TANGISAN NONGKRONG (3)

90 0 0
                                    



Bab 3

Pukul enam pagi.

Bergegas Mak Dah mengejutkan anak-anaknya yang bersekolah bangun. Masing-masing perlu di kejut baru nak sedar. Kalau tak di jerit, tak di kejutkan subuh entah ke mana.. sekolah entah kemana.

Begitu juga dengan suaminya, Pak Hamid yang liat kalau bab bangun pagi. Apatahlagi untuk sembahyang subuh. Kadang buat, kadang ditinggalkan atas alasan bangun lambat yang menyebabkan dia terkejar-kejar masa untuk ke tempat kerja.

"Naura.. bangun.. bangun. Dah subuh."

Tingkap bilik Nur Hanis di buka. Dua beradiknya tinggal sekali, sebilik dengannya.

Anak kecil itu mengeliat malas. Matanya berat untuk di buka. Selimut yang terselak di kaki, di tariknya menyelubungi kepala.

Angin subuh menyerpa masuk ke dalam bilik kecil ini. Dhamir yang tidur di lantai beralaskan tikar buruk duduk bersila dengan mata terpejam. Mak Dah menarik Dhamir berdiri. Anak itu merengek kerana lenanya terganggu.

"Bangun.. bangun.." Punggung Naura di tepuk beberapa kali.

Gadis itu bangkit dari tidurnya.

"Apa mak..." Ujar Naura dalam keadaan mamai lagi.

Dahmir berdiri di sisi Mak Dah, namun matanya hampir terkatup sepenuhnya. Kesejukan subuh menggigit tulang-temulangnya yang masih kecil.

"Bangun! Subuh! Kamu tak nak ke sekolah ke?" Bising Mak Dah.

Anak gadisnya yang seorang ni memang liat sangat kalau bab bangun pagi. Malam jadi burung hantu tak tidur, menonton tv saja kerjanya. Nilah akibat tak nak dengar cakap orang tua.

Naik berbuih mulut ni bercakap, menyuruhnya tidur awal kerana keesokan paginya dia perlu ke sekolah. Ini tidak.. tak mahu dengar kata. Degil! Macam ayahnya juga.

Hah, si ayah pula. Entah dah celik biji mata ke belum dekat dalam bilik tu.

"Mak kira sampai dua, kamu tak bangun hanger ni mak pukul buntut kamu sampai berdarah."

Mak Dah mengemas tempat tidur Dhamir. Tikar buruk itu di lipat dua kemudian diletakkan diatas gerobok baju. Bantalnya pula di susun diatas katil kakak sulung Dhamir.

"Satu.." Mak Dah mula mengira.

Dia kemudiannya beralih pula kepada gerobok baju. Hanger pakaian sekolah Dhamir dan Naura di keluarkan. Siap di gosok oleh Nur Hanis. Segala kelengkapan sekolah termasuk jadual buku adik-adiknya di lakukan oleh Nur Hanis.

Begitulah gadis ini merasakan tanggungjawabnya sebagai anak sulung. Membantu meringankan sedikit bebanan keluarga. Apa yang mampu dia lakukan, dia akan buat. Asalkan ia termampu untu di tanggung oleh kudratnya sebagai perempuan.

"Ye.. ye.. orang bangun ni.." Naura bangkit dari pembaringannya.

Kakinya melunjur ke lantai. Matanya yang berat terbuka perlahan-lahan. Dia menggosok mata yang masih ngantuk. Dia melihat Mak Dah ke sana ke mari menyiapkan pakaian sekolah untuk dia dan Dhamir.

Tuala yang tersadai di kepala katil di tarik. Dhamir yang tidur berdiri tegak di tengah laluan, dia melibat dengan tuala mandinya.

"Bangun! Yang kau tidur lagi apasal?" Jerit Naura.

TANGISAN NONGKRONGWhere stories live. Discover now