Terasa seperti tangan kananku ditarik kasar dan pantas oleh seseorang daripada belakang.irfan?"Apa yang kau buat ni Anna! Kau dah gile ke! " nada yang tinggi dengan suara yang garau dilemparkan oleh irfan. Tamparan hebat penuh perasaan singgah tepat di pipiku menyebabkan aku jatuh rebah ke atas lantai simen. Aku memegang pipiku yang merah menyala.
Aku lekas bangun dari baringan tadi dan segera menolak tubuh irfan kembali menyebabkannya mengundur ke belakang.
"Kau tak paham irfan!!! Ni antara hidup dan mati aku! Bukan kau yang kene, kau boleh lah cakap macam tu! Semua ni buat aku jadi gile! " aku menjerit sekuat hati, meluahkan segala perasan yang selama ini terpendam. Tolakan ku tadi dibalas balik oleh irfan dengan tolakan yang kasar. Aku rebah ke atas lantai lagi.
"Anna! Kau tahu tak apa yang kau buat ni salah. Walau sebesar mane pun masalah kau, kau tak boleh sia2kan hidup kau macam tu je. Kau ade otak Anna. FIKIRLAH! apa yang kau dapat setelah kau bunuh diri. Yang kau dapat cume rase penyesalan dan kesia-siaan je kau tau tak! Aku buat macam ni sebab aku sayangkan kau. " air mata meluncur keluar dengan kelajuan tinggi.tidak sanggup aku melihat irfan menangis lagi disebabkan aku. suasana kini hangat dengan tangisan dan air mata.
Aku cuba menenangkan diriku sendiri. Apa yang dikatakan irfan sememangnya betul. Aku harus manfaatkan peluang hidup untuk kali kedua ini (perumpamaan).
"Teruslah hidup Anna". Irfan tersenyum melihat ke arahku. Aku melihat ke arah irfan juga sambil tersenyum. Ya, aku harus nikmati hidup ini. Hidup yang berharga ini tidak mungkin aku sia2kan. Hidup hanya sekali. Walaupun aku tahu hidup ku akan menjadi huru hara, tapi keputusan ku dah bulat. Tekadku akan ku perhebatkan. "Hidup dengan membunuh ye" aku tersengih sendirian. Seperti ada sesuatu yang merasuki fikiran yang kian kotor ini. Jom cari mangsa seterusnya.
"Terima kasih irfan kerana memberiku semangat" aku melirik ke arah irfan dengan senyuman yang manis di bibir.irfan menghulurkan sehelai kain. Aku mencapai kain yang dihulurkan itu. Air mata dipipi aku kesat perlahan2.
"Teruslah hidup Anna. Hiduplah dengan gembira". Irfan membalas sambil menghulurkan tangan nya untuk membantu ku bangun dari atas simen tadi. Aku menyahut tangan irfan dengan penuh keyakinan.
Terima kasih irfan kerana memberi ku semangat dan keyakinan untuk membunuh dengan lebih baik lagi.
*****Aku duduk di dalam ruangan study berwarna hijau muda. Kerusi kayu aku tarik mendekati meja dan melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Aku mencapai buku catatan berwarna hitam di dalam laci dan mengambil sebatang pen di dalam kotak pensil.
Sekarang ni artis mane yang patut aku korbankan? Boleh suggest kan tak? Semestinya artis yang kurang famous kan. Kalau aku bunuh artis famous yang terkenal macam mira filzah, emma maembong ke, mesti kecoh besar nanti. Aku menconteng2 buku catatan itu. Masa aku tinggal 1 hari saje lagi. Walau apapun yang berlaku, aku kene jugak bunuh artis ni esok sebelum pukul 12.00 pm. Tapi, masalahnya artis mane yang patut aku korbankan?
Aku lekas bangun dari tempat duduk ku tadi dan bergerak ke arah kabinet yang menyimpan segala macam majalah di dalamnya. Aku mencapai salah sebuah majalah yang berada di dalam kabinet tersebut. Aku membelek2 majalah tersebut. Tangan ku laju sahaja membelek satu persatu muka suratnya. Wajah artis2 terkini kuperhatikan. Mana mungkin aku bunuh artis yang popular macam ni. Haisyyyy...
"Kak Anna! Aira masuk ye" setelah mengetuk pintu bilikku berkali2, akhirnya adikku diizinkan masuk ke ruanganku. "Ada apa? " soalku malas. "tolong ajarkan Aira matematik boleh? " ditariknya tangan aku dengan menayangkan mukanya yang comel. Aku memikirkan sesuatu.
"Boleh. Tapi, akak nak tanye satu soalan". Aku tersengih.
"Soalan ape? " adikku kehairanan. Tak sabar2 untuk menunggu soalan yang akan aku ajukan.
"Kau kan suke stalk artis2 nim. Kau kenal tak artis yang kurang popular? " aku menanti jawapan daripada adik ku.
"Cehhh, mestilah kenal akak. Ramai pulak tu. Tapi yang macam tak menonjol sangat ade sorang. Nama dia salmi. Mesti akak tak kenal kan". Aku terus mencari senarai nama artis dalam mindaku. Rasenye ni pertama kali aku dengar nama tu.
"Kenapa? " adikku menyoal lagi.
"Dah2 mane soalan matematik yang kau nak tanye tadi" terus aku beralih ke topik lain. Salmi ye. Ok, i choose you.
*****
Aku membuka laptopku yang berwarna purple. Aku berusaha mencari maklumat tentang artis yang bernama salmi ni. Entah lelaki atau perempuan lah dia ni. Muka artis tersebut kini terpampang di screen laptop. Lelaki rupe2nye. Tempat tinggal dia dekat Kl je. Setelah menyalin semua maklumat penting pasal dia, aku terus menyusun strategi. Ya, kali ni pasti berjaya. Maafkan aku salmi, kau terpaksa aku korbankan.
Maaf ye lambat ckit publish.
Harap semua enjoy.
Jangan lupa vote.
YOU ARE READING
Red rain
Mystery / Thrillerseorang gadis bermata biru laut berbentuk kristal di tengah matanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh membunuh dirinya sendiri jika dia tidak menyelesaikan misi membunuhnya dikala hujan turun. Apakah misinya? Adakah anna akan berhasil me...