⚠[Re-edit Storyline]⚠—
Pintu dibuka. Taeyong masuk kedalam bilik guru lalu terus berjalan ke meja guru kelasnya.
"Mrs Bae ada apa nak jumpa saya?" Soal Taeyong
Disebelah bahu kirinya, ada seorang lelaki yang tinggi, nampak seperti pelajar baru sedang merenungnya dengan pandangan berlagak.
Taeyong pandangnya sekilas sahaja.
Bahu taeyong ditepuk Mrs Bae perlahan. "Taeyong, ini saya nak perkenalkan pelajar baru dalam kelas kita" ujar Mrs bae sambil tangannya menghala pada lelaki yang tinggi itu dengan senyuman
Taeyong pandang lelaki itu agak lama dengan pandangan yang polos sebelum tunduk kepalanya sedikit tanda salam perkenalan.
"Lee Taeyong imnida"
Lelaki tinggi itu membalas "Wong Yukhei imnida" senyumannya dinipiskan.
"Yukhei, ini dia Lee Taeyong ketua kelas kita" kata Mrs Bae
Mereka sekadar membalas-balas senyuman, mungkin kerana masih janggal.
"Hari ni saya ada kerja sikit. Jadi Taeyong, saya nak awak tolong tunjukkan dia ke kelas kita dan tolong pelajar baru ni kalau dia ada apa-apa masalah ye?" Soal Mrs Bae kearah Taeyong sambil kening sebelahnya terangkat, riaksinya penuh harapan.
Pelajar itu mengangguk kepala, tanda faham.
"Bagus. Yukhei, dengar cakap Taeyong ye, kalau ada masalah." pesan gurunya kali terakhir sebelum mereka semua disitu menamatkan perbualan.
Mereka berdua hanya menurut perintah.
Taeyong dan lelaki yang dikenali sebagai pelajar baru itu keluar dari bilik guru dan berjalan terus menuju ke kelas bersama-sama.
Sepanjang perjalan mereka, Taeyong hanya berdiam diri. Dia diam kerana sifatnya yang pemalu dan memang seorang yang pendiam.
Dia tidak biasa dengan orang baru, lagi² apabila bertemu dengan Yukhei yang tingginya boleh tahan dan mukanya yang seakan berlagak dan sombong
"Wei Taeyong"
Taeyong terkejut kecil apabila namanya disebut oleh lelaki tinggi disebelahnya itu dengan nada yang ramah seperti sudah lama mereka kenal.
"Kau nak panggil aku nama apa?" Soal pelajar tersebut
"Ha?, Yuhei lah. Ke kau nak aku panggil kau dengan nama lain?"
Pelajar baru itu membuat muncung sedikit sambil pandang Taeyong dengan mengulingkan matanya keatas dan keluhan.
Taeyong berkerut dahi hairan dengan reaksi dia ni. Salah ke dia cakap?
"Susah sangat ah, panggil aku Lucas je lah"
"Lucas?"
"Yep, Lucas" lelaki tinggi itu tersenyum dengan begitu mesra sehingga nampak barisan giginya yang putih dan bersih.
Taeyong mengangguk tanda faham. Dia cuba untuk mengingati nama lelaki itu didalam otaknya, agar tak tersilap lagi.
"Dah lah, jangan struggle sangat nak hafal nama aku. Rilek sudah. Ha mana kelas kita ni?"
Taeyong terpingga. "Ha? situ-situ. Kat depan tu"
🌱
YOU ARE READING
BYE | Lee Taeyong NCT [Re-edit]
Kısa Hikaye"be more honest with yourself , he's still in your heart" [Nct Malay Fanfiction. ] Season 2 is already out! Hope you guys enjoy ! #194inshortstory #188inshortstory #164inshortstory