permata yang hilang

23 13 1
                                        

   
       syarikat ASP Entertaiment mewah milik artis bernama salmi berdiri tegak dihadapanku. Topi berwarna merah gelap aku tundukkan sedikit menutupi wajahku yang putih seiring langkahku kususun menuju pintu masuk utama syarikat tersebut. Bungkusan segi empat tepat berwarna merah kubawa bersama.

"Ya, apa yang boleh saya bantu?" aku kini bertentang mata dengan pembantu kaunter itu .

"Boleh tolong kirimkan bungkusan ini kepada encik salmi? "

"Ouh, ya baiklah puan"

aku segera memberikan bungkusan merah itu kepada pembantu kaunter tersebut dan melangkah keluar ke pintu keluar. Senyuman sinis kini terukir di bibir.

                         

                              *****

Watak salmi

" maaf encik salmi. Ada bungkusan untuk encikseorang kerani menhulurkan bungkusan merah kepadaku .

"Ouhh, terima kasih" aku menyambut hulurannya tadi dan bergerak ke mejaku. Kerani tadi langsung meminta izin dariku untuk beredar. Aku mengangguk laju. Pelbagai persoalan bermain di fikiranku.

"Aku ada tempah barang ke? " tanpa membuang masa aku terus membuka bungkusan tadi. Kini Kotak berwarna hitam kubuka perlahan2.mataku membuntang apabila melihat terdapat sebilah pisau bersama gambar isteriku yang diconteng dengan kata2 kesat. Apa semua ni? Tanganku laju mengambil sepucuk surat yang turut ditinggalkan di dalam kotak hitam tadi.

Kepada salmi. Tepat jam 11.00 pm datang ke lorong simpang empat di desa mertiwi. Kalau kau lambat walau sesaat. Isteri kau siti hanifah akan terima akibatnya.

"Siapa kau ni nak main2 dengan aku ha! " aku menjerit seorang diri. Aku tak rela sesiapa sahaja mempermainkan isteri aku. "Kau pikir aku takut. tapi ,selagi aku tak jumpa siapa pelaku ni ,selagi tu isteri aku dalam bahaya.Ni mesti hatter aku punya kerja. Tengoklah kau nanti siap aku kerjakan".  Muka yang seakan tidak berpuas hati aku tayangkan. Tunggulah kau nanti.

                            

                             *****

Watak Anna

      Aku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku.jarum Jam menunjukkan tepat jam 11.00 pm. Payung berwarna merah kugenggam erat. Dalam sepantas kilat mataku tertumpu kepada satu sisi tubuh yang memang kunantikan dari tadi. Payung merah yang berada di genggaman ditundukkan sedikit lalu mendekati artis yang kini berada bertentangan denganku.

Pemandangan malam yang gelap dan suram. Suasana sunyi sepi dan dingin. Memang pemandangan yang menyeramkan.

Selangkah demi selangkah aku mendekatinya, begitu juga dengannya. "Jadi kau orangnya ye! Apa yang kau nak dengan aku ha" wajah yang hensem itu kini bertukar menjadi bengis.

"Apa yang aku nak? " aku mula berjalan sedikit pantas dari tadi.

"Aku nak nyawa kau! " payung merah kucampak dan berlari sepantas kilat ke arah salmi. Pisau di dalam poket baju kukeluarkan sambil berteriak dan dihalakan ke arah salmi.

Tetapi malangnya sasaranku meleset.salmi sempat mengelak. Aku cuba sedaya upaya menghunuskan pisau ini pada salmi.

"Kau gile ke! " salmi berteriak sambil memegang kemas tanganku yang dibaluti kain.

"Ye memang aku dah gile!  Dan kau harus bantu orang gile ni dengan korbankan diri kau sendiri! " aku seperti tidak tahu apa yang aku ucapkan. Hanya dilontarkan sahaja apa yang terlintas di kepala. Aku berusaha melepaskan tanganku yang dipegang erat oleh artis tersebut.

Tidak ada pilihan lain.Aku menggigit baju lengannya dengan tekanan tertinggi.

"Arghhhhhh!!! " salmi meraung kesakitan sekaligus melepaskan genggaman tangannya tadi. Aku segera mengambil kesempatan keemasan ini untuk menghunuskan pisau yang telah diasah tajam pada jantung lelaki tersebut. Belum sempat pisau ini dihunuskan, salmi merampas pisau yang berada di genggamanku tadi. Kini, sebilah pisau berada di tangan salmi. Aku tercegat. Mataku membulat sebulat2nya. Kini nyawaku yang dipertaruhkan. Arghhhh!!!  Apa yang aku patut buat.

Wajah salmi yang tadinya bengis kini bertukar menjadi orang yang seakan tidak siuman kerana tersenyum sendirian. Jantungku seakan2 hilang kawalan untuk berdegup tenang.

Dari tadi mataku melihat tepat ke arah mata salmi dengan dalam sekali meraih simpati. Akhirnya, pisau yang berada di genggamannya diangkat dengan halaju yang tinggi dan tekanan yang tinggi hendak dikenakan ke atas ku. "Matilah kau!!! "

Walau bagaimanapun, Mata biruku tidak lari daripada melihat mata salmi.

Tiba-tiba.......

Have fun
Sorry slow update
Jom sambung chapter seterusnya










Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 04, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Red rainTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang