ARGHHHHHHHHHHHHH!!!!!
Tiba-tiba, satu jeritan kuat kedengaran yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Amani dan Tasya terkejut dan tergamam melihat gerangan suara di hadapan mereka. Tangan mereka menjadi sejuk dan kaki tidak mampu nak bergerak.
'Okay, this is not good.'
Amani cuba untuk bernafas dengan tenang. Jarinya kemas memegang lengan Tasya di sebelah. Tasya pula hanya mempamerkan riak wajah yang tenang tetapi serius.
"Amani, just stay at the back of me" Amani bergerak perlahan lahan ke belakang Tasya. Berlindung dari segala kemungkinan.
Wanita yang menjerit dihadapan mereka mula mengeluarkan air mata. Pisau di lehernya tidak berganjak manakala lelakk yang mengacukan pisau tersebut kelihatan cemas sedikit.
"Spoil betullah dia nie. Masa ni jugalah nak cari penyakit" Tasya menggerutu perlahan.
"Tasya, jangan buat apa-apa. Tersilap langkah melayang nyawa kau" Amani memberi amaran. Tangan yang erat memegang lengan Tasya semakin basah dengan peluh.
"Jangan risau. Apa guna aku belajar taekwando kalau tak praktikkan" Tasya memberi jaminan. 10 tahun dia belajar seni bela diri itu. Masa inilah dia harus manfaatkan untuk menyelamatkan nyawa.
Kaki dilangkah ke depan perlahan-lahan.
"Jangan bergerak! Kalau ade sesiapa yang bergerak! Perempuan ni yang jadi mangsa!" Amaran dari lelaki itu bergema di pasar raya besar itu.
Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi pengjawa dingin yang beroperasi.
Langkah Tasya terhenti. 'Gile betul mamat ni.'
Para pengawal mula sampai di lokasi kejadian.
"Encik, lepaskan perempuan tu..dan kami akan berikan apa yang encik mahukan sebagai tukaran" salah seorang dari pengawal tersebut cuba tawar menawar.
Tiba-tiba lelaki itu ketawa besar. Ketawa yang mengundang rasa takut di hati semua orang.
"Gila agaknya orang ni" suara sumbang dari belakang lelaki itu namun tidak dihiraukannya.
"Memang aku gila! Aku gila sebab perempuan ni tinggalkan aku sebab jantan lain!! Memang patut pun betina tak guna ni mati!"
Lelaki yang berjambang itu ketawa lagi. Kali ini perempuan yang berada di dalam pelukannya menangis teresak-esak. Menyesal atau takut, itu tidak pasti. Yang pasti drama di hadapan ratusan manusia itu mengundang 1001 persoalan.
Tapi tidak bagi Tasya. Dalam kepalanya ligat memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan wanita itu.
Sedang lelaki itu galak ketawa di situ, seorang lelaki yang bertopi hitam berjalan perlahan menuju ke arah dua manusia itu. Langkahnya stabil dan tenang. Langsung tidak menunjukkan dia gentar.
Amani menunjukkan jari telunjuknya ke arah lelaki bertopi hitam itu dengan terketar-ketar, "I..i..itu bukan... lelaki yang kita jumpa si..si..ang tadi..ke?"
Tasya mengangguk. 'Apa dia buat kat situ? Nak tempah maut ke? Dia tak nampak ke apa yang ade kat depan dia tu?'
Langkah lelaki bertopi hitam itu terhenti beberapa tapak je dari wanita yang diugut itu. Lelaki yang mengacu pisau itu menghentikan ketawanya. Dia memandang tajam ke arah lelaki bertopi hitam itu. Pisau itu kini beralih arah pula ke hadapan mukanya.
Orang ramai menjerit kuat sebaik pisau tu dihalakan ke depan lelaki bertopi hitam itu.
"Berani kau datang dekat hah?!! Kau nak MAMPUS??!!"
"Belum sampai masa lagi aku nak mampus. Sebabnya kau yang mampus dulu!" Lantas tangan lelaki itu ditepis kuat dan satu tumbukan padu melayang tepat ke muka lelaki itu.
BUKK!
Lelaki itu tewas. Wanita yang diugut sebentar tadi longlai dan merangkak ke tepi dengan pantas.
"Berani betul kau buat kecoh kat kawasan aku kan?" Satu sepakan kuat pula ditujukan ke arah kaki lelaki yang jatuh itu.
PAKK!
Satu sepakan lagi tepat mengenai muka lelaki itu. Darah mula mengalir keluar dari hidungnya serta merta lelaki itu pengsan disitu.
"Kain buruk macam kau ni picisan je bagi aku" suaranya tenang dan perlahan saja namun cukup didengari oleh semua orang yang berhampiran.
Tut! Tut! Tut!
Telefon pintarnya berdering kemudian panggilan dijawab.
"Tunggu kat tempat biasa. Kejap lagi aku sampai."
Sebaik sahaja telefon dimatikan, lelaki bertopi hitam itu berjalan keluar dari tempat kejadian lalu bergerak ke kaunter.
Semua orang masih terpaku dan tergamam melihat kejadian tadi. Seolah-olah tidak percaya lelaki bertopi hitam itu berjaya menumpaskan si penjenayah tadi dengan mudah.
Sedar akan tiada tindakan yang diambil terhadap lelaki yang pengsan itu, lelaki bertopi hitam itu bersuara, " Korang tengok apa lagi, tak reti nak settlekan mangkuk tu?"
Sebaik tersedar dari perasaan teruja masing-masing, para pengawal dengan pantas berlari mendapatkan lelaki tadi dan orang ramai mula kembali menyambung semula kerja masing-masing. Pasar raya kembali hingar-bingar.
Lelaki bertopi hitam itu juga lenyap dari pandangan semua orang.
"See...he is not like what you think.." ujar Amani sambil mata masih lagi memandang kelibat lelaki yang semakin tenggelam itu.
Tasya masih berdiri di tempatnya. Kaku dan kagum.
"Siapa nama mamat yang pakai topi tu ye Tasya?" Soalan Amani mendapat respon Tasya.
"Dani. Dani Mikael" Tasya berpaling ke belakang menghadap Amani. "Tapi... aku tetap tak nak kau rapat dengan dia eh!"
"Eh, ke situ pulak dia! Jomlah. Sambung beli barang."
Dani cool right? Hahahaha
Bolehlah vote. Tekan bintang belah kiri kat bawah ye 😘😘
YOU ARE READING
Dani Amani
General Fiction"So far, what do you think about us?" Ayahanda memandang tajam ke arah Amani. Serentak itu Amani menundukkan wajah. 'Kenapalah anak beranak suka pandang orang macam tu?' Amani berdehem seketika dan menyusun ayat dalam otak sebelum memberi jawapan. "...