Kim Jisoo

77 10 0
                                    

Jisoo. Seorang jelitawan yang sangat, sangat jelita. Namun, di sebalik kecantikan yang dimiliki Jisoo, terdapat suatu perasaan sedih di  dalam dirinya. Dia keseorangan.

Ahli keluarganya dijemput maut satu persatu. Bermula dengan bapa, ibu, abang dan kakaknya. Kematian ahli keluarganya menyebabkan Jisoo tiada tempat bergantung harap dan kasih. Oleh kerana dia terlalu sedih, Jisoo mengambil keputusan untuk menghilangkan dirinya dan mengasingkan diri dari tatapan umum.

Bagaimana?

Entah. Dia pun tidak tahu. Sebaik sahaja kakaknya pergi meninggalkan dia, orang lain tidak mampu untuk melihat dirinya. Sama ada mereka tidak peduli akan Jisoo atau - Jisoo memang mempunyai kuasa untuk menghilangkan diri. 

Untuk menyara kehidupannya, Jisoo membuka sebuah blog di laman web www.blackpinkjisoo/blogspot.com.my
Di situ, dia seringkali menceritakan tentang personaliti orang ramai yang pelbagai. Talam dua muka, kawan makan kawan itu sudah biasa Jisoo lihat.

Baru-baru ini, dia ke sebuah universiti untuk meninjau keadaan di sana. Jauh di sudut hatinya, dia sangat teringin untuk memasuki universiti dan menjadi penuntut di sana.

Apa yang dia mampu buat, hanyalah duduk di dewan kuliah, mendengar setiap bait perkataan yang disampaikan oleh pensyarah. Untuk menampilkan dirinya, Jisoo terlalu malu untuk berhadapan dengan orang.

 Untuk menampilkan dirinya, Jisoo terlalu malu untuk berhadapan dengan orang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Magician ; pjy + kjs Where stories live. Discover now