Bab 2

51 1 0
                                    


''Seronok membawang cik adik?''

Amani dan Tasya terkejut dan serta merta langkah mereka terhenti. Kemudian, kepala dipusing ke belakang perlahan-lahan. Lagak macam bakal menyaksikan lembaga yang menakutkan di belakang mereka.

Oh , damn!

Lelaki-lelaki yang dimaksudkan mereka berdua tadi sedang berdiri di belakang mereka sambil memberikan pandangan yang tajam.

''Best mengumpat? Bunuh karang baru tau!'' ugut lelaki yang menegur mereka tadi. Amani dan Tasya memandang kedua-dua lelaki itu dengan muka yang merah akibat menahan malu ditegur.

'Wait? Bunuh? Agak-agaklah..' desis hati kecil Amani. Tak berani bersuara. Tambahan lagi aura lelaki berdua itu seolah-olah menakutkan. Belum cerita lagi dengan bau minyak wangi yang kuat dari mereka berdua.

'Bau minyak wangi Dashing ke ni?'

Lelaki bertopi hitam memandang tepat ke anak mata Amani. Kosong. Senyum pun tidak, beriak marah pun tidak. Hanya diam memandang Amani.

Lelaki di sebelahnya bersuara lagi, '' Nasib baik comel. Kalau tak dah jadi abu kejap lagi.'' Sempat lagi matanya dikenyitkan ke arah Tasya. Tasya melarikan pandangan dan segera menarik lengan Amani lalu melarikan diri dari situ.

Ngeee.. ngeri!

Amani yang masih asyik memandang lelaki dihadapannya kembali tersedar apabila lengannya ditarik oleh Tasya. Setelah mereka berdua lenyap dari pandangan, barulah lelaki berdua itu meneruskan langkah semula.

''Kemain lagi kau tengok perempuan tadi tu. Dah jatuh hati keee?''

''Bukan selera aku.''

''Alah, mulut kata tidak, hati kata ya.''

''Ada yang lunch peluru aku ni kejap lagi ni karang.''

''Relakslah Dani... usik sikit je. Sekali sekala layan gurau aku apa salahnya,'' pujuk Khalid sambil menaikkan kedua-dua keningnya.

Dani tersenyum senget. Khalid kalau tak mengusik orang memang tak sah!

''Jom, melantak! Aku lapar ni.''

***

Malam melabuhkan tirai. Penghuni bandar besar dan pesat itu masih lagi giat menjalankan aktiviti masing-masing.

Ada yang sibuk menjalankan perniagaan, ada yang masih tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan ada juga yang masih sibuk membeli belah dalam pasar raya.

Dalam kesesakan orang ramai di dalam sebuah pasar raya, kelihatan dua orang gadis ralit membeli-belah di lorong makanan ringan.

''Banyaknya kau ambik, Amani!'' ujar Tasya sambil matanya silih berganti memandang snek makanan ringan di dalam troli dan Amani yang tersengih kambing di depannya.

''Alah, ni stok sebulan la'' bidas Amani. Tangannya mengambil lagi snek makanan ringan di rak. Kali ni keropok Mamee Monster menjadi sasarannya.

Tasya menggelengkan kepala. ''Ini kalau atuk kau tengok ni confirm dia pengsan.''

''Tak payah lah bagitau. Kau ni jadi spy atuk aku ke apa?'' soal Amani sambil bercekak pinggang sebelah. Kening terjungkit sebelah.

''Haah, spy misi tak nak kasi kau bazir duit and jadi gemuk lepas tu!'' Tasya pula bercekak pinggang.

Amani ketawa kecil. Geli hati dengan kawan karibnya seorang ni. Pergi ke mana sahaja pasti dengan Tasya sejak dari kecil lagi. ''Okay.. aku tak ambil lagi..''

''Ha, tahu takut!''

''Takut la sangat... tadi depan mamat gangster tadi tu tak nak pula mengaum!'' usik Amani. Tasya membuntangkan mata.

''Itu lain cerita la.. waktu tu aku tengah panik. Cakap orang kau pun sama je.. siap tak berkelip-kelip pandang mamat laser tu,'' Tasya pula mengusik Amani.

'Mamat laser? Sebab dia pandang macam laser ke?' sempat Amani berfikir sekejap.

Muka Amani menjadi merah. ''Hish, mana ada la! Mamat tu yang pandang aku tak berkelip-kelip!''

''Ye la tu.. jangan jatuh hati sudahlah! Aku tak restu!'' Tasya menolak troli sambil mengepit tangan Amani untuk berjalan sekali.

''Kenapa tak restu pulak?'' Amani menjadi pelik. ''Aik, kau suka kat mamat laser tu ke?''

Tasya mencubit pipi Amani yang tembam sedikit itu.

''Adoi! Sakitlah! Tahulah pipi kite ni tembam'' ujar Amani sambil mengusap pipinya yang kemerahan. Kulit putihnya cepat menjadi merah bila dicubit sedikit.

''Bukan itu maksud aku. Mamat tu bukan lelaki yang baik'' Tasya memberi hujah seraya tangannya memusing troli ke kiri dan memasuki ruangan minuman. Matanya menjadi bersinar-sinar.

'Mana Tropicana twister aku ni ye?' soal hati kecil Tasya. Tekaknya meronta untuk dibasahkan segera.

''Mana kau tau mamat tu tak baik? Dah jadi stalker pula ke? Sejak bila tinggalkan kerja jadi mak cik bawang ni?'' soal Amani pula.

Tasya ketawa mendatar. ''Ha. Ha. Ha. Ha. Sejak dia orang masuk kelas kita tadi. Lagi pun macam-macam cerita aku dengar pasal diaorang tu.''

''Iya? Ceritalah! Nak juga aku tau.'' Tangan Amani laju saja mencapai susu Dutchlady Srawberry dan dimasukkan ke dalam troli.

''Aik, bukan setau aku kau ni tak suka dengar cerita-cerita bawang ke?'' soal Tasya sambil menyusun barang-barang di dalam troli.

'Banyak betul minah ni beli barang. Berapa kilo la agaknya ni?'

''Saja je nak tau la..''

''Ouh..bukan sebab dah terjatuh hati kat mamat laser tu? Lepas tu kau terus teringin nak tahu cerita pasal dia? Bukan sebab tu?''

PAP!

Satu tamparan manja hinggap di lengan Tasya. ''Hish, bukan macam tulah!'' Tasya ketawa melihat repson Amani. Tambah lagi dengan pipi merah Amani yang menahan malu.

Tanpa mereka sedar, tingkah mereka berdua menjadi perhatian orang di sekeliling.

''alah.. gurau je pun.. sensitif naw!''

ARGHHHHHHHHHHHHH!!!!!

Tiba-tiba, satu jeritan kuat kedengaran yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Amani dan Tasya terkejut dan tergamam melihat gerangan suara di hadapan mereka. Tangan mereka menjadi sejuk dan kaki tidak mampu nak bergerak.

'Okay, this is not good.'

Bab 2 okay?
Ke bosan ? 😁😁😁😂
Bolehlah tekan vote ye.
Terima kasih.
Muah ciked 😘

Dani AmaniWhere stories live. Discover now