8. Pengantin Ghaib? Pt. 8

19 2 1
                                    


Justin terpacul di depan pintu dengan muka yang--susah untuk aku jelaskan dalam bentuk tulisan tapi yang nyata, dia seakan terpana.

Begitu juga aku.

Perlahan-lahan dan sebolehnya tidak mahu disedari abangnya, Robin menarik aku berdiri di belakangnya. Dia sempat melihat melalui tepi bahunya. Dia mengisyaratkan sesuatu melalui pergerakan matanya.

Aku pada mulanya tak faham. Mengeluh, dia memegang erat tanganku lalu meramasnya.

"No matter what happen, jangan lepaskan tangan aku, faham?"

"W-Why?"

"Just do it."

Dengan jantung yang mula berdegup kencang, aku pegang tangannya dengan kedua belah tanganku.

Situasi ini ketika itu masih sukar untuk aku fahami. Otak aku memproses setiap maklumat dengan perlahan sehingga semua yang berlaku walaupun ia berlaku dengan sangat pantas tetapi di mataku, semuanya terjadi dalam slow motion.

Dua orang lelaki lain yang aku agak mungkin pengawal, menghampiri Robin. Kedua mereka sangat tegang. Atau bengis. Ada calitan cat hitam pada muka mereka. Mengingatkan aku pada character alien dalam Agents of Shield.

"Mohon tuan jangan melawan," kata salah seorang dari pengawal itu.

Robin tersenyum senget. "Kau ingat aku peduli?"

Tangan aku tak lagi berpegangan dengannya. Sebaliknya aku buat apa yang selalu aku buat bila keluar berduaan dengan adik aku di tempat yang sesak; pegang hujung bajunya.

Sebaik tangan mereka menyentuh bahu Robin, dengan selamba dan tenang dan elegan, dia menepis dan mengelak. Setiap pergerakan Robin, meskipun dua orang pengawal itu dilihat bersungguh-sungguh berlawan, masih kekal tenang. Teringat pula aku pada watak-watak petapa dalam movie sejarah cina.

Berbeza dengan aku ketika ditahan tadi. Aku juga cuba melawan tapi faham-faham sajalah. Apa je kudrat seorang perempuan untuk melawan lelaki? Belum sempat aku buat apa-apa, mereka sudah awal-awal tercegat di sisi aku macam patung batu. Pergerakan mereka seperti pelesit. Entah bila masa ada di situ.

"Tuan, tolonglah bagi kerjasama."

"Jangan mimpi. Aku dah penat ikut cakap dia."

"Robin, jangan buat macam ni. Kau taknak kecewakan aku."

Aku intai dari belakang Robin. Justin dengan langkah gemalai took steps towards us. Robin masih sibuk. Aku rasa dia tak perasan.

"Robin, hentikan. Kau tahu kau tak boleh lawan aku."

"Belum cuba belum tahu."

"Robin, I warned you."

"Aku dah penat ikut telunjuk kau, Justin. Aku dah penat buat kerja kotor kau. Aku dah bosan hidup macam--"

Tangan Justin kat leher Robin.

Dan aku dapat dengar ada sesuatu yang retak.

Dan aku yang kat belakang dia ni--

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jurnal Sang PhotographerWhere stories live. Discover now