Hujan lebat terus membasahi bumi. Kesakitan dalam tangisan aku rasakan. Tidak mampu lagi aku menahan air mata yang memaksa meminta untuk dikeluarkan. Tidak dapat aku bezakan di antara hujan dan air mata yang mengalir. Tubuh wanita yang terbujur kaku aku perhatikan dengan penuh debaran. Sebaik sahaja mendapat perintah untuk membunuh, kesakitan yang aku rasakan beransur hilang.Aku bersandar di dinding. Dahi yang berpeluh kukesat dengan tangan yang berlumuran darah. "Apa yang patut aku buat dengan mayat ni? Nak tanam dia kat mane? Adakah aku akan dipenjarakan?Fikiran ku bercelaru.
Tanpa berfikir panjang, aku lekas bangkit dan berjalan lemah menghampiri mayat yang masih berbau segar itu. Aku cuba sekuat tenaga mengheret wanita itu ke kawasan yang bersemak. Darah merah bergeseran di atas jalan tar mengikuti jejak wanita yang kuheret itu. Tulang belakangku tidak mampu lagi untuk menampung berat wanita berumur 30 an itu. 30 saat sudah berlalu, dan tiba2, mayat yang kuheret tadi berubah menjadi debu2 berkilat berwarna kuning yang berterbangan. Arghhh!!!! Aku terjatuh ke belakang, tersungkur di atas batu yang keras. Aku terkejut sehinggakan tidak dapat berkata apa2. Ini mustahil. Bende yang begini tidak mungkin berlaku.
Dalam sekelip mata, wanita yang tadi kupegang hilang dari genggaman.aku terus berlari ke arah kereta myvi berwarna putih yang aku pandu tadi dalam kehujanan. Tidak sanggup lagi aku lalui semua ini. Aku mahu lari dari kenyataan. Aku tak nak jadi seorang pembunuh. Kereta ku hidupkan dan kupandu menuju jalan pulang. Sungguh perkara ini sangat mengerikan.
*****
Aku segera bersiap ke sekolah.eyepatch sentiasa melekat di bahagian mata kiri ku. sudah 4 hari aku tidak pergi ke sekolah.Tipu jika aku mengatakan bahwa aku telah melupakan kejadian 4 hari yang lalu. Tidak! Kejadian itu tidak mungkin untuk aku lupakan. Kejadian dimana aku mula bergelar sebagai seorang pembunuh.Kaki kususun melangkah ke kelas.Aku mengambil tempat dudukku yang berada di tepi tingkap. Hanya merenung ke luar jendela tanpa sebarang perasaan. Apabila aku menoleh ke tepi, kelihatan mika sedang berlari menuju ke arahku.
"Anna, kenapa kau tak datang sekolah lame sangat? Kau sakit ke? Aku pergi rumah kau tapi adik kau kate,kau takde kat rumah. " Mika seakan2 merisaukan aku.
"Ermmmm, ehhh mika aku rase sakit perut laa. Aku pergi tandas dulu ye". Pantas aku bangun berjalan keluar dari kelas. Dalam perjalanan ke tandas, aku terserempak pula dengan irfan.
"Hai Anna. Kau nak pergi mane yang tergese2 sangat tu? " tanye irfan.
"Aku nak pergi tandas kejap. Kau pulak yang cemas sangat ni kenapa pulak? " balas aku balik.
"Aku cari cikgu anizah. Dah 4 hari beliau tak masuk kelas. Semua cikgu pun tak tahu dan tak boleh menghubungi cikgu tu". Penjelasan irfan membuatkan aku berasa cemas. Aku cuba berlagak tenang.
"Ouhh, kalau macam tu saya pergi dulu lah". Aku berlari pantas meninggalkan irfan yang masih dalam pencarian mencari guru kesayangannya itu. Jantungku mula berdegup kencang. Patutkah aku memberitahu semua bahawa cikgu anizah dah mati.
*****
Misi membunuh yang baru sahaja aku terima itu aku amati dalam2. Bunuh artis? Tidak mungkin aku mampu. Bertemu seorang artis pun aku tak pernah. Artis mane yang boleh aku korbankan? Dhhh, apa yang aku merepek ni. Aku menampar2 muka ku dengan tamparan yang dahsyat. Tak! Aku dah janji yang aku tak nak lagi bunuh orang! Kau dah janji anna. Aku menjerit seorang diri. Aku menarik2 rambutku yang lurus itu lagi. Badan ku mula menggigil. Air mata jatuh membasahi pipi yang gebu.
Automatik aku berlari ke arah dapur. Mata aku meliar mencari dimana kedudukan sebilah pisau. akhirnya, pisau yang berada di tepi sinki aku perhatikan. Aku berjalan lemah menuju ke arah keberadaan pisau itu berada. Air mata jatuh bercucuran. Tidak pernah kering air Mataku ini. Kini, pisau yang bermata tajam telah berada di genggaman. Pisau itu aku halakan ke arah mata berwarna biru. Tanganku mula gementar. Aku mengambil lajak hingga ke belakang, dan halaju yang tinggi aku kenakan menuju ke arah mata aku. Tetapi, apabila tiba jarak dalam 1 inci antara mata biru dan pisau bermata tajam, tangan yang dihayunkan laju tadi berhenti serta merta apabila tanganku dipegang erat oleh mika.
"Anna! Apa yang kau cuba buat ni?! Kau dah gile ke! " aku dimarahi mika.
"Habis tu kau nak suruh aku buat apa lagi! Aku dah tak boleh hidup macam ni kau tau tak! Sumpah A.... Aku terpaksa. Bukan aku yang ingin, mika. Kau percayakan aku kan?! " aku menghempaskan pisau dan menampar2 lantai sambil tangan ku memegang erat bahu manusia yang berada di hadapan aku ini. aku seperti watak penjahat bergabung dengan watak orang gila.
"Anna, bawa bertenang. Apa yang kau cuba cakapkan ni? Kau tak sihat ke? "Mika seakan2 tidak mengerti apa yang aku maksudkan. Arghhhh!!! Aku Terus berlari keluar dari rumah dengan watak seperti orang gila, meninggalkan mika berseorangan di dalam rumah. Aku berlari selaju yang boleh sambil mengesat air mata yang jatuh berguguran mengalir di pipi. Tangisan dan kesakitan yang aku rasakan cukup hebat. Cukup untuk membuatkan hidup ku derita. Akhirnya kaki ku menjejak di atas atap sebuah bangunan yang tingginya mencapai 30 tingkat.
Angin bertiup kencang.suasana yang kelam dan suram seakan2 memahami situasi ku. Jika aku tidak mengakhiri ini sekarang, semua ini tidak akan ada penghujungnya. Kaki ku melangkah lemah menuju ke arah penjuru bangunan. Setibanya aku di sana, kaki kuangkat satu per satu memijak batu simen yang berada betul2 di penjuru bangunan.
"Maafkan aku semua. Tapi, aku tak boleh menyara hidup aku hanya dengan mengorbankan hidup orang lain. Aku tak nak jadi seorang pembunuh. Maafkan aku mak, ayah, adik, mika dan irfan juga. Aku sayangkan kau" perlahan sahaja aku meluahkan segala isi yang terkandung di dalam hati ini. Aku memejamkan mata dengan cukup rapat. tubuh aku lemahkan dan biarkan daya graviti menarikku jatuh ke bawah .
Selamat tinggal dunia.
YOU ARE READING
Red rain
Mystery / Thrillerseorang gadis bermata biru laut berbentuk kristal di tengah matanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh membunuh dirinya sendiri jika dia tidak menyelesaikan misi membunuhnya dikala hujan turun. Apakah misinya? Adakah anna akan berhasil me...