5. Pengantin Ghaib? Pt. 5

21 2 1
                                    


"Jadi, dia photographer tu?" Justin tengok aku atas bawah. Sebelah kening terangkat apabila matanya terhenti pada kaki aku. Aku turut tunduk. Apa benda yang dia tengok?

Robin pun tengok sama. "Yes, should be a man but--"

"That man ada kerja lain. Family urgent." Aku bergerak dan menyorok di belakang Robin. Perasan agaknya yang aku tak selesa, mereka berdua pandang tempat lain.

"My apologise, young lady andai aku terkasar dengan kamu tadi."

"It's okay. It just..." Seseorang menyentuh celah paha aku. Dia mengurut lembut paha aku -- to be exact, on the spot yang sakit tu. Terkejut, aku terjerit kecil. "...damn you. Apa yang kau buat?" Aku hampir je tertendang Robin.

"Kau cedera. On your way here?" Dia dongak sambil tangannya masih berada di paha aku.

Aku mengelak dari terbuat eye contact dengannya apabila dia mendongak.

"Umm...n-no. Tu...aku...erk." Otak aku jadi blank. Kosong. Serius. Tak tipu.

Kalau bila aku ada dengan abang dia tadi, memang otak aku penuh dengan kata-kata makian yang aku bakal luahkan pada si Justin. Tapi bila aku dekat dengan Robin, semua itu hilang. Just like that. Poooff! Gone.

Dia tersenyum dan ketawa kecil. Aku jadi malu. Ah, macam mana aku boleh gagap depan dia?

Sewaktu Illyssa katakan yang aku akan berjumpa dengan Robin, aku agak dia biasa-biasa je orangnya. Seperti most of our clients -- ada yang kacak, ada yang boleh tahan kacak. Tapi dalam ramai-ramai tu, takde seorang pun yang dapat berikan aku perasaan seperti ini.

Insecure.

Robin--dia berbeza.

"Kenapa gagap?"

"Ummm...tu. Your hand, Robin."

"Oh." Segera dia menarik semula tangannya. "Sorry, aku tak tahu yang kau tak selesa. My bad."

"It's okay." Aku tunduk dan mengeluarkan kamera yang ada di dalam beg yang Robin bawa ke mari tadi. Memeriksanya, jika ada calar. Manalah tahu kot-kot beg ni ada terjatuh ke semasa dia membawanya. "So, mana pengantinnya?"

Bila aku pandang atas, Justin sudah pun berdiri depan aku. Begitu juga Robin. Mereka berdua sangat dekat.

"Aku salah cakap ke?"

"I'm here."

Ayat tu keluar dari mulut Robin; crush baru aku.

Jurnal Sang PhotographerWhere stories live. Discover now