GURUH dan kilat saling sabung menyabung. Jeritan kesakitan seorang wanita tika hendak melahirkan tenggelam timbul bersama rimbunan rintik hujan yang jatuh ke bumi. Peluh merenek pada setiap inci wajahnya.
"Sakit! Argh! Sakit!!"
Jeritan dan tangisan menjadi hiasan pada malam itu. Tidak seorang pun di kawasan ini yang mendengarkan suara raungan kesakitan wanita itu.
Dia bertarung nyawa, seorang diri. Tanpa ada yang menemaninya saat ini.
"Ibu!!"
"Argh!!"
Raungannya masih lagi tiada sahutan dari sesiapa.
Rumah kosong yang tidak berpenghuni, yang telah lama di tinggalkan hanya bergema dengan raungan kesakitan yang dirasakan oleh wanita ini.
Tanpa ada yang tahu betapa sakitnya deritanya hendak melahirkan zuriat. Tanpa ada suaminya yang menemani, tangisannya makin kuat bersama jeritan meneran.
"Maafkan Hanis bu! Argh!! Tolong!"
Kilat saling sabung menyabung di dada langit tinggi. Rintik hujan membasahinya yang terbaring dalam kesakitan.
Darah pekat mengalir ditanah. Hanyirnya menyinga rasa.
Dia terus meneran. Meneran dan meneran. Sakit yang maha dahsyat, yang cukup buat dia rasa mati lebih baik. Namun kerana naluri seorang ibu masih ada dalam hati, dia kuatkan tekad untuk melahirkan.
Meskipun dia tahu.. keperatusan untuk dia dan anak ini hidup amat tipis. Mak bidan tiada bagi menyambut kelahiran, ibunya tiada di sisi bagi menemaninya saat ini.
Dia sendiri..
Malam itu hujan lebat. Lebih lebat dari kebiasaannya. Sudah tiba saatnya musim tengkujuh melanda bumi kelahirannya.
Dadanya berombak mencari nafas, semangat di bulatkan, dia meneran sekali lagi. Suara bayi menangis. Dalam kepayahan itu sekali lagi dia meneran, menjerit sekuat hati.
Bayi itu keluar dari rahimnya. Cukup sifat.
Dia letih. Tak berdaya rasanya dia hendak bergerak. Kangkangannya jatuh menyembah bumi. Anak di kaki di biarkan tanpa seurat benang, melindungi dirinya yang kesejukan.
Dalam kepayahan itu jugalah, dia merengkuk perlahan cuba untuk bergerak. Keadaan yang selemah ini, doa sahaja yang dapat dia panjatkan kepada Tuhan. Agar ada hati yang bersih dari noda fitnah dapat menyelamatkan anaknya.
Cukuplah hanya anak yang baru dilahirkan sebentar tadi mendapat pelindungan manusia yang jauh lebih baik dari noda dunia. Andainya itulah kali terakhir tatapan matanya kepada puteri sulung yang telah lahir dari rahim ini. Mungkin..
Air mata seorang ibu dan titisan air hujan bercampur mengena kulit mulus itu. Sempat dia menyentuh pipi merah yang terpercik air tanah.
Tangannya menggeletar cuba mengendong bayi yang masih nyaring menangis. Makin lama, kudratnya makin hilang dari badan. Kesejukan mula menguasai diri sehinggakan dia tidak mampu untuk melawannya lagi.
Kali ini dia pasrah akan ketentuan hidup. Di mana ada takdir buat dia, di situlah dia akan berada. Dan sekiranya takdir buat dia hanya setakat ini, biarlah amannya suatu ketenangan sebelum pergi, anak itu ada yang sudi menjaganya.
Mata yang penuh dengan bayangan keperitan masa lalu terpejam perlahan-lahan. Suara tangisan bayi itu juga kedengarannya makin sayup di telinga.
Hanya tangan si ibu yang mampu mencapai, memegang dan menyentuh kulit si bayi. Tangan yang makin di tenggelami dengan lumpur tanah. Dia rebah..
WAK SATEY baru pulang dari menukang atap bocor di kampung sebelah. Kerjanya jadi tergendala kerana turunnya hujan selebat-lebat tidak pada petang itu.
Hatinya di paut resah bila teringatkan cucu dan isterinya di rumah. Entah apa yang mereka berdua lakukan ketika ini. Pasti mereka sedang berada dalam keadaan kelaparan kerana dia belum pulang membawa bekalan untuk malam ini.
Wak Satey menyusur laluan kampung, jalan yang sering dia gunakan setiap kali kaki tuanya itu melangkah keluar dari rumaah mencari rezeki di hutan.
Orang kata.. rezeki di hutan itu bergunung tinggi. Ada orang kata juga.. pencarian wang di kota raya lebih lumayan. Itu apa yang orang kata. Buat Wak Satey, rezeki itu ada di mana-mana.
Buat dirinya, biarlah di hutan ini tempatnya mencari rezeki buat keluarga di rumah. Semantah kudrat tuanya masih lagi boleh melakukan kerja penukangan di rumah-rumah orang yang memerlukan khidmatnya.
Payung kertas yang sering di tinggalkan di kuburan, yang telah koyak sana sini menjadi pelindung dirinya ketika melangkah di hutan sederhana ini.
Pokok yang menjadi atap buat tanah yang ketandusan, sesekali memercikkan lumpur di pakaiannya.
Malam ini, rezekinya tidak banyak yang dibawa pulang. Kerjanya menukang atap bocor belum siap, dan kerana keadaan tidak mengizinkan juga dia terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Perih hati tuanya melihat tangan yang tidak memegang sebarang makanan untuk dimakan nanti. Dia masuk lagi ke hutan sana. Jauh dari jalan pulang kerumahnya.
Rintik hujan makin lebat mengena dahanan pokok yang kian rapuh saban hari. Pokok betik yang berbuah namun belum masak ranum di pandang sepi.
"Pucuknya boleh buat lauk juga malam ini." Bisik katanya dalam rintik hujan lebat.
Kaki tua itu makin lama jauh berjalan kedalam hutan. Sediki demi sedikit sayur yang hidup di hutan ini diambilnya, buat bekalan di rumah.
Hujan kian reda. Meskipun hanya hujan renyai-renyai, tubuhnya telah pun basah kuyup sejak tadi. Baju putih tipisnya telah bertukar warna kusam. Payung di tutup semula. disispnya di celah ketiak.
Dia terus berjalan mendekati sebuah rumah kosong di dalam hutan ini. Lelahannya yang teramat, dia inginkan istirahat seketika.
Bunyi suara bayi menangis nyaring menyapa gegendang telinganya. Pantas kaki itu berlari mendekati. Dua manusia yang terbaring di atas tanah dengan darah yang penuh satu badan, dan seorang bayi tanpa kain yang menyelubungi diri menangis di sisi ibunya.
YOU ARE READING
TANGISAN NONGKRONG
RomanceKisah cinta yang berputik dari hati manusia untuk insan, selama mana ia menjadi fitrah kejadian manusia. Keinginan, kepuasan, nafsu, kepercayaan, kasih sayang, keluarga, harta, semuanya menjadi pertaruhan dalam mencari kebenaran. Ada pun hati nurani...