Aku termenung buat masa yang lama di depan skrin handphone. Lagu Time For the Moon Night nyanyian GFriend berkumandang dengan kuat, menenggelamkan bunyi-bunyi bising kenderaan yang lalu lalang dan suara-suara makcik bawang yang aku agak sejak tengah hari tadi asyik bergosip.Sejujurnya, aku tak tahu hendak bagi tajuk apa entry kedua ni.
Pengantin ghaib? Pengantin halimunan? Pengantin tak kelihatan? Pengantin Harry Potter? Pengantin vampire? Pengantin Twilight? Pengantin bunian?
OK, daripada banyak-banyak di atas, aku rasa mungkin Pengantin Ghaib lebih sesuai. Kalau yang lain, entahlah. Aku rasa agak...gila.
Jadi, pengalaman ini aku alami lebih kurang awal tahun lepas. Ketika itu, aku masih baru dengan kerja part-time ni. Jadi, bayaran mahal atau murah, aku terima je. Masih hijau, kan? Tak bolehlah memilih sangat. Kan nanti apa pula kata klien.
Sebenarnya, untuk menceritakan kisah ini -- yang sudah aku pendam agak lama dan tiada sesiapa yang tahu kecuali dua orang kawanku, agak sukar. Bukannya tidak mahu berkongsi pengalaman ini, cuma...aku takut.
Kerana pengalaman itu satu dalam berjuta.
Kerana pengalaman itu tidak pernah dilalui orang lain (rasanyalah).
Kerana aku sudah ketahuan mengetahui rahsianya--
YOU ARE READING
Jurnal Sang Photographer
ParanormalHimpunan cerita pendek ber-episod. Ditulis based-on what happened to a photographer (same person even different stories). Bacalah kalau rajin. note: sinopsis akan berubah dari masa ke semasa.