Mata yang terpejam rapat kini terbuka luas. " Anna kau dah sedar? " perlahan sahaja suara itu kedengaran. Mungkin ketinggian gelombang amplitudnya terlalu rendah. Kelihatan mika dengan raut wajah yang sedikit penat memandangku sayu.Tanpa menghiraukan mika, lantas aku bangun dari katil sambil tangan ku menolak sedikit tubuh sahabatku yang berada disebelahku menyebabkannya terdorong kebelakang dan aku bergegas ke luar jendela. Hari masih cerah.cahaya Matahari memancar indah memberi sinaran terang menembusi kaca jendela yang ditekap olehku.aku langsung menarik nafas lega. Mika kehairanan melihat aku.
Aku merenung ke luar jendela. Akhirnya ingatan aku yang paling penting telah aku temui. Sekarang, aku dah ingat semuanya. Aku dah ingat tentang setitis hujan merah berbentuk kristal yang tiba2 mendarat di jantungku semasa kemalangan kelmarin. Mungkin itulah jawapan kepada mata biru aku ni. Aku tak tahu, adakah ini hanya ilusi ataupun realiti.
Aku berlari mendapatkan dakapan sahabatku. Pelukan erat aku terima kembali darinya.
"Mika aku takut".
*****
Pakaian putih aku kenakan. Blazer hitam aku sarungkan. Skirt labuh hingga menutupi paras lutut aku gayakan. Stoking panjang berwarna hitam aku pakaikan. Ya, pakaian seragam sekolah menengah kan? Aku sebenarnya masih bergelar seorang pelajar sekolah menengah.
Masih tidak puas aku menatap mata biru aku yang semakin membengkak. Sakitnya ! berdenyut2.Aku mengenang kembali memori yang hampir memcabut jantungku tentang tulisan perintah berdarah itu. Kini, 3 hari sudah berlalu. Mata ini semakin lama semakin membengkak. aku mengambil eyepatch di dalam almari dan memakainya untuk mengelakkan kawan2 aku risau dengan mata aku ni. aku tidak tahu, adakah aku harus mempercayai semua yang aku lihat. Tapi, Kalau betul pun, apa yang harus aku buat. Arghhhhhh!!!! Memang menyerabutkan fikiran aku je lah. Aku hanya ingin hidup dengan tenang. Salah ke apa yang aku minta tu. Aku menarik2 rambutku sendiri. Rambut yang tadi tersusun rapi kini menjadi kusut." Fikir baik2 Anna. Ni antara hidup dan mati. " ujarku sendiri.
"Aku dah buat keputusan. Aku harus cari pelukis tu jugak. Aku masih nak teruskan hidup walaupun aku terpaksa korbankan nyawa seseorang.aku janji hanya sorang ni je. Maafkan aku semua. aku tak boleh mati macam tu je. Aku masih muda. Masih berumur 17 tahun. Tapi, Nyawa aku masih berbaki 2 hari lagi. Sempat ke? " aku seperti tiada bezanya dengan orang yang tiada akal. bicara seorang diri, memang suatu perkara yang mengerikan. Kini hanya gelak ketawaku sahaja yang kedengaran. Tanpa kusedari air mata jernih mengalir laju menuruni pipi.
*****Kakiku melangkah laju mendapatkan irfan. Aku harus mencari tahu informasi tentang kelas aliran seni. Maklumlah aku ni pelajar aliran sains tulen, irfan pula merupakan pelajar aliran seni. Senang sikit kerja aku.
Beg irfan aku tarik dari belakang menghasilkan inersia yang kecil. Irfan seakan2 terkejut melihat aku. Mungkin dia tak menyangka yang aku dah mula masuk sekolah balik kut.
"Irfan, boleh aku tanya sesuatu tak? "Soalan sopan aku ajukan.
"Tanye je lah. Macam lah kau baru.... " belum sempat irfan menghabiskan ayatnya aku langsung ke topik utama.
"Siapa yang mengajar kau seni eh? "
"Cikgu anizah. Kenapa?"
"Takde papelah. Saje tanye. Btw, thanks"Setelah mendapat tahu apa yang ingin aku tahu, Aku terus bergegas ke
Bilik guru perempuan. Sempat telinga ku menangkap suara irfan yang memanggil2 namaku dari jauh. Tetapi, aku tiada masa untuk menoleh. Rancangan seterusnya perlu aku jalankan.Mata ku meliar mencari kedudukan meja guru yang bernama anizah tu. Tanpa berfikir panjang, lantas aku menanyakan posisi meja guru seni itu kepada guru yang juga berada di situ. Kini, mata ku tertumpu ke arah sebuah meja cantik berwarna pink dihiasi bunga plastik yang memang kreatif di penjuru bilik tersebut. Perlahan2 Kakiku melangkah mendekati meja yang indah itu. Sehelai kertas merah di genggaman aku , kulepaskan dan selamat mendarat di atas meja pink itu. Kaki kususun berjalan keluar dari bilik guru itu.
Assalamualaikum cikgu anizah. Saya sebenarnya bekas anak murid cikgu dulu. Boleh tak kita jumpa jam 10.00 pm di kedai makan my seafood. Pastikan cikgu datang ye. Saya tunggu.
Yang benar
Maisarah
Nasib baik lah aku kenal senior kelas seni dulu. Sekarang ni cuma tunggu masa yang tepat.Jam di pergelangan tangan menunjukkan jam 10.05 pm. Kelibat cikgu anizah yang berada kira2 selang dua meja dari meja makan aku, aku perhatikan dari jauh. Kelihatan dia sedang menunggu2 kelibat bekas muridnya itu. Strategi seterusnya aku jalankan. Kakiku mula melangkah mendekati wanita itu.
"Puan, puan sedang menunggu bekas anak murid puan kan yang bernama maisarah? " soal ku kepada guru seni itu. Wanita yang dalam lingkungan 30 an itu hanya mengiyakan sahaja soalan ku.
"Maisarah pesan ke saya supaya membawa puan ke rumah nya. Mari saya bawakan puan berjumpa dengan maisarah". Sopan sahaja aku bertutur. Pada mulanya wanita itu menolak. Tetapi setelah meyakinkannya, hati nya mula beransur lembut untuk mengikutiku.aku terus memimpin tangannya berjalan ke arah kereta yang aku sediakan. Enjin kereta dihidupkan. Kereta ku bawa dengan agak laju.
Akhirnya kami tiba di sebuah lorong kecil di kawasan yang terpencil dan sunyi. Tanpa melengahkan masa, aku memaksa guru itu keluar dari kereta dan menolak nya memasuki lorong tersebut. Pisau Yang dibaluti kain di poket baju kukeluarkan. Perlahan2 aku berjalan mendekati wanita itu Sambil membuka ikatan kain yang membaluti pisau tersebut. Kelihatan wanita itu yang mula panik, gelisah, memandangku dengan mengharapkan simpati.guru itu menolak2 badan ku meminta ku menjauh dari nya. Tapi, aku terpaksa. Maafkan aku cikgu. Pisau di tangan kuhunuskan dengan sangat gementar sehingga menembusi jantung wanita itu. Darah merah pekat mula mengalir keluar dari badannya yang lemah.
Berkali2 aku meminta maaf, memohon ampun daripada wanita itu. Tapi, wanita itu hanya mampu mengerang kesakitan dan akhirnya.... tidak bernafas.
Pisau Yang bermandikan darah ku lepas dari genggaman"A... Aku sudah membunuh seorang manusia yang tidak bersalah. Apa yang telah aku buat! " rasa takut mula menguasai diri.
Tik... Tik... Tik. hujan lebat turun kembali. Mata ku yang biru kini bertukar merah dengan kesakitan yang maximum. "Arghhhh!!! Jangan! Aku dah tak nak! "
Kini, aku mendapat misi baharu.
Jangan lupa vote ye.
Agak2 ape ye misi baru tu?
YOU ARE READING
Red rain
Mystery / Thrillerseorang gadis bermata biru laut berbentuk kristal di tengah matanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh membunuh dirinya sendiri jika dia tidak menyelesaikan misi membunuhnya dikala hujan turun. Apakah misinya? Adakah anna akan berhasil me...