9 - Heart

470 59 10
                                    

Bagi nak menambat hati Reena kembali, Pada malam itu, Taeyong ke kedai bunga dan membeli sejambak bunga berwarna warni untuk diberikan kepada Reena.

Dia berhasrat untuk datang ke rumah Reena tanpa memberitahu Reena dengan tujuan nak suprise kan gadis itu. Harap Reena terkejut.

Di bawah lampu jalan yang menerangi seluruh jalan, Taeyong berseorangan dengan bunga tersebut ditangan. Kakinya satu persatu melangkah menuju ke rumah Reena yang tak jauh dari tempat dia berada sekarang. Bunga yang dipegang tidak habis dicium, moga-moga Reena gembira dengan kejutan itu.

Apabila Taeyong masuk simpang ke rumah Reena, Kelihatan satu susuk tubuh lelaki yang tinggi lampai bersama seorang gadis. Tak salah lagi, mereka berdua memang sedang berdiri dihadaoan rumah Reena.

Bunga yang dipegangnya jatuh. Jalannya terhenti, dia berdiri tegak dengan mata membutang menyaksikan perkara yang berlaku didepan matanya.

Niatnya untuk mengejutkan kekasihnya bertukar menjadi drama. Dia yang terkejut dengan perlakuan gadis itu.

Reena dan Lucas, sedang berpandangan mesra di hadapan rumah gadis itu. Taeyong lihat semua perkara itu disebalik tembok. Penumbuknya digenggam, nafasnya turun naik melihat semua itu.

Matanya merah menahan air mata. Nak tengok lama-lama tak sanggup. Tapi apa yang dia nampak malam itu lah bukti kukuh yang Reena telah curang dengannya.

Tiba-tiba, bagai ditikam hidup-hidup taeyong rasakan apabila mereka berdua berpelukan.

Makin lama dia terasa makin bodoh untuk terus mempercayai perempuan itu. Dia tidak minta banyak, apa yang dia mahukan cuma kejujuran tapi apa yang diterima semuanya harapan palsu.

Taeyong pulang kerumah dengan perasaan yang penuh kebencian. Meja belajarnya terus diterjah. Buku habis jatuh kelantai sebab dibaling. Frame gambar yang menunjukkan kemesraannya bersama kekasih hatinya terus dibuang dalam tong sampah.

Tak mahu lagi dia lihat gadis itu.

Dinding disepak menghilangkan geram. Tapi bukanlah senang kan? Dia terus baring diatas katil, siling kosong dipandang dan akhirnya air mata jatuh ke pipi jua.

"Reena sanggup kau buat aku macam ni. Kenapa?.." Taeyong menekup mukanya dan mengomel teresak-esak.

Penat dia bagi kasih sayang, dia jujur, beri seluruh kepercayaan kepada seorang gadis yang sungguh dia cintai tapi apa yang di pulangkan hanya kepahitan dan kekecewaan. Tak sangka hanya kerana seorang lelaki dia tewas.

Selama ini diia hanya bertepuk sebelah tangan jelah?

-

"I don't know how it'll be for you, but every night will be gloomy for me. You look so much happier next to him , That I don't even compare"

🌱

BYE | Lee Taeyong NCT [Re-edit]Where stories live. Discover now