S E P I

4 0 0
                                    

Tuhan,
Mengapa jiwaku begini?
Kesunyian dalam lautan manusia.
.
Tuhan,
Mengapa hati ini terasa sakit?
Penawar apakah yang bisa menyembuhkan?
.
Tuhan,
Mengapa jiwaku harus galau begini?
Kehilangan rasa yang ada dalam hati.
.
Tuhan,
Adakah aku terlalu banyak bersoal?
.
Tuhan,
Mengapa aku lemah begini?
Begitu jauhkah aku daripada-Mu di kala ini?
.
Tuhan,
Aku hanya punya Kamu yang mengetahui segala rahasia hatiku.
Kurniakanlah ketenangan dan kekuatan jiwa buat hambamu ini.
Ringankanlah beban yang membelengu jiwaku.
Hilangkanlah segala prasangka yang membinasakan diriku.
Sekiranya aku ditindas, kau berikanlah aku kesabaran yang ampuh.
Serta, rezekikanlah aku dengan sesuatu yang Kau sahaja Maha Mengetahui akan kebaikannya buat diriku ini.

Rushda Kahsi.
250518 | 13:17

Coretan JiwaWhere stories live. Discover now