Masa pertama kali aku jumpa dia adalah masa aku umur 6 tahun. Suatu hari masa musim panas, aku tersesat di sebuah hutan belakang rumah pak cik aku yang dipanggil "Hutan Roh". Hutan tu dikatakan tempat di mana semua roh tinggal.
Lepas beberapa ketika aku berlari ke semua tempat untuk cari jalan keluar dari tempat tu, aku jadi sangat lemah dan tak boleh bergerak. Aku mula menangis disebabkan perasaan takut dan kesepian dalam hutan yang penuh dengan roh, dia muncul. Tapi masa tu dia berdiri belakang pokok yang berjarak 3 meter dari aku.
"Hey, si pendek!" Aku terkejut sebab aku ternampak seorang jejaka yang tinggi dan kelihatan seperti seorang remaja berumur 18 tahun yang bertopengkan kucing. Dalam hati aku rasa gembira lalu mengeluarkan reaksi spontan.
"Eh! Manusialah! Aku selamat!" Aku berlari kearahnya ingin memeluknya tapi dia mengelak sehingga aku tersungkur. Tapi lepas tu aku bangun balik dengan segala tenaga yang aku ada.
"Er, maaf.." Si dia bersuara tanpa membuka topeng dari mukanya.
"Awak ni anak manusia kan?" Aku bingung dengan soalannya, takkanlah dia bukan manusia. Tapi kenapa bentuk fizikal dia macam manusia?
"Kalau anak manusia sentuh kulit aku, aku akan hilang." Seakan amaran darinya.
"Manusia...? Jadi awak ni bukan manusia?" Aku tercengang.
"Aku ni, seseorang yang tinggal dalam hutan ni." Jelasnya pendek.
"Wah.. Jadi awak ni roh ke?" Tanya aku dengan nada teruja.
"Tapi, apa maksud awak 'hilang'?" Aku masih terduduk di atas rumput. Aku cuba menyentuhnya tapi dia mengelak. Aku telah mencuba untuk menyentuhnya saat itu tapi dia mengelak lagi. Masa cubaan terakhir tu aku hampir tersentuh dia tapi dia pukul kepala aku dengan sebatang ranting kayu yang agak tebal dan berat, aku jatuh lagi ke atas rumput dan menjerit kesakitan.
"Awak ni memang sah bukan manusia. Takde manusia yang akan pukul budak macam tu!" Aku marah dalam kesakitan.
"Hilang maksudnya terhapus. Itulah sumpahan yang telah diberikan kepada aku. Kalau aku disentuh oleh anak manusia, itu adalah pengakhiran bagi aku." Jelasnya panjang lebar. Aku terdiam mendengar penjelasannya.
"A-aku minta maaf." Nadaku sedih. Dia menyerahkan ranting kayu yang digunakannya tadi untuk memukul aku.
"Kau sesat, bukan? Pegang hujung ranting. Aku akan pimpin kau keluar dari hutan ni." Oh, baru aku faham. Dia tak boleh pimpin tangan aku.
"AHH! Terima kasih awak!" Aku kembali teruja dan sekali lagi aku ingin memeluknya. Kepala aku diketuk lagi dengan ranting tersebut.
"Bukan aku dah bagitahu kau ke?!" Nadanya seakan marah dan terkejut.
"M-maaf lagi sekali, aku lu-lupa."
________________________________________________________________________________
Kami mula berjalan dalam hutan tu, indah dan tak menakutkan sebenarnya walaupun tempat ni tempat roh tinggal. Aku teruja dengan keindahan hutan ni. Kelihatan banyak batu-batu yang ada ukiran yang aku tak fahami berada di tepi-tepi pokok sepanjang perjalanan. Si dia masih memimpin aku, menggunakan ranting kayu tersebut.
"Eh, macam tengah dating!" Ya, itu perkataan yang keluar dari mulut aku masa 6 tahun. Si dia tidak diketahui umurnya, yang penting lebih tua dari aku.
"Taklah romantik sangat.." Dia menjawab dengan malas. Kami menuruni anak tangga yang seakan tidak ada pengakhirannya.
"Eh, kau ni tak takut ke?" tanya si dia.
"Takut dengan apa?"
"Em, takpelah." Kami meneruskan perjalanan kami walaupun dari tadi kami hanya menuruni anak tangga, akhirnya aku jumpa pengakhiran tangga tersebut. Di pengakhiran tangga tersebut ada sebuah water fountain besar yang tidak ada air di dalamnya.
"Awak jalan terus, lepas tu awak akan jumpa hujung bukit. Bye." katanya.
"Awak akan selalu ada dekat sini ke? Kalau saya datang balik sini lagi, boleh tak kita jumpa lagi?" Soalan bertubi-tubi aku berikan kepadanya.
"Hutan ni adalah tempat tinggal semua roh. Masuk, awak akan sesat jalan dan sesat selamanya. Awak tak patut datang sini. Itu apa yang orang kampung cakap kan?" Aku terdiam.
"Nama saya Hannah, Hannah Phil. Awak?" Aku memberitahu namaku tanpa menjawab ayatnya sebentar tadi. Dia diam seribu bahasa tanpa memberitahu namanya. Aku rasa ditolak, aku mulai lari tapi masih mampu untuk ku ucapkan terima kasih kepada si dia.
"Saya akan datang balik esok nak bagi hadiah terima kasih dekat awak!" Aku berlari sekuat hati.
"Nama saya Jacob!" Larianku terhenti, aku berpaling. Si dia hilang tanpa jejak. Aku berjalan perlahan ke hujung bukit.
"Hannah!" Pak cik aku muncul.
"Eh! Pak cik!" Aku berlari anak ke arahnya. Ingini sekali aku beritahu apa yang terjadi padaku hari ini. Tapi tidak jadi aku cerita disebabkan cubitan di telinga yang aku dapat dari pak cikku.
"Apa bongok sangat kau ni, Hannah?! Kalau kamu pergi hutan sendiri lepas tu hilang ke luka ke, apa kamu nak buat?!" Bebelan dari pak cikku membuatkan aku tambah sedih selepas dicubit telingaku. Pak cikku memeluk aku, sayang jugak dia dengan aku. Heheh.
________________________________________________________________________________
Interesting tak? hehe.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ancient Forest
RomanceTertarik dengan kisah dewa gunung, Hannah yang berusia enam tahun kehilangan jalannya di hutan purba semasa melawat pamannya. Lelah dan terdesak untuk mendapatkan bantuan, Hotaru sangat teruja untuk mencari semangat hutan bertopeng bernama Jacob. Di...