3. Pengantin Ghaib? Pt. 3

26 3 0
                                    


Aku berhenti di persimpangan dan check semula location yang dihantar Illyssa semalam.

According to this, sepatutnya ada lorong kecil tak jauh dari sini if aku masuk simpang kanan. Tapi apa yang aku nampak sekarang, signboard pun takde ni.

Dalam hidup aku, takde signboard, maka tempat tu tak wujud. We see what we want to see. Yup. No sign at all yang shows that bride's house nearly.

Maybe aku salah jalan kot?

Tak boleh jadi ni.

"Saa? Yes and no. Aku tak jumpa rumah kawan kau ni."

"What? No way. Jangan cakap yang kau sesat?"

"Hopefully no."

"OK, hmmm. Biar aku fikir dulu. Aku sendiri pun tak berapa ingat jalan rumah dia tapi--"

"What the hell?!"

"I'm sorry but that's my fault too. Aku patut pergi dengan kau if aku tau yang kau akan sesat."

"You do know yang aku memang failed gila nak mati baca map and..." Keluhan kesal dilepaskan. Aku sangkakan yang aku boleh berdikari dan pergi mana-mana luar bandar seorang diri tanpa bantuan tapi aku salah. Punyalah berangan semalam, konon tak perlu bantuanlah, apalah. Hadui.

"OK, Rosè. Don't worry. Takyah nangislah. Sekarang ni, tengok kanan kau."

"Why?"

"Just do it."

Aku buat seperti yang disuruh.

"Now, do you see a signboard?"

"Mana ada signboard kat area sini, gila. Aku sekarang tengah stop kat tengah-tengah simpang lagi ni. Taktau nak pergi belah mana."

"Yes, memang adalah signboard. Tak salah aku if should be written Lavender Valley."

"Lembah Lavender?"

"Yes."

"Sial kau, Lyssa. Tempat tu berhantulah, bodoh!"

Diam mengisi ruang antara kami. Perasaan kesal tiba-tiba je hadir dalam diri aku. Ah, aku benci perasaan ni.

Tadi aku terlalu ikutkan perasaan. Aku terlalu emo. Aku terlalu mendengar kata orang-orang sekeliling. Aku terlalu...takut.

Seorang teman aku pernah merakam sesuatu ketika dia mendaki untuk ke Lembah Lavender. Jalan untuk ke lembah itu pula sangat cerun dan berbahaya. Ada satu laluan saja untuk ke atas sana kalau tak salah aku. Laluan tu pula sangat kecil dan sempit. Cukup-cukup untuk memuatkan sebuah kereta kancil je, kalau mengikut pemerhatian aku melalui video yang dirakam Hezrick.

Kalau muat sekalipun, mungkin masih akan terlanggar semak-semak berduri yang ada di kiri dan kanan laluan.

"Sorry. Aku tak sengaja."

"It's okay. Aku faham. Cuma aku betul-betul rasa bersalah kat kau."

"Why?"

"Sebab letakkan kau dalam situasi ni."

"What situation?" Aku tertawa. Buat-buat je. Nak tenangkan hati dialah. "Aku okay jelah."

"Hmmm nothing la. But whatever happen, aku harap kau maafkan aku dan stay strong eh?"

"Hmm?"

Illyssa tertawa. "Sebab kawan aku tu cerewet sikit. So yeah, faham-faham jelah."

"OK tapi setau aku, kat lembah tu mana ada rumah weyh."

"Adalah. Kat hujung-hujung tu. Tapi before kau menjawab, biar aku gitau. Rumah pengantin tu ada kat atas. And trust me, kau takkan sesat sebab..."

"OK, OK. No need to explain more. Kalau aku nak tanya apa-apa, aku call lah."

"Tapi kat atas tu mana ada line."

"Pandai-pandailah aku fikir nanti. Bye."

-------

Aku parking kereta setelah cubaan untuk naik ke atas, gagal. Yes, memang aku tahu mustahil nak sampai ke sana dengan kereta yang tak tahan lasak since aku bukannya kaki kereta dan tak reti nak modifide sampai jadi one from of those Fast & Furious car tapi at least aku cuba.

"Malasnya."

Ada sebab kenapa aku malas nak jalan kaki ke sana.

Satu, sebab aku malas.

Dua, kaki aku sakit. Paha aku tersalah urat dan nak berdiri elok-elok pun tak boleh. Macam orang tempang pulak aku berjalan. Confirm pergi kerja nanti kena bahan dengan si Apih tu.

Tiga, barang-barang aku banyak dan berat. Apa kau ingat equipment kamera ni ringan dan sikit ke? Tak, kau salah. Banyak sangat. Tripod dia tu dah satu hal. Then lens dia yang besar gedabak macam paparazi guna tu dah satu hal.

Empat, haih. Aku benci mendaki.

-------

Aku dongak dan tengok sekeliling. Kosong je halaman rumah ni. Eh tak. Maaf silap aku. Binaan yang ada depan aku ni besar dan megah, tak nampak macam rumah banglo biasa pun. Nampak lebih macam istana.

Halaman istana (aku tulis istana untuk mudahkan korang bayangkan apa yang aku tengok) ni kosong dan takde khemah. Khemah yang selalu digunakan untuk majlis perkahwinanlah. Kanopi kalau tak salah aku nama benda tu.

Yes, takde langsung kanopi yang kelihatan. Sebijik kenderaan lain pun tak terlihat. Tapi aku beranggapan baik. Mana la tau kot-kot kereta mereka pun sama macam aku -- takde tenaga kuda yang cukup nak naik ke sini.

Plus, aku takde dengar suara budak-budak membising. Weird. Takkan tetamu wedding ni takde yang bawak budak?

Tapi aku positif lagi. Maybelah, maybelah tetamu tuan rumah ni semuanya muda-muda dan tak kahwin lagi.

Positif, kay, positif.

Tapi takkanlah semua takde anak? Tak logik.

Aku letakkan beg dan naluri seorang penyiasat mula keluar. Maaf cakap tapi aku memang macam ni. Pantang terjadi benda pelik depan mata, terus aku berubah jadi penyiasat. Biasalah. Nak jadi polis, tak boleh sebab tak cukup tinggi.

Aku mula berjalan dan melihat sekeliling.

-------

Langkah aku terhenti apabila tiba di taman bunga. Tamannya telah pun dipersiapkan dengan cantik.

Well, kalau sudah nama taman bunga, memanglah semuanya cantik. Tapi this one, wow. So damn pretty and amazing. Cantik yang teramat sangat dan sangat memukau pemandangan. Aku seperti tiba di sebuah dunia lain.

Keadaan di belakang ni sangat berbeza berbanding di depan sana.

Suasana di belakang ni...bagaikan sebuah fantasi.

Deretan kerusi (bayangkan kau berada di dalam bilik auditorium atau bilik kuliah, yes aturan kerusinya macam tu) tak banyak, aku agak dalam tak sampai seratus tapi semuanya dihias cantik.

Di barisan depan kesemua deretan kerusi itu ada sebuah gerbang. Di antara gerbang itu pula ada sebuah podium. Paderi?

"Cik buat apa kat sini?"

Terkejut, aku berpaling dan hampir je backhand--

Jurnal Sang PhotographerWhere stories live. Discover now