Musim panas tahun seterusnya, aku datang lagi berjumpa dengan uniform sekolahku yang baru. Umurku sama dengan Jacob tahun itu.
"Jadi, inilah uniform baru awak?" Aku mengangguk kecil.
"Masa berlalu dengan pantas, awak dah sama umur dengan saya." Aku diam sahaja.
"Awak tak datang berlari dekat saya lagi sejak kebelakangan ni." Jacob membuka cerita.
"Saya dah belajar dari kesilapan lepas awak hempuk saya pakai kayu selalu." Aku ketawa kecil.
"Saya dah rancang, dalam masa 3 tahun lagi lepas saya graduate. Saya rancang nak cari kerja dekat sini, nak temankan awak selalu. Masa musim bunga, musim sejuk, musim luruh dan musim panas. Sentiasa dengan awak." Dia diam mendengar aku bercakap.
"Hannah, saya nak bagitahu tentang diri saya pada awak."
"Saya bukan roh, tapi saya bukan lagi manusia. Rasa macam saya pernah jadi manusia dulu. Tapi masa saya masih dalam keadaan bayi, saya ditinggalkan bersendirian dalam hutan ni. Saya baru sahaja ditinggalkan, jadi saya menangis seakan minta diambil semula ibu bapa yang tinggalkan saya."
"Roh-roh dekat sini kata saya menangis dalam masa yang sangat lama. Saya patut mati dah lama dulu, tapi ketua Hutan Roh ni muncul dan bagi saya sumpahan yang boleh bagi saya teruskan hidup. Supaya saya tak akan pernah meningkat usia selepas 18 tahun. Saya seakan hantu." Jelasnya lagi.
"Hannah, it's okay if you forget about me. A body that is maintain by magic is very weak. If it touches a real human, the spell will break and my body will disappear. It's such a fragile thing, how long can you-" Ayatnya tidak dihabiskan sebab aku memotong.
"Benda yang boleh hilang apabila disentuh, macam salji kan? Jacob, saya fikirkan awak sepanjang musim sejuk, musim bunga dan musim luruh." Aku ingin mengawal perasaan sedih aku.
"Jacob, jangan lupakan saya tau!" Aku memandangnya dengan penuh harapan.
Masa akan memisahkan kami juga suatu hari nanti. Tapi, walaupun macam tu, sampai bila pun, saya nak bersama dengan dia juga.
___________________________________________________
Weih korang ready tak nak part sedih ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
Ancient Forest
RomanceTertarik dengan kisah dewa gunung, Hannah yang berusia enam tahun kehilangan jalannya di hutan purba semasa melawat pamannya. Lelah dan terdesak untuk mendapatkan bantuan, Hotaru sangat teruja untuk mencari semangat hutan bertopeng bernama Jacob. Di...