BAB 1
HUJAN sudah pun reda.
Wak Satey menyorong kereta sorong kayu tiga roda, yang telah hilang sebelah roda menjadikannya kereta sorong kayu dua roda ke rumahnya.
Dengan kudrat tuanya, apalah sangat yang dapat dia lakukan dengan kereta sorong tu. Terhuyung hayang tubuhnya menampung berat dua beranak yang di hadapannya.
"Kenapalah kau beranak dekat tempat macam tu nak.." Keluh Wak Satey.
Hujan yang dah reda tidak menjadi penghalang pada jalan yang becak untuk dia meneruskan langkah pulang kerumah secepat yang boleh demi menyelamatkan si ibu yang masih bernafas dan anak kecil itu.
Terdetik juga dalam hatinya rasa kasihan pada mereka berdua ini. Dia ingin tahu apa yang menyebabkan dua beranak ini jadi begitu. Begitu sadis takdir buat bayi yang baru lahir ini.
Sesekali kaki Wak Satey tenggelam dalam lopak tanah hitam. Kudratnya makin lemah, tapi dia masih menersukan langkah.
"Allah.."
Kakinya terseliuh jatuh, begitu juga dengan dua beranak itu sekali. Bergegas Wak Satey berdiri dan berlari selamatkan bayi dan ibunya yang terbaring di tanah.
Menggigil tangan tua itu mengangkat tubuh yang lemah naik kembali kereta sorong kayu yang telah di tegakkan semula.
"Ya Allah.. maafkan pakcik nak.. Allah.."
Terketar-ketar kaki itu menahan diri, menampung berat yang di pikul di tangan. Bayi itu di kendong, lalu di letakkan diatas riba ibunya.Tangisan bayi perempuan itu menjerit memekik seluruh alam.
"Sshh.. sabar nak. Kita dah nak sampai dekat rumah pakcik ni." Kata Wak Satey.
Tangannya memegang kayu penolak di bahagian belakang. Nafas tuanya turun naik kerana lelah. Dengan ucapan bismillah dan doa kepada Tuhan, semoga perjalanannya pada malam itu di permudahkan dan mereka selamat sampai ke rumah.
Roda itu berputar meskipun nampak seperti hendak tertanggal.
Mereka bertiga sampai di hadapan rumah Wak Satey. Di luar rumah yang beratapkan zink dah berkarat dan bocor di sana-sini, Khairul sedang duduk menyangkung dengan mata yang tertutup.
Sekejap-sekejap kepalanya terhantuk dekat lutut menahan ngantuk. Pesan nenek, dia harus menunggu kepulangan atuknya di luar kerana neneknya ada urusan di rumah isteri imam.
"Kheyun..."
Wak Satey yang tak punya pagar gigi memanggil cucu kesayangan . Nama Khairul menjadi Kheyun kerana sebutannya yang tidak jelas.
Budak lelaki itu masih mamai. Tersengguk-sengguk kepalanya memukul lutut dengan dahi.
"Kheyuunn.." Panggil Wak Satey lagi.
Khairul masih lagi seperti tadi. Tidak berganjak dari cangkungannya.
Hari hujankan, memang sedap kalau melayan mata. Lagi-lagi dekat luar ni sejuk sangat.
Wak Satey meletakkan kenderaan yang membantunya untuk membawa dua beranak itu pulang kerumah. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan mereka kesejukan di uar.
Dengan keadaan si ibu yang baru lepas melahirkan, dan bayi yang baru lahir ke dunia ini. Dia tak sampai hati. Tidak mengapalah kalau dia bawa pulang ke rumah. Meskipun rumahnya seperti pondok usang yang tunggu masa untuk roboh menyembah bumi.
YOU ARE READING
TANGISAN NONGKRONG
RomantikKisah cinta yang berputik dari hati manusia untuk insan, selama mana ia menjadi fitrah kejadian manusia. Keinginan, kepuasan, nafsu, kepercayaan, kasih sayang, keluarga, harta, semuanya menjadi pertaruhan dalam mencari kebenaran. Ada pun hati nurani...