6

36 5 4
                                    

Hari tu hari yang aku takkan lupa dalam hidup aku, sebab hari tu hari terakhir cuti musim panas. Hari tu, kami tengah duduk dekat tepi sungai.

"Awak pernah datang pesta musim panas dekat sini tak?" Jacob tanya aku.

"Pesta Musim Panas untuk Roh?" Aku geleng, dia ketawa.

"Bukanlah, Pesta Musim Panas yang dikendalikan oleh Roh." Dia tergelak lagi.

"Tak jauh beza pun." Aku jawab.

"Tak lah, nuansa dia tu jauh beza!" Suaranya seakan teruja kali ini.

"Nuansa?" Aku tanya.

"Masa awak kecil dulu, saya fikir awak akan takut jadi saya tak jemput awak." Katanya.

"Tapi malam ni, boleh tak awak curi keluar rumah? Dah lama saya nak pergi pesta tu dengan awak." Muka aku merah, aku angguk setuju.

"Kalau macam tu, jumpa saya jam 8 dekat water fountain." Jacob mengarah.

"Tapi, pesta yang banyak roh ni macam menakutkan pula. Lagipula, pesta tu kena buat waktu malam." Aku ragu-ragu.

"Jangan risau. Luaran dia tak beza pun dengan pesta manusia, lagipun pesta tu memang untuk tiru pesta manusia pun. Saya akan jaga awak." Katanya lagi buat aku blushing.

"Kalau awak cakap benda macam tu, saya rasa nak sangat peluk awak." Aku tundukkan kepala.

"Buatlah." Katanya dengan tenang.

"Betul." Katanya lagi.

___________________________________________________

Malam tu aku pakai gaun pendek berwarna merah jambu, Jacob pula pakai tshirt fit warna biru gelap dan skinny jeans hitam. Pesta hari tu penuh dengan warna warni, tempat pesta tu sangat terang dan makhluk yang menakutkan berubah menjadi bentuk manusia.

"Amazing, diorang boleh ubah-ubah bentuk." Aku kagum.

"Saya dengar kadang-kadang manusia pun masuk sekali tanpa pengetahuan kitorang." Jacob membuka cerita.

"Oh, macam kawan-kawan pak cik saya." Suara ku perlahan.

"Macam siapa?" Tanya dia. Aku hanya senyum tanpa menjawab dan berjalan di hadapannya.

"Hannah." Dia panggil aku.

"Ikat ni dekat tangan awak, ramai makhluk dekat sini. Nanti awak hilang." Dia menyerahkan sehelai kain putih yang agak panjang. Dia mengikat kain tersebut juga di pergelanggan tangannya.

"Oohh it's like a date." Seloroh aku.

"This is a date." Katanya juga, buat aku malu.

"Jom."

Sepanjang malam tu aku rasa gembira sangat dapat date dengan Jacob. Makanan yang dijual dekat pesta tak boleh makan pun sebenarnya, makanan semua akan terapung ke langit dan menjadi kepulan asap. Nasib baik semua percuma.

Kami tak cakap banyak, cuma banyak ketawa nampak gelagat makhluk halus dekat sini. Mereka ni melucukan, hanya menakutkan kalau mereka mula-mula jumpa sahaja. Tapi Jacob masih tak buka topeng yang selama ni dia pakai.

Pesta dah hampir berakhir, Jacob bawa aku balik. Perlahan sangat kami jalan malam tu.

"Wah seronoknya pesta korang dari manusia! Memang macam ni ke tiap-tiap tahun?" Jacob mengangguk.

"Hannah, I can no longer wait for summer time to come around. When I'm away from you, even though I can't be around crowds, I want to go see you." Luah Jacob. Jacob membuka topengnya dan memasang topeng itu di muka aku. Dia mengucup aku dari topeng yang dia pakaikan.

"That mask, keep it." Jacob tersenyum senang. Masa tu aku tak tahu lagi yang dia takkan datang pesta tu lagi tahun depan. Hari tu aku rasa macam perjumpaan terakhir kitorang.

Ada budak lelaki hampir tersungkur, Jacob menyambut budak tersebut tanpa mengetahui budak lelaki tersebut adalah manusia. Aku terkejut melihat tubuh Jacob seakan memudar. Ya, dia telah menyentuh seorang anak manusia. Jacob mendepakan tangannya.

"Hannah, come. I can finally touch you." Aku tidak membuang masa lagi aku berlari ke arahnya dan mendakapnya sebelum tubuhnya hilang dari muka bumi. Baru beberapa saat kami berpelukan, tubuhnya hilang dari pelukanku dan yang tinggal hanyalah tshirt biru gelapnya dan topeng yang baru sahaja diberi oleh Jacob.

Aku menangis sekuat hati, gembira dapat memeluk Jacob dan sedih kerana kehilangan sesorang yang aku sentuh hanya sekali sahaja. Dalam tangisan, aku terdengar suara Jacob.

"I love you, I really do. I tried to stay, yet I'm still gonna leave you one day. I'm sorry, I love you." Suara Jacob hilang di udara.

"I love you so much, Jacob." Aku menangis lagi.

Aku mengutip bajunya dan topeng tersebut lalu dipelukku dengan sekuat hati. Tangisan yang masih tersisa membasahi pipiku sekali lagi. Roh-roh dari hutan tersebut berkumpul ke arah aku, mendatangiku.

"Hannah, thank you so much. We wanted to be with Jacob forever, but he wanted to touch a human. He finally got to be hugged by a human." Mereka melambai dan hilang begitu sahaja.

Saya memang tak akan dapat lagi meluangkan masa dengan si dia pada musim panas lagi. Dada aku sakit menahan sebak, aku mengucup topeng tersebut. Air mataku mengalir dengan deras. Tapi kehangatan dalam tangan aku dan musim panas ini akan sentiasa hidup dalam hati dan ingatan aku.

___________________________________________________

Setiba sahaja di stesen keretapi kampung pak cikku, aku disambut hangat oleh pak cikku. Dada aku sakit lagi, kerinduan ini akan aku simpan di hati dan akan diluahkan melalui doa.

Thank you for reading!

Ancient ForestWhere stories live. Discover now