Jinyoung melangkah ke arah perpustakaan di universiti tempat dia belajar. Di tangannya, terdapat sebuah pendrive yang baru sahaja dia terima. Pendrive itu dari kakaknya yang bekerja sebagai seorang doktor. Belakangan ini, kakak Jinyoung sering menyuruhnya membuat sesuatu kerja.
Menonton video, membuat draf dan menyunting gambar.
Seperti ada sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Jinyoung mengeluh. Apa pula yang kakaknya beri pada kali ini?
Apabila Jinyoung melangkah ke dalam perpustakaan itu, semua orang sedang sibuk dengan kerja masing-masing. Baru dia teringat, peperiksaan akhir sudah semakin hampir. Tidak hairanlah mereka semua bertungkus lumus membaca buku.
Bagi Jinyoung, dia tidak perlu risau kerana dia selalu mendapat pointer yang bagus bagi setiap peperiksaan. Setakat Sains, apalah sangat.
Untuk membuka fail yang diberi oleh kakaknya, Jinyoung memerlukan sebuah komputer. Dia mempunyai kad akses yang membenarkannya untuk menggunakan komputer pada bila-bila masa. Meskipun ketika bilik komputer tidak dibuka kepada orang ramai.
Jinyoung berjalan dengan perlahan ke bilik komputer yang terletak di hujung perpustakaan. Dia menjenguk ke dalam dan dapat melihat seorang gadis sedang duduk bersendirian.
'Nak masuk ke tak nak? Masuk jelah.'
Jinyoung membuka pintu bilik tersebut dan melangkah ke arah sebuah komputer. Gadis tersebut tidak menghiraukan Jinyoung dan terus melukis di atas kertas.
Sehinggalah...
"Awak tahu tak macam mana nak on kan komputer ni? Saya tidak biasa dengan model komputer jenis ini." Jinyoung menegur gadis itu.
Gadis cantik yang leka melukis itu memberhentikan gerakan penselnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Jinyoung.
'Dia nampak aku ke?'
"Awak?" Panggil Jinyoung.
'Dia,, dia cakap dengan aku?'
Jisoo cuba menyentuh tangan Jinyoung. Panas. Dia dapat menyentuh manusia. Jisoo sedang menyentuh manusia.
Jinyoung memandang Jisoo pelik. "Awak okey tak ni?"
Muka Jisoo memerah. Dia cepat-cepat mengemas segala alat tulisnya. Berhadapan dengan seorang lelaki yang kacak seperti Jinyoung, dia jadi gugup. Habis barang-barangnya jatuh ke lantai.
Jinyoung segera melutut dan menolong Jisoo mengutipnya.
"Maaf kalau saya mengganggu awak." Jinyoung meminta maaf.
Jisoo terketar-ketar seraya menggeleng. Seumur hidupnya, belum pernah lagi dia bercakap dengan orang selain daripada penghantar makanan segera. Dia sungguh malu dan tidak berani untuk menunjukkan dirinya dikhalayak ramai.
Dengan langkah yang tergesa-gesa, Jisoo berlalu pergi meninggalkan Jinyoung bersendirian.
-//-
Jisoo berjalan dengan laju, tidak menghiraukan 'pelanggaran' antara dia dengan orang lain. Ya, dia memang rasa geli apabila menembusi orang tetapi di saat ini, dia harus melarikan diri dari Jinyoung.
Apabila memastikan yang dia sudah jauh dari perpustakaan dan Jinyoung, Jisoo duduk di atas sebuah bangku di bawah pokok. Cuba menarik sebanyak mana udara yang berada di sekitarnya.
Jisoo merenung tangannya. Di saat dia menghilang, dia dapat menyentuh manusia. Buat pertama kali.
Apa yang difikirkannya ialah, bagaimana Jinyoung boleh melihatnya? Adakah dia lupa untuk menghilangkan diri? Jisoo melihat kakinya. Tiada bayang-bayang.
Bagaimana Jinyoung boleh melihat Jisoo?

YOU ARE READING
The Magician ; pjy + kjs
Fanfiction[23 April 2018] Jinyoung // Jisoo GOT7 // Blackpink >> Jinyoung ternampak Jisoo. Apa yang peliknya? Biasalah kalau orang melihat orang. Tapi, kalau Jisoo itu 'lain daripada yang lain'? "Tolong, aku dah penat." - Jinyoung "Selagi kau mampu, da...