Dalam kelam malam dan kilat memancarkan diri di langit, sekumpulan lelaki berdiri mengelilingi seorang lelaki di belakang sebuah makmal terbiar.
BUKK!
Satu penumbuk melayang ke muka lelaki itu. Serentak itu darah menyembur keluar. Kemudian, satu sepakan pula melayang ke arah perut lelaki itu. Kesakitan yang tidak terperi memaksa lelaki itu mengerang kuat.
Setelah 20 minit lelaki itu dibelasah secara bergilir, mereka terhenti apabila seorang lagi lelaki yang sejak tadi hanya memerhati dari jauh memberi arahan.
"Cukup." Lelaki itu menghampiri mangsa yang sudah tidak berdaya itu. Dia mencangkung sambil menghembuskan asap rokok ke muka lelaki yang sudah bermandikan darah.
"Kau memang suka campur urusan aku kan? Aku bagi kau peluang sekali je untuk hidup tapi kau nak juga cari pasal dengan aku" Dani menghisap rokok semula.
Lelaki itu terbatuk-batuk sebelum berkata-kata, "A-ak-u akan... pastik-k-kan... k-kau...m-m-mati!"
Dani menyengetkan kepala. Dia tertawa kecil sebaik mendengar ugutan lemah lelaki itu.
"Kau? Nak bunuh aku?" Dani ketawa besar diikuti dengan pengikutnya yang lain.
"Boleh tahan jugak kau ni. Dah nak mati pun masih lagi nak ugut aku?" Dani mengeluarkan pistol kesayangannya dari belakang seluar lalu diacukan ke kepala lelaki tersebut.
"Any last word, bro?" Kesemua mereka berdiam diri dan menanti tindakan seterusnya dari Dani.
Lelaki itu hanya tersengih dan menelentangkan tubuhnya ke langit sambil memejamkan mata.
"A-a-ku.. tak pernah takut kat kau. Tapi aku takut pada Tuhan... pada ma-mata kau... aku kalah... ta-tapi pada ma-mata Tuhan... a-aku menang! Dan... k-kau... PENGECUT!"
BAMM!
Serentak itu lelaki itu tidak lagi berkata-kata. Nafasnya terhenti. Dia mati serta-merta.
"Tuhan dah lama tinggalkan aku. Sebab itu aku berjuang mencipta takdir aku sendiri."
Dani membuang puntung rokok dan berdiri. Kesemua anak buahnya hanya berdiam diri menanti arahan seterusnya.
"Bungkus. Buang." Anak-anak buahnya mula bergerak membuat kerja. Arahan mesti diikuti tanpa bantahan meskipun hati masing-masing masih lagi berdebar setelah melihat pembunuhan itu. Meskipun sudah biasa dengan kejadian kotor sebegitu namun mangsa malam ini bukan calang-calang orang.
Dani berpaling dan terus berjalan ke Kawasaki Ninjanya. Sebaik enjin dihidupkan, dia terus berdesup keluar dari kawasan gelap itu dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam.
🍀🍀🍀
Bunyi dentuman muzik kuat di pusat hiburan terkenal di bandar itu sedikit pun tidak dihiraukan oleh Dani. Dia hanya memerhatikan gelas arak dihadapannya. Sedikit pun tidak berusik. Rokok menjadi peneman setianya.
Entah mengapa fikirannya melayang ke wajah lelaki yang dibunuh tadi. Lelaki itu antara mangsa yang paling berani melawan dirinya. Lelaki yang berjaya mengusik kenangan lama.
"Bukan aku tak pernah mencari Tuhan. Tapi setiap kali aku tersungkur, aku tidak ditolong. Malah hidup aku menjadi semakin derita."
Dani menggenggam gelas arak itu dengan kuat. Seolah-olah sedang menyimpan amarah yang teramat dalam. Matanya terpejam erat.
Serta merta bayangan wajah yang paling dia sayangi menjelma. Wajah yang sentiasa tersemat di hati kecilnya.
Dia membuka mata sebaik sahaja ada sentuhan lembut dibahu.
YOU ARE READING
Dani Amani
General Fiction"So far, what do you think about us?" Ayahanda memandang tajam ke arah Amani. Serentak itu Amani menundukkan wajah. 'Kenapalah anak beranak suka pandang orang macam tu?' Amani berdehem seketika dan menyusun ayat dalam otak sebelum memberi jawapan. "...