BAB 1

61 1 0
                                    

''Kau rasa betul ke kelas kita ni, Amani?'' pertanyaan Tasya disambut dengan ketawa kecil dari Tengku Amani.

''Er.. sebenarnya.. aku pun tak pasti'' Amani menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kertas di tangan dibaca sekali lagi.

BLOK 1

BILIK KULIAH 1

''Betul la kot...jom masuk dulu. Nanti kita tanyalah orang'' ajak Amani sambil menarik lengan Tasya yang semakin cair dengan terik mentari.

''Kita ni nama je dah pelajar tahun kedua tapi masih lagi tak tahu kelas kat mana'' rungut Tasha. Sekali sekala peluh di dahinya dilap dengan belakang tangan.

Amani ketawa kecil lagi. ''Bukan salah kita pun. Kampus ni yang besar sangat. Nak menapak ke kolej pun kene naik bas'' ujar Amani sambil mata melilau ke kiri dan kanan. Mencari manusia yang boleh ditanya tentang kelas mereka.

Kemudian, mata Amani tersekat ke arah dua orang lelaki yang sedang berjalan menuju ke bangunan putih di hadapan mereka berdua. Tanpa membuang masa Amani melajukan langkah bagi mendapatkan kedua lelaki itu.

''Err assalamualaikum. Tumpang tanya boleh?'' soal Amani sambil tersenyum manis kepada kedua lelaki itu. Lelaki yang bertopi hitam itu melihat Amani dengan pandangan yang kosong seraya menjungkitkan keningnya manakala lelaki disebelahnya pula melemparkan senyuman kecil kepada Amani.

''Yup?'' jawab lelaki itu. Lelaki yang bertopi hitam hanya mendiamkan diri namun mata tidak lepas dari memandang Amani.

''Tahu tak kelas ni kat mana?'' soal Amani sambil menghulurkan kertas di tangan kepada lelaki itu.

''Ouh, bangunan depan ni'' jawab lelaki itu seraya menunjukkan bangunan di hadapan mereka dengan menggerakkan kepalanya.

Amani tarik nafas lega. Mujur betul. ''Terima kasih, ya'' ucap Amani sambil bergilir-gilir memandang kedua lelaki itu. Tasya disebelah pula hanya berdiam diri namun pandangannya tajam memerhatikan lelaki bertopi hitam itu.

Sebaik sahaja mereka berdua bergerak ke bangunan yang dimaksudkan, Tasya berbisik perlahan di sebelah Amani.

''Pandang orang macam nak telan!'' Tasya mengerutkan keningnya. Hatinya dicuit rasa pelik. Amani memandangnya pula.

''Siapa?'' soal Amani.

''Lelaki yang pakai topi tadi tulah. Pandang kau macam nak telan!'' jawab Tasya. Amani pula yang mengerutkan kening. Dia berpusing ke belakang kalau-kalau lelaki yang dimaksudkan Tasya itu masih di situ.

Amani tergamam sebentar. Lelaki yang dimaksudkan Tasya tadi memang betul-betul memandangnya. Namun pandangannya cukup tajam sekali seolah-olah mahu menerkamnya pula. Dia segera berpaling kedepan.

''Betul kan?'' Tasya bertanya lagi. Meminta kepastian. Amani menghembuskan nafasnya. Cuba menenteramkan hati.

''Jomlah. Yang penting kita tak sekelas dengan diaorang.''

* * *

Kelas dah bermula setengah jam. Pensyarah yang berusia empat puluhan itu masih lagi di slide yang pertama. Masih lagi berceloteh tentang pengalaman hidupnya. Almaklumlah, banyak cerita yang nak diberitahu.

''Dari tadi asyik cerita dia naik gunung je. Bila pula nak cerita pasal subjek ni?'' rungut Tasya sambil menumpangkan dagunya.

''Entah. Dengar je la..'' Amani malas nak ambil pusing. Dari apa yang diceritakan oleh Encik Fahmi dihadapan itu, dia dapat mengagak kelas ni akan dipenuhi dengan celotehnya. Duda anak empat. Isterinya cerai mati. Kesian... tak ada tempat nak mendengar cerita la tu.

Sedang leka mendengar cerita Encik Fahmi, pintu kelas dibuka. Kelihatan dua orang lelaki memasuki kelas tersebut. Cerita Encik Fahmi terhenti.

''Ai, awalnya kamu masuk bang'' tegur Encik Fahmi sambil menaikkan kening sebelah.

Amani dan Tasya memandang antara satu sama lain. ''Lelaki tadi tu..'' Tasya cuba bersuara perlahan.

Kedua lelaki itu hanya berjalan menuju ke meja paling belakang sekali tanpa menghiraukan soalan pensyarah lelaki itu. Apatah lagi pandangan kesemua pelajar di situ. Tak kurang juga yang berbisik-bisik.

''Biadapnya!'' bisik Tasya. Amani membuntangkan matanya ke arah Tasya. Bimbang jika didengari oleh lelaki berdua itu.

''What? Apa tak betul aku cakap?'' Tasya buat muka tak bersalah. Amani hanya tersenyum hambar dan memandang ke depan semula. Encik Fahmi menyambung semula ceritanya setelah sindirannya tadi tidak dilayan. Not again...

Amani cuba untuk fokus tapi entah mengapa dia terasa dirinya diperhatikan. Dia menepis firasatnya itu. 'Perasaan aku je ni..'

Setelah hampir 2 jam berada di dalam ruang kecil yang berpenghawa dingin itu, kesemua pelajar dilepaskan keluar. Amani dan Tasya segera keluar dari kelas tersebut. Ada kelas yang lain pula harus dikejar.

Sebaik sahaja mereka keluar dari bangunan itu, Tasya mencuit lengan Amani. '' Kau nak tahu something tak?''

''Tahu apa?'' Amani berasa pelik dengan Tasya. Dah macam gaya nak membawang je Tasya ni.

''Mamat dua ekor tadi tu sebenarnya budak repeater! Masuk sem kali ni dah tiga kali diaorang ulang subjek yang sama. Tak silap aku dia oranglah senior yang famous dari mulut ke mulut tu. Yang sorang tu nama Dani, lagi sorang tu nama dia Khalid!'' bersungguh betul Tasya bercerita sampai terbuntang mata bulatnya menyerlahkan lagi wajah comelnya.

''O..kay... so?'' soal Amani. Tidak terkejut pun dengan cerita bawang Tasya sebentar tadi. Tasya mengerutkan kening pula.

''Kau ni buat la muka terkejut sikit'' Tasya memandangnya dengan tidak puas hati.

''Ya Allah, iya Tasya??'' soal Amani sambil berlakon terkejut. ''Aduh!'' Lengan kanan Amani dipukul perlahan. Tidaklah sakit mana pun, saja nak berlakon lebih.

''Aku cakap serius ni tau. Tapi bagi aku la kan...dengan perangai biadap macam tu, tak minta maaf sebab masuk lewat..memang patut la diaorang jadi repeater.''

''Tasya.... Tak baiklah'' Amani membuntangkan matanya pula.

''Ye lah, kalau aku jadi En-'' belum sempat Tasya menghabiskan ayatnya satu suara garau bersuara di belakang mereka berdua.

''Seronok membawang cik adik?''

Amani dan Tasya terkejut dan serta merta langkah mereka terhenti. Kemudian, kepala dipusing ke belakang perlahan-lahan. Lagak macam bakal menyaksikan lembaga yang menakutkan di belakang mereka.

Oh , damn!

Terima kasih baca. Ringan2kanlah tangan anda utk vote ye 😁😁 ngeee

Dani AmaniWhere stories live. Discover now