##########
Aku melangkah keluar daripada kereta Fatin.. Aku dapat lihat pemandangan yang sangat cantik.. Udaranya segar.. Tempat itu lapang, luas.. tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.. sungguh indah tempat itu..
'Tempat apa ni? Sunyi semacam je?' Soalku,Hairan kenapa dia bawa aku ketempat yang lapang ni? okay mesti tempat ni ada sejarah? bisik hatiku..
'Sebab tempat ni Speacial lah.. tenang ja kan? angin dia pun sepoi-sepoi BA-HA-SA ' Dia membuat gaya yang khas untuk perkataan 'Bahasa' tu macam lah aku langsung tak paham apa maksud perkataan tu.. macam budak tadika pulak dia layan aku... Tapi dia memang Layak jadi guru tadika.. cara dia bercakap ffuh... kalau dia ceramah orang aku yakin orang tu akan dapat 2 benda ni 1)Punggung kau akan kebas 2) lepas dia ceramah, kau mesti takkan buat benda tu lagi.. mujarab beb!
'Kenapa tempat ni Istimewa bagi kau? sebab boyfriend?'
'Kau pernah kah nampak aku ada Boyfriend? Dulu aku tomboy tapi sekarang aku sudah berhijrah bah.. kau jangan ungkit masa lalu ku ya--' Aku menghentikan percakapannya.. dia dah mula dah.. mana boleh biarkan dia ni... kalau tak sampai kepetang lah dia cerita fasal masa silam dia..
'Stop... okay apa sebab kau bawa aku ke sini?' Aku menyoalnya lagi sekali.. kali ni buat muka garang sedikit supaya dia tak ceramah lagi.. kang tak pasal-pasal habis kebas seluruh badan.. haha..
'Okaylah, Bapa saya kan dulu tiada masa untuk bermain dengan kami, apalagi bercakap? Paling-paling pun 'Hi papa' 'Hello papa' dan yang sewaktu dengannya.. Dia pernah spend masa dia satu hari ja.. disini.. so, sebab tu saya rasa tempat ni speacial..' Panjang lebar dia terangkan kepadaku tentang istimewanya tempat ini bagi dia.. sangat menyentuh hati.. dia juga hampir menitiskan airmata tapi dia segera melapkan air matanya.. Segarang-garang dia ni hatinya tetap lembut.. sekarang sifat ke'Tomboi'an nya berkurang dari segi pakaian yang dia pakai.. tapi dari segi dalamannya tetap sama tak berubah langsung.. dulu dia lah hero aku kalau aku kena buli duluu..
'Simpati dengan cerita kau.. aku hampir nangis tadi.. tapi aku vacum balik airmata aku.. mahal ni air mata tak boleh disia-sia kan.. ' aku cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia tersenyum.. senyuman dia manis.. jeles aku tengok muka dia.. ye lah campuran cina-kadazan comel.. anak siapa lah.. hehe.. Akhirnya dia tersenyum.. itupun dah cukup bagus untuk aku..
'Kau kan ada-ada saja... bah marilah kita menikmati udara segar disini.. jangan risau rumput dia bersih.. sebab belum ada orang tau tempat ni.. ' Katanya sambil berbisik.. aku pun hairan kenapa dia berbisik, misteri.. kami berdua pun menikmati udara segar ditempat itu..
##########
'Thank you sayangsss... ' Kataku sambil mencubit perlahan pipi Fatin.. dia hanya mengerutkan dahi.. Kami hanya tinggal Satu perumahan sahaja.. jadi senang lah dia nak hantar aku..
'Yups.. bah turun lah..' Kata Fatin
'Alahh.. masuk lagi lah dekat dalam jauh ni.. '
'Kau bersyukur lah saya hantar kau depan pagar rumah kau ni.. daripada saya kasi tinggal kau di tangah-tangah jalan sana..' Ni baru dia ceramah sikit..
'Thanks... ' Kata ku sambil tersenyum senyuman Kambing..
'Ya lah.. rumah kita kan satu baris.. rumah saya saaaana saja... macam kau tidak tau kan??' Dia menjuih bibir ke arah rumahnya..
'Hehe.. lain kali tumpangkan lagi.. tak kesian ke tengok aku jalan kaki hari-hari?'
'Lain kali kau bawa lah bah kereta sendiri sana ada kereta Alza abang kau tidak mau guna.. harapkan aku juga lah..' Start dah ni.. ni slow-slow dia ceramah..