Knock Knock

92 11 4
                                    

Dua minggu selepas pertembungan Jinyoung dan Jisoo, keadaan berjalan seperti biasa. Jinyoung dengan bukunya dan Jisoo bersama pensel dan kertas.

Waktu tengah hari menjelang dengan cepat. Para pelajar universiti yang mempunyai masa lapang segera ke kafeteria untuk mengisi perut mereka. Jinyoung tidak terkecuali.

Di saat Jinyoung melintasi papan kenyataan, dia terdengar beberapa orang dalam kerumunan itu bersuara.

"Twice nak datang universiti ni?"

"Pertandingan mencari bakat?"

Jinyoung tersentak. Twice. Twice. Oh, tidak. Dengan sekelip mata, Jinyoung berjaya berdiri di hadapan papan kenyataan itu.

Hakikat bahawa Jinyoung merupakan peminat tegar Twice harus diakui oleh semua orang. Dia amat sukakan Twice. Sejak debut mereka dengan lagu Like Ooh Aah, Jinyoung terus jatuh cinta. Tiada sesiapa yang boleh menghalangnya dari terus meminati Twice. Jinyoung memerhatikan poster yang ditampal di papan kenyataan itu. 15 Jun 2018, 2.30 petang. Sekejap, mata dia memerhatikan tajuk poster tersebut.

Pertandingan mencari bakat.

Damn it. Apa yang Jinyoung perlu lakukan untuk memasuki pertandingan itu? Tidak mungkin dia hendak menyelesaikan soalan sains di hadapan Twice? Hendak menyanyi, suaranya sumbang seperti suara katak memanggil hujan. Menari pula, memang tidaklah.

Tiba-tiba dia merasakan punggungnya dicuit seseorang. Jinyoung menoleh ke belakang. Cis, Yugyeom rupanya.

Perlahan-lahan Jinyoung keluar dari kerumunan itu. Dia menghirup udara segar secepatnya sebelum Yugyeom menghampirinya. Mengapa? Hubungan mereka tidaklah begitu baik. Jinyoung sentiasa membenci Yugyeom yang sering membuat dirinya berasa jengkel.

"Junior-ah!"

Jinyoung menghela nafasnya perlahan-lahan. Sabar jinyoung, sabar.

Yugyeom datang ke arah Jinyoung.

"Nak pergi mana?" soal Yugyeom.

"Makan." Jinyoung berjalan seiring dengan Yugyeom.

"Nak ikut."

Jinyoung menghela keluhan berat. Berjalan dengan Yugyeom tidak sama seperti berjalan dengan orang lain. Yugyeom sering menjadi tumpuan kerana dia dikenali sebagai Hit The Stage di universiti itu.

Sepanjang perjalanan Yugyeom disapa oleh orang ramai. Ada juga yang memberinya hadiah. Jinyoung pura-pura tidak peduli dengan orang ramai yang berada di sekitarnya. Dia rimas.

Sehinggalah...

"Auch !!" Jinyoung mengaduh kesakitan.

Ada orang merempuhnya sekuat hati! Dia menoleh ke hadapan.

Seorang perempuan sedang terduduk mengaduh kesakitan.

"Awak okey tak?" Tanya Jinyoung sambil membongkokkan badannya

Perempuan itu tidak menjawab sebaliknya mengangguk. Dia masih lagi kesakitan akibat kejadian tadi. Mana tidaknya, dahinya terhantuk dengan dagu Jinyoung.

"Yugyeom! Tolong aku bawak dia pergi klinik sekejap." Jinyoung memanggil Yugyeom.

"Bawak siapa?"

Jinyoung mengeluh. Dia memandang ke arah perempuan itu. Eh?

Jisoo hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba Yugyeom mencangkung di hadapan Jinyoung. Tempat di mana Jisoo berada. Belum sempat Jinyoung memberi amaran, dia terkaku.

Yugyeom menembusi Jisoo.

Dahi Jinyoung berkerut. Benarkah apa yang dilihatnya ketika ini? Dia boleh melihat hantu?

"Jinyoung. Kau nak bawak siapa?" pertanyaan Yugyeom memecahkan lamunan Jinyoung.

Jinyoung segera menarik tangan Yugyeom untuk beredar dari situ. Namun, tanpa Jinyoung mengetahui, dia sebenarnya telah menarik tangan Jisoo dan membiarkan Yugyeom bingung sendirian.

"Awak." Panggil Jisoo.

Jinyoung menoleh ke belakang lalu menjerit sekuat hati. "Argh! Hantu!"

Semua mata memandang ke arah Jinyoung.

Jisoo meletakkan jarinya di mulut. "Shh shh. Nanti semua orang cakap awak pelik. Ikut saya kejap."

Jisoo menarik tangan Jinyoung lalu membawanya ke suatu tempat yang terselindung daripada orang ramai.

'Aku dah nak mati ke?' bisik Jinyoung di dalam hati.

"Jangan risau, saya tak makan orang." Jisoo tersenyum sambil memandang Jinyoung.

Senyuman ni. Senyuman yang sungguh indah. Jinyoung tidak boleh membuat apa-apa selain membenarkan sahaja kakinya melangkah mengikut Jisoo.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Magician ; pjy + kjs Where stories live. Discover now