Teringat aku dengan seseorang yang aku takkan lupa, yang aku takkan boleh jumpa dan tak boleh disentuh. Hutan di belakang rumah pak cik aku adalah tempat dimana hubungan aku dengan si dia terjalin tanpa ikatan. Cuaca hari ini agak cerah memandangkan musim panas akan bermula tidak lama lagi. Hari ini, aku akan melawat tempat di mana hubungan kami terjalin tanpa ikatan dengan menaiki keretapi.
"Hannah! Make sure you listen to your uncle!" Ibu berjalan menuju ke arahku yang berada di hadapan pintu keluar sambil aku memakai stokinku.
"Okay mum.." Jawabku, lemah.
"Handkerchief dah ada? Ticket kamu? Kasut cantik kamu?" Tanya ibu lagi.
"Ya semua dah ada, Hannah tak nak bawa kasut yang tu. Hannah pakai kasut hitam ni je." Sambil menyarungkan kasut yang aku sebut sebentar tadi.
"Ha yelah, hati-hati tau!" Aku memeluk ibu dan bergegas keluar dari rumah, takut ketinggalan bas untuk ke stesen. Syukur apabila setibanya di situ, bas baru sahaja sampai dan segera aku menaiki bas tersebut.
Bas bergerak dengan agak laju. Aku hanya termenung ke luar tingkap sehingga aku tiba di stesen. Tiba sahaja di stesen, aku ke tempat duduk khas di mana semua pengguna keretapi menunggu keretapi seterusnya yang akan tiba.
Tersentak sedikit apabila mendengar bunyi yang kuat keluar daripada keretapi yang telah lama aku tunggu. Nasib baik tak banyak sangat orang, tak payah berebut tempat.
Sepanjang aku berada di dalam stesen, aku termenung lagi mengingatkan kisah lama aku dengan si dia.
________________________________________________________________________________
Hi guys! Sis dah unpublish A Broken Love Letter supaya korang tak payah tunggu-tunggu episod lelama yang tak pandai nak siap hehe. Lepas sis complete cerita tu baru sis publish balik tau! This is a new short story, sis janji sis akan siapkan yang niii thank you and sorry!!
YOU ARE READING
Ancient Forest
RomanceTertarik dengan kisah dewa gunung, Hannah yang berusia enam tahun kehilangan jalannya di hutan purba semasa melawat pamannya. Lelah dan terdesak untuk mendapatkan bantuan, Hotaru sangat teruja untuk mencari semangat hutan bertopeng bernama Jacob. Di...