Perlahan-lahan mata ku buka dengan lemah. Kelihatan aku berada di sebuah bilik berwarna putih yang tidak asing bagiku. Ya, Aku berada di hospital. Aku meraba2 kepala ku yang dibaluti kapas putih. Tapi, kenapa? Aku cuba sedaya upaya mengimbas kembali satu per satu memori yang hampir meragut nyawa ku tadi. Kini, semuanya lengkap terlakar di benakku. Tapi yang peliknya, kenapa aku sama sekali tak rasa sakit kat mana2 bahagian pun.
'Anna! Kau dah sedar'? Kelihatan sahabatku dengan muka yang seakan tidak percaya melihat aku. Dan di sebelahnya, seorang lelaki kacak berkulit putih berambut lurus ala2 korea yang sangat aku kenali.
'Irfan? Kau pun datang? ' laju sahaja aku mengajukan soalan kepada jejaki itu.
'Memang lah, aku kan risaukan kekasih hati aku'. Irfan menjawab dengan nada yang seakan hendak menangis. Aku pun tak tahu lah nak tergelak ke nak menangis.
Mika menarik kerusi yang terdapat di penjuru katil dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi manakala irfan pergi berbual di telefon setelah mendapat panggilan dari majikannya. raut wajah mika tiba2 berubah apabila memandang ke arah mata kiri ku membuatkan aku tidak selesa.
'Anna, kenapa dengan mata kiri kau tu. kau pakai kanta mata ke ape'?
aku terkejut. Setahu aku, aku tidak pernah memakai kanta mata sepanjang aku hidup di muka bumi ni. Aku terus meluru berlari ke arah cermin yang terletak di tepi pintu masuk ruangan kamarku.
'Arghhhh!!! Mika, kenapa dengan mata aku yang sebelah ni! ' tidak semene2 jantungku berdegup dengan kelajuan tertinggi. Mata berwarna biru laut cantik ditengahnya seakan berbentuk kristal melekat dimata sebelah kiri ku manakala mata kanan ku tidak ada perubahan apa2 iaitu berwarna koko cerah. Aku cuba memastikan adakah itu adalah mata asli atau pun hanya kanta mata. Tetapi, malangnya ia tidak boleh ditanggalkan.
Aku panik, gelisah, habis berpeluh seluruh badanku. mana taknye aku baru sedar tiba2 dapat tahu mata aku ni dah jadi unik semacam aje. mika cuba menenangkan aku. Katanya aku masih sakit jadi aku perlu berehat dahulu. Padahal aku sama sekali tidak merasakan apa2 yang sakit di tubuh ku. Akhirnya aku kembali berbaring di atas katil. Irfan hanya memerhatikan sahaja karenah kami.
Dengan suara yang serak mika bersuara 'Anna kau nak tahu tak. Mase accident tadi, sebenarnya polis kata yang kau dah meninggal sebab jantung kau Mase tu dah tak berdegup lagi. Tapi, bila sampai je kat hospital jantung kau tiba2 berdegup balik. Terkejut aku tau. Kau pun koma dalam sehari je. Padahal kau cedera teruk tau. Tapi bila kau dah sedar ni, kau macam takde apa2 pun yang berlaku. Kau tak rase sakit ke'. Panjang lebar mika menerangkan semula apa yang sebenarnya terjadi kepadaku dan diiyakan irfan.
Aku tercengang. Tidak mampu berkata apa2.sungguh apa yang diterangkan mika tadi mengejutkan aku. Aku sebenarnya dah mati ke Mase tu? Tapi, Kenapa aku masih hidup sekarang ni? Tanda tanya memenuhi ruang fikiran ku.
*****
Aku diperbolehkan keluar setelah disahkan sihat. Mika dan irfan pulang terlebih dahulu sementara aku masih mengemas barang2 aku yang dibawa mika tadi. lagu 'kembali bertemu' REUNIC aku putarkan untuk menceriakan suasana. Sedang asyik aku mengemas barang, telinga ku tertumpu ke arah titisan hujan yang mula jatuh membasahi bumi. Hujan semakin lebat. Dan tiba2,
'Arghhhhhhhh!!! Ma... Mata akuuuu... Ma... Mata.... sakittt!!!! ' aku mengerang kesakitan sambil memegang kemas di sekeliling mata kiriku yang biru.aku cuba memegang meja yang berada di hadapan ku bagi menyeimbangkan ku. Habis segala macam barang di atas meja jatuh bersepah. apabila aku mengerling ke arah cermin. Kelihatan mata ku yang biru itu bertukar menjadi merah pekat sehingga menampakkan urat di mata.bukan itu sahaja, yang lebih mengejutkan ialah aku dapat melihat Sebuah tulisan berdarah terpampang di hadapan ku dan hanya boleh dilihat melalui mata kiri.
Kill a painter to survive on the following terms:
1.You are given 5 days
2. no human being witnessed the murder
Dengan serta merta tulisan itu hilang dari pandangan dan kesakitan yang aku rasakan tadi turut hilang bersama2 hilangnya tulisan tadi. mata yang tadi merah kini bertukar biru kembali. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah semua perintah tadi tu betul? A.... Aku harus buat apa? 5 hari? Kalau aku tak buat, adakah aku akan mati?Bertubi2 soalan hadir di minda. Soalan yang tiada jawapan. Dunia berpusing lagi. Pandanganku gelap.
Kenapa aku?
![](https://img.wattpad.com/cover/150094042-288-k421661.jpg)
YOU ARE READING
Red rain
Mystery / Thrillerseorang gadis bermata biru laut berbentuk kristal di tengah matanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh membunuh dirinya sendiri jika dia tidak menyelesaikan misi membunuhnya dikala hujan turun. Apakah misinya? Adakah anna akan berhasil me...