Taeyong ingin berjumpa dengan Reena diluar kelas perempuan itu. Sementara cikgu sedang bermesyuarat dia datang kesitu untuk memberitahu sesuatu.
"Sayang, macam biasalah, hari ni saya balik lambat. Boleh tunggu ke?" Wajah taeyong selalu sengaja didekatkan dengan wajah Reena apabila bercakap. Mereka bercakap sentiasa ber-eyecontact. Barulah sweet katanya.
Tetapi kali ini tiba-tiba sahaja Reena tolak bahu taeyong perlahan, menjarakkan wajah mereka.
Taeyong sedikit terkejut. Biasanya Reena akan biarkan sahaja dan tersenyum tapi kali ini dia nampak tak selesa.
Malas Taeyong nak bertanya, kalau di tanya lagi buatkan dia marah pula. Dia sendiri pun tak suka overthinking tentang perkara-perkara remeh.
"Ouh okay. Saya boleh balik sendiri" jawab Reena singkat.
Jawapan Reena membuatkan Taeyong sedikit terkejut. Tak percaya Reena nak balik sorang-sorang naik bas? Luar biasa.
"Betul ke? Dengan siapa, Lucas?" Taeyong membelakangkan badannya sambil berpeluk tubuh. Kepala ditelengkan sedikit ketika menyebut nama lelaki itu.
Dia curiga.
Makin menyampah pula dia bila mendengar nama itu. Lagi-lagi bila dia harus menyebutnya sendiri.
"Ish mana ada. Dengan kawan-kawan saya lah" Jawab Reena acuh tak acuh, seperti malas melayan.
"Kawan² awak--"
Belum sempat Taeyong habis bertanya, Reena mencelah "Nanti diorang nak datang rumah saya sebab kitorang ada kerja . So, awak janganlah risau, diorang ada naik bas dengan saya nanti." Suara Reena ketika sedang bercakap kedengaran seakan marah tapi mukanya dalam keadaan tenang.
Taeyong tergamam sekejap dengan cara bahasa Reena gunakan. Kenapa Reena tiba-tiba pula menjadi dingin.
Biasanya Reena seorang yang manja bila dengan dia, kalau gadis itu marah pun dia akan menunjukkan tanda-tanda merajuknya kepada Taeyong.
Tapi sekarang asyik-asyik nak marah, nak emo.
Reena dah berubah?
"Ouh okay kalau macam tu". Jawab Taeyong bersahaja. Malas lagi nak melayan. Period gamaknya.
"Do not try to cheat on me okay? I love you. Take care nanti" nasihatnya sambil peluk Reena beberapa saat.
Taeyong pandang sekejap keadaan dalam kelas Reena melalui tingkap diluar, dia nampak Lucas sedang melihat perbualan mereka dengan pandangan yang tajam.
Tanpa mengucapkan apa-apa taeyong terus pergi dari kelas Reena tanpa menoleh kebelakang.
--
"it's not like you to pay attention.
my heart is unlike my own"🌱
YOU ARE READING
BYE | Lee Taeyong NCT [Re-edit]
Short Story"be more honest with yourself , he's still in your heart" [Nct Malay Fanfiction. ] Season 2 is already out! Hope you guys enjoy ! #194inshortstory #188inshortstory #164inshortstory