Diorang tu bukan tau apa-apa pun." kata Anwar. Dia kemudiannya mengalihkan kepala Haziq dan duduk menghadap Haziq. Dia memegang kedua belah pipi Haziq.

"Aku nak Haziq yang dulu, Haziq yang langsung tak kisah bila orang kata dia sombong, berlagak" Haziq yang mendengar terus memeluk Anwar.

"Thanks War, tenang sikit hati aku mendengarnya" kata Haziq. Dia meleraikan pelukan dan memandang Anwar sambil tersenyum.

"Kau ni kan War, dah macam abang pulak tau hahahaha"

"Eh, aku memang abang kau kannn"

"Ya ke? Birthday kau bila?" tanya Haziq.

"9 Julai. Kau?"

"10 November. Haahlah, kau memang abang aku hahahaha" Haziq yang dah mula tenang tu ketawa terbahak-bahak. Anwar hanya tersenyum.

"Kan bagus macam ni, gelak-gelak. Takdelah menangis je kerjanya" Anwar mencubit pipi Haziq. Haziq mengaduh lalu mencubit tangan Anwar pula. Mereka berdua kemudian ketawa bersama.

MagnetWhere stories live. Discover now