Prolog

43 5 0
                                    


Sebelum memulakan catatanku, izinkan diriku memperkenalkan diri.

Aku Roseanna. Lebih senang dipanggil Rosè.

Aku mula meminati bidang photography sewaktu aku sedang dalam lawatan ke Jepun pada tahun 2012. Ketika itu aku baru saja berusia 16. Masih mentah dan bodoh tentang dunia luar dan teknologi. Berbeza dengan remaja zaman sekarang. Semuanya tahu apa itu Musically, Tik Tok dan Snapchat.

Zaman aku masih pelajar? Aku baru saja berusaha untuk belajar melompat pagar dan menyusup keluar dari sekolah semata-mata untuk mendapatkan gambar paling cantik dan breath-taking di padang golf yang tidaklah jauh sangat dari sekolahku.

Demi mendapatkan gambar-gambar dan menangkap momen-momen hebat jugaklah, tidak salah andai aku katakan aku hampir mati lemas kerana itu. Kejadian itu berlaku lebih kurang beberapa bulan yang lepas. Di mana, nanti sajalah aku ceritakan.

Buat masa ini, aku mahu berkongsi satu cerita yang pada pandangan aku agak gila, sukar dipercayai dan sehingga ke hari ini, aku masih berdebar-debar tatkala melihat gambar itu.

Jantung aku juga sentiasa berdegup laju apabila aku secara sengaja atau tidak melihat gambar itu.

Ah, aku hampir tidak mempercayai mataku tatkala melihat gambar itu.

Sungguh, ia sesuatu yang sukar dilakukan. Kecuali teknik editing digunakan. Tapi itu mustahil. Kerana aku sendiri yang mengambil gambar mereka. Malah, aku menggunakan kamera berfilem ketika itu. Aku pasti sangat tiada sesiapa pun selain daripada aku sendiri yang menyentuh atau menggunakan kamera itu.

Jadi--

Jurnal Sang PhotographerWhere stories live. Discover now