Aku dibawa Robin menyelusuri sebuah koridor gelap.Koridor itu terlalu gelap. Ada je tingkap tapi ditutupi langsir. Apa warnanya, aku tak pasti. Yang pastinya, warnanya menimbulkan aura seram seperti berada di dalam rumah berhantu. Ada juga lampu yang melekap di dinding tapi ia tidak membantu. Cahayanya terlalu malap.
Sekali sekala apabila aku berhenti berjalan kerana tak nampak jalan, dia akan berpatah balik dan dapatkan aku lalu memimpinku untuk berjalan seiringan.
"Jauh lagi ke?" soalku apabila perjalanan dirasakan jauh. Aku rasa seperti dibawa berpusing-pusing sekeliling istana ni je. Semuanya nampak sama.
"Sekejap lagi sampailah."
"Dah enam kali dah kau cakap macam tu tapi tetap tak sampai."
"Dah enam kali jugaklah kau asyik tanya soalan tu sejak lima minit lepas."
Aku terdiam. Keluhan kecil terlepas.
"Kenapa? Dah takde idea nak lawan cakap aku?"
"Tengah fikir."
Dia tertawa.
"Apa yang kelakar?"
Tawanya mati dan diganti dengan senyuman. "Takde apa. Cuma ini pertama kali aku bercakap dengan manusia macam kau."
Wait--what did he just called me?
"Manusia?"
"Owh, I mean a girl like you. Sorry Rosè. Aku jarang bersosial, so yeah, aku tak pandai sangat bercakap. Maaf kalau kau kecil hati."
Aku menggeleng. "No, its okay. Aku pun macam tu sometimes. Ada kala perkataan yang aku guna terlalu ekstrem."
"Ekstrem?"
"Uh-huh. Sampaikan orang akan salah faham dengan aku."
"Oh."
"So Robin, tell me..." Langkah aku terhenti. Begitu juga dengan dia.
"Kenapa berhenti? Kita dah nak sampai." Dia toleh dan matanya tertancap pada sebuah pintu yang berwarna keemasan dan berpaling pada aku semula.
"Kenapa kau asyik bawa aku berjalan keliling tempat ni? I mean, kita dah pusing tempat yang sama more than three times. Ini probably kali keempat. Apa yang kau sorokkan dari aku, Robin?"
Dia terkedu. Segera dilarikan anak matanya daripada bertentang mata dengan aku.
"Robin? Aku tanya kau ni."
"Annise dah lama menunggu. Jom."
Tanpa pedulikan soalan aku, dia mengheretku bersamanya ke bilik yang pintunya berwarna keemasan tadi.
"Robin."
Aku menahan dia daripada memulas tombol pintu. Pergerakan tangannya terhenti. Matanya masih merenung tombol itu.
"Robin, aku akan tanya sekali lagi. Apa yang sedang berlaku?"
Dia pejam mata. Menarik nafas dan bila nafasnya dihembus, matanya kembali celik, aku tak pasti aku berkhayal atau mabuk tapi yang aku nampak, matanya berubah warna.
YOU ARE READING
Jurnal Sang Photographer
ParanormalHimpunan cerita pendek ber-episod. Ditulis based-on what happened to a photographer (same person even different stories). Bacalah kalau rajin. note: sinopsis akan berubah dari masa ke semasa.