3

37 4 0
                                    

Masih aku ingat cerita pak cik aku masa dia jumpa aku dekat hujung bukit.

"Pak cik, betul ke hutan tadi tu ada roh?" Tanyaku dengan naif.

"Oh, tu kan Hutan Roh. Manalah kita manusia biasa ni tahu. Tapi macam tu lah yang orang cakap. " Aku masih bingung dengan ayat pak cik aku sebenarnya, tapi aku biarkan sahaja. Pura-pura faham.

"Masa pak cik kecil dulu, pak cik nak sangat jumpa hantu, jadi pak cik dengan kawan-kawan pakcik masuk hutan tu. In the end I never met any, but I had the feeling I'd occasionally spot something from the corner of my eye." Pak cik ku membuka cerita sepanjang perjalanan balik ke rumahnya.

"Masa malam terakhir musim panas, kamu boleh dengar bunyi datang dari sungai dalam hutan tu. Sekarang baru pak cik terfikir benda ni, kawan perempuan pak cik dengan kawan-kawan dia pernah pergi dan berseronok dalam hutan masa Pesta Malam Terakhir Musim Panas. Tapi tak mungkin lah orang kampung nak buat pesta dekat hutan tu. Jadi, pesta tu siapa punya?" Pak cik aku gelak kecil.

"Benda ni mula jadi cerita gila sampaikan budak-budak kampung curi-curi masuk hutan kononnya pesta yang dibuat oleh roh-roh yang tinggal dekat situ." Pak cik aku gelak lagi.

"Cerita tu memang betul-betul segar dalam fikiran. Pak cik dengan kawan-kawan memang nakal dan naif masa kecil-kecil dulu macam kamu." Kali ni pak cik gelak lagi besar dari yang tadi. Entah apa yang lucu sangat sebenarnya, mungkin dia teringat dengan perkara yang pernah dia buat bersama kawan-kawannya dulu masa kecil.

Malam tu aku tak dapat nak tidur, aku teringat dengan ayat si dia.

 "Hutan ni adalah tempat tinggal semua roh. Masuk, awak akan sesat jalan dan sesat selamanya." 

Ayat itu terngiang-ngiang di telingaku, perlahan-lahan aku rasa mengantuk dan terlelap akhirnya. Mengharapkan hari esok akan tiba dan bakal aku temui si dia lagi.

_____________________________________________________

Pagi itu selepas menolong mak cik aku memberi ikan di kolam tepi rumahnya makan, aku terus berlari ke jalan kecil di belakang rumah mereka yang menyatukan hujung bukit dengan Hutan Roh itu, tidak lupa juga dengan hadiah yang aku janjikan kepada Jacob semalam. Aku ke tempat di mana kali terakhir aku berjumpa dengan Jacob, aku terharu sebab dia ada dekat situ.

"Awak  datang." Aku masih tidak sangka yang dia berada disitu dan bercakap dengan aku.

"Aku betul-betul fikir yang kau tak akan datang balik sini." Dia sambung lagi.

"Awak.." Aku mulai mendekatinya dengan langkah yang kecil.

"Awak tunggu saya rupanya!!!!" Diakhiri dengan larian yang agak laju ke arahnya, lagi sekali aku dihempuknya menggunakan sebatang kayu kecil lagi. Aku menjerit kesakitan.

"Awak ni memang tak pandai faham, bukan?" Suaranya dingin.

"I was so happy, I just.."

"Sorry." Aku tersengih. Dia bangun dari tempat duduknya tadi dan menghampiriku.

"It's a bit hot here. Shall we go somewhere cooler?" Jacob mengajak.

"Apa?" Aku masih tercegat. 

"Jangan risau. Aku akan hantar kau balik sini nanti." Aku teruja dan mula mengikutinya. Ugh, tangga yang semalam lagi. Kami memakan aiskrim yang ku bawa sepanjang perjalanan aku mengikuti Jacob. Aku lihat Jacob memang tidak banyak bercakap, bukan seperti aku. Masa tu aku tak cakap apa-apa pun dengan dia, tapi rasa macam kitorang ada perbualan tanpa bercakap.

Kami melintasi sebuah jambatan pendek untuk ke seberang. Aku rasa macam ada sesuatu yang mengikut kami dari tadi, tapi aku hiraukan sahaja. Tengah berjalan tu, aku terlihat suatu bayang hitam yang besar mendekati kami  dan menyapa kami.

"Hi Jacob." Jacob tidak menjawab.

"Itu anak manusia kan, boleh aku makan dia tak?" Makhluk tanpa bentuk fizikal itu mempunyai suara yang menakutkan. Aku segera menyembunyikan diri di belakang Jacob.

"Tak. Dia ni kawan aku." Jacob menjawab dengan dingin.

"Oh, macam tu ke?" Makhluk itu bersuara lagi.

"Anak manusia, mohon jangan sentuh kulit Jacob. Kalau kau sentuh, aku akan makan kau!" Makhluk tersebut memberi amaran yang keras. Aku semakin takut.

"SHUHHH! SHUHH!" Jacob menghalau makhluk itu dan makhluk itu bertukar rupa menjadi seekor musang.

"Eh, musang ke tu!?" Aku terkejut dan kagum. Musang tersebut hilang tanpa jejak.

"Dia salah satu roh dalam hutan ni. Dia berubah untuk menakutkan manusia, tapi dia sebenarnya jinak dan baik hati." Jelas Jacob.

"Seronoknya! Inilah kali pertama saya jumpa roh! Diorang memang wujud!" Aku menjerit sekuat hati disebabkan teruja.

"Jadi kau fikir aku ni apa?" Masa tu aku masih lagi menjerit dengan teruja, jadi aku tak layan ayat dia ni.

Aku lihat dia dari tadi pakai topeng bergambarkan kucing, aku jadi tertanya-tanya dengan dia ni. "Jacob, awak ni takde muka ke apa? Kenapa awak pakai topeng?" tanyaku naif.

"Takde sebab pun. Jangan kisah dengan aku, bagitahu pasal diri kau pulak." Ceh, jahanam punya orang tak nak jawab.

"Awak tertanya-tanya dengan saya ke?" Aku tanya dia lagi.

"Sebab tu lah saya tunggu awak." Aku gembira dengan ayatnya walaupun masa tu aku cuma berumur 6 tahun.

Kitorang tiba di satu tanah yang lapang, ditumbuhi dengan rumput-rumput yang lembut. Hari itulah hari pertama aku pergi lebih dalam lagi dekat Hutan Roh ni.

Esoknya dan esoknya lagi, aku kembali ke hutan. Berjumpa dengan Jacob di water fountain dan berjalan masuk ke tanah lapang ini. Sepanjang musim panas tu, aku hanya berlari dan bermain dalam hutan tu. Walaupun aku masih naif masa tu, tapi semua tu seronok sangat.

Ada suatu hari ni masa di tanah lapang tu, Jacob sedang tidur dengan mukanya ditutup dengan topeng. Ya selama ni aku tak pernah nampak muka Jacob dan aku perlahan-lahan mendekati muka Jacob.

 'It's fine if I touch his mask, right?' Aku buka topengnya dan terserlah wajah kacak milik Jacob. Dia mempunyai wajah yang gebu dan halus, kulitnya putih pucat, bibirnya kecil dan merah. Jacob terbangun dari tidurnya dan mengambil balik topengnya.

"Sorry!" Aku cepat-cepat meminta maaf.

"Serang orang masa tengah tidur, awak memang gadis kecil yang menakutkan." Dia mengejek.

"Maaf, tapi awak pura-pura tidur, kan?"

"Saya nampak normal kan?" Dia tak menjawab soalan aku lagi.

"Kenapa awak pakai topeng tu?"

"Kalau saya tak pakai topeng ni, saya tak nampak macam hantu, kan?" Aku terdiam memikirkan ayatnya.

"Awak ni peliklah." Hari semakin gelap, Jacob menghantar aku balik ke water fountain. Masa tengah turun tangga tu, baru aku teringat yang hari tu adalah hari terakhir cuti musim panas.

"Jacob?"

"Ya?" Dia menjawab sambil menemani aku menuruni anak tangga yang banyak itu.

"Saya tak dapat nak pergi sini esok. Saya dah bagitahu awak bukan? Yang saya cuma tinggal rumah pak cik saya masa musim panas sahaja? Jadi saya perlu balik rumah saya esok." Jelasku panjang lebar.

"Ohh, awak boleh pergi sini lagi tahun depan?" Langkah kami terhenti.

"Untuk awak, mestilah boleh!" Aku menjawab dengan teruja.

Walaupun Jacob tua 12 tahun dari aku masa tu, dia masih nak main dengan aku. Aku gembira sangat, because this is the type of summer I'm looked forward to. Spending time with someone who needed a friend like him, because he is indeed a lonely spirit.

_____________________________________________________

wuiyooo, 1074 words okayyyyy!

Ancient ForestTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang