"MORNING mama !" ucapku seraya menuruni anak tangga dengan wajah ceria. Beg hitam disangkutkan di bahu. Oh, kau baca ye cerita ni? Anyway aku Adham Harris. Aku rasa kau salah sebut nama aku ah. It was Ad-ham, not Adam. Tak sama okay?
"Morning anak mama, Raykal mana?" aku hanya mengangkat kedua bahuku tanda tak tahu. Setau aku , aku dah ketuk banyak kali pintu bilik dia tu. Huh. Kalau nya tidur mati, memang serupa dengan orang mati! Aku tersenyum seorang diri apabila mengenangkan perbuatan aku tadi.
"Akhir bangun lagi la tu, macam la tak tahu perangai anak tu" bebel ku lalu menarik kerusi dan menduduikinya . Nutella ku sapu pada sekeping roti lalu ku suakan ke mulut. Mama menggelengkan kepala. Anak nya yang seorang itu memang liat sangat nak bangun !
Aku menyeluk telefon di dalam poket lalu nombor Raykal aku call. Dalam hati ni dah sedaya upaya menahan tawa.
Raykal menggeliat apabila telefonnya berdering. Ah, bingit telinga ! Telefon itu dicapai. Terus segar bugar matanya apabila 'Sayang' terpampang di wajah skrin.
"Ekhem.." dia menyesuaikan kotak suaranya sebelum mengangkat panggilan tersebut.
"Hye sayang...khem..." di dalamnya bertegur sapa, sempat jugak dia menggeliat. Aku tengok balik skrin fon aku. Tak sopan betul!
"Sayang?" soalnya lagi apabila aku berdiam diri.
"You.. you buat apa tu? Baru bangun ke?" aku melunakkan suara sedalam dalamnya. Euww! Sumpah ! Aku rasa aku sendiri nak muntah gais.
Raykal mengerutkan wajahnya lalu melihat kembali skrin phonenya. Nama 'Sayang' masih terpampang tetapi suaranya asal garau je?
"Woi! Duk bersayang sayang lagi kau eh! Sila lah bangun sebelum kau dibangunkan !" aku melaungkan suara ke dalam fon. Biar pekak telinga dia tu, baru tau.
Raykal manahan wajahnya daripada bertukar merah . Ish! Adham selalu macam ni!
"Kau memang sengaja,kan? Kau jangan.."
"Ah, dah dah. Tak payah lah marah macam tu. Kau ingat aku takut ke? Daa. Sila bangun !!" haa , tu kata kata terakhir sebelum aku menutup panggilan. Buat habis kredit je la!
Aku menahan tawa, tak sia sia aku masuk ke dalam biliknya yang tak berkunci tu dan secara senyap menukar nama contact aku menjadi 'Sayang' . Macam mana girls? Euwww.
"Emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik.."
Aku menyeluk poket ku dan mencapai telefonku yang berdering minta diangkat. Bila nama papa terpampang di skrin, aku mengeluh. Jam di tangan dikerling, masih awal kot? Perlahan-lahan ikon hijau itu digeselkan lalu kepalanya didekatkan dimuka skrin.
"Err, ya papa?" takut? Weh ! Kau pikir aku ni apa? Aku cume hormat je. Bukan takut.
"Hah ! Dah pukul berapa ni?" marah papa. Huh. Kan aku dah kata, papa ni mesti macam ni.
"Ala pa, kan awal masih.." aku cuba mempertahankan diriku. Aku memandang mama, minta simpati. Tetapi mama macam tau tau je, so dia tak layan aku. Huh!
"Now ! Or else.."
"Isy ! Yela yela kejap lagi Adham sampai" cepat je aku potong dengan muka masam. Bukan tak tahu apa yang papa nak ugut tu. No kereta la, no kredit la. Ambiklah kalau nak. Aku ada duit sendiri kot dalam bank.
Aku menghirup laju kopi yang dibancuh, nasib dah suam . Kalau tak, free free je aku masuk hospital. Aku menyalam tangan mama lalu ku kucup lembut.
"Dham jalan dulu ye ma, papa tu dah siap membebel" kataku lalu mengambil cap lalu aku pakai kemas di kepala. Kaca mata hitam aku pakai. What? Poyo ke? Sorry la girls, aku memang macam ni.
YOU ARE READING
Awekku Ayu Nak Mati !
AcakMat rempit suka gadis ayu? Memang tak lah ! Begitu juga dengan kehidupan Adham Harris. Seorang yang kaya,berada, poyo tapi satu perangai je yang pelik yang ada kat dia. Dia suka lumba haram dam merempit. Baju pun, ah malas lah nak cakap. Dia ni seor...