Selepas dua minggu Lucas menjadi warga baru di Highschool Seoul Culture Tech dia diminta untuk bertukar kelas.
Dia tidak lagi kelas dengan Taeyong. Malah kelas barunya akan bersama dengan Reena pula.
Semakin hari semakin mesra Reena dan Lucas apabila dilihat. Kemana-mana pergi mesti hanya ada mereka berdua dan sekarang Taeyong pula seakan menjadi orang ketiga antara mereka berdua.
Taeyong masih tak perasan lagi kemesraan mereka berdua. Malah dia tak tahu pon mereka berdua sedang berkawan.
Lucas yang baru sahaja masuk dalam team bola keranjang sekolahnya telah berjaya mewakili sekolah bersama Jaehyun. Sekolah mereka telah menjadi tuan rumah antara Pledis Highschool .
Pada hari perlawanan tersebut, Reena mengajak Taeyong untuk menyaksikan perlawanan itu di dalam court basketball disekolahnya untuk memberikan sedikit semangat kepada Jaehyun dan Lucas.
Mereka duduk baris kedua dari depan, sangat awal mereka menempah tempat duduk. Lama-kelamaan court itu dipenuhi oleh pelajar-pelajar sebagai penonton dan permainan dimulakan.
"Lucas!! You can do it!" Jerit Reena memberi semangat. Lucas di tempat pemain membalas sorakkan itu dengan melambai kepadanya.
"Tanak jerit jugak ke?" Soal taeyong, menyenda.
"Ah biarlah dia. Yang penting Lucas kena banyak score kan goal."
Reaksi Taeyong terus berubah. Bila difikirkan balik, sejak dua menjak ini, Reena sering bercakap tentang Lucas, tak kesahlah ketika didalam kelas, ketika mereka belajar atau apa-apa je yang Lucas buat, mesti Reena akan cerita kepadanya.
Kalau boleh tiap-tiap hari ada sahaja perkara yang nak dicerita pada Taeyong tentang lelaki itu.
Sekarang dia sudah faham dan terasa bodoh untuk terus mendengar hal lelaki itu lagi. Dia memang begitu naif. Tidak sedar apa yang sedang berlaku.
Nampak sekarang Lucas lebih bermakna dimata Reena daripada dirinya sendiri.
Setelah tamat perlawanan, penonton semua bersurai. Reena dan Taeyong setia menunggu Jaehyun dan Lucas untuk selesai berehat. Pasangan itu kemudian bangun untuk pergi kearah rakan-rakannya.
Ingatkan nak pergi kepada Jaehyun dahulu tapi laju Reena terus mengejar kearah Lucas. Taeyong hanya diam dan biarkan.
Taeyong meneruskan jalannya kearah Jaehyun. Muka Jaehyun menunjukkan reaksi yang tidak senang. Reena berubah menjadi gedik apabila dengan Lucas. Itu membuatkan Jaehyun naik menyampah.
"Kau pandang apa?" Soal Taeyong
"Woi, kau biarkan je?" Dada Taeyong ditepuk, marah. Taeyong seakan tidak faham apa yang dia cuba sampaikan. Bahu sahaja diangkat sebagai jawapan.
"Asal Reena tu? Tak tau malu ke tergedik² macam tu? " Ujar jaehyun bernada geram sambil meneguk air dari botol.
Taeyong diam memerhatikan Reena ketawa dengan penuh seronok bersama Lucas, matanya mengerli sekilas wajah Jaehyun yang kegeraman bersama peluh membasahi mukanya.
"Biarlah, Lucas tu kan kawan sekolah lama dia. Lagipun Reena dah cerita kat aku yang pasal diorang berdua tu." Terang Taeyong
"Eh baik kau break up dengan dia lah. Kalau member takkan dia gedik macam tu lah sakai."
"Ye, ye aku faham."
"Tak. Kau tak faham. Please jangan innocent sangat, jangan bodoh sangat boleh tak? . Selagi dia dengan kau, baik kau jaga dia elok-elok. Aku cakap benda ni bukan sebab nak menyibuk, aku cakap benda ni sebab kau kawan aku."
"Aku percaya Reena. Dia takkan curang dengan aku" balas Taeyong, suaranya perlahan bercakap.
"Ish Taeyong! Kau ni memang tak faham lagilah. Kau nak percaya dia sampai kau mati pon takde siapa kesah lah, tapi dia... bila-bila masa je boleh musnahkan kepercayaan kau tu tau tak? Bukak mata. Reena tengah curang dengan kau bodoh!"
Taeyong diam. Cuba hadam apa yang Jaehyun katakan. Nasihat Jaehyun agak mendalam baginya.
"Kau pergilah marah Lucas tu. Jangan semak dalam relationship orang. Banyak lagi perempuan dalam sekolah ni. Asal awek orang jugak nak di rembat" Nasihat Jaehyun
Taeyong mengeluh mendengar kata-kata Jaehyun. Ada betul apa yang Jaehyun kata tapi dia masih ingin fikirkan. Dia tak mahu menuduh melulu.
-
"Even if I try to hide it and pretend like it's nothing. He was always the person that shined in your eyes "
🌱
YOU ARE READING
BYE | Lee Taeyong NCT [Re-edit]
Short Story"be more honest with yourself , he's still in your heart" [Nct Malay Fanfiction. ] Season 2 is already out! Hope you guys enjoy ! #194inshortstory #188inshortstory #164inshortstory