1-

17 1 0
                                    

Saera POV

"Mana Wonwoo nih, dah pukul berapa ni tak sampai-sampai jugak..heish"rungutku. Mataku meliar mencari kelibat Wonwoo a.k.a sahabatku. Kakiku tak berhenti bergoyang, risau. Dah biasa kalau risau mesti kaki bergoyang.

"Nanti sampai la tu. Risau betol tak nampak namjachigu dia"usik Hye Jin. Mendengar perkataan 'namjachigu' terus aku menoleh ke arahnya. Tajam saja mataku melihatnya."pfft..aku gurau je"kata Hye Jin. Tau takut.

Ramai sangat yang menganggap kitorang couple tapi sebenarnya tak. Dyorang salah. Aku dan Wonwoo kawan rapat. Kacip gitu. Kenapa dyorang fikir macam tu?

"Korang rapat sangatla. Bila korang dua duduk bersama, comel sangat. Korang sepadan la"kata Hye Jin. Ya tulah jawapan yang biasa aku dapat bila ditanya mengapa." Kitorang tak ada apa-apa, biasala bila dah rapat dari kecil. Mestila dah besar pon rapat. Lagipun aku selesa duduk dengan dia, rasa selamat."kataku lagi. Jujur aku cakap, berada disisi Wonwoo adalah tempat kedua selamat selepas keluarga ku. Dia pandai dalam seni pertahankan diri tau. Kau hado?😂

"Saera, sahabat sejati kau dah sampai"kata Hye Jin. Aku terus mengangkat kepalaku untuk melihat Wonwoo. Wonwoo tersenyum padaku, aku tidak membalas tetapi memandang dengan pandangan maut..(pfft)
Wonwoo menggaru leher yang tidak gatal. Senyuman kambing ditayang. Dia mengambil tempat dihadapanku. "Awal datang"perli ku. Wonwoo menoleh kearahku kemudian tergelak kecil. "Sorry,sis. Bangun lambat tadi"balasnya. Aku memandangnya. "Bukan aku suruh kau pasang alarm ke? Kau tak buat eh? Heish kau ni. Cuba la buat. Aku ni risau bile kau datang lambat macam-macam dalam kepala otak aku ni pikirkan kau. Suka buat aku risau" kataku. Wonwoo hanya tersenyum manis apabila mendengar aku bebel. Apakah? Senyuman kau tak boleh redakan aku la Wonu! "Sayang juga kau kat aku"katanya. Aku memandangnya dengan poker face. "Gila tak sayang member sendiri. Dari kecik aku kenal kau kot. Dah masak sangat dengan perangai kau , tau tak"kataku. Wonwoo hanya tergelak mendengar kata-kata ku. "Ingatkan sayang lebih dari kawan" kata Wonwoo. Kali ini aku tersentak. Aku memandangnya. "Tak ingin aku kat kau. Dah la tak hensem. Hensem lagi oppa aku tau"kataku selamba. Wonwoo memandangku kalini muka masam. Haha..padan muka.

———————♪♪♪———————

"Wonwoo aku nak singgah rumahkau balik ni, lama tak jumpa ahjumma"kataku kepada Wonwoo. Wonwoo mengangguk. Roti coklat yang dipegangnya dimakan pelahan-lahan. Aku memandangnya

kadang-kadang dia ni hensem kadang tu tak langsung.

Wonwoo memandangku, dia memandang aku pelik. Aku tersenyum manis. Rambutnya kuusap kasar." Kau kenapa? Pelik semacam. Jatuh cinta dengan aku ke?" Wonwoo membetulkan rambutnya. Gelak Ku tersembur keluar, sumpah cakap tak sangka ada member kuat perasan. "Wonu, please la. Dahla tak hensem. Sorry,kau bukan pilihan aku" kataku sombong. Heh.

"Ceh jujur jelah, ramai kot kat sekolah ni minat aku cakap aku hensem , cool. Takkan kau tak rase macamtu kat aku?" Aku memandangnya, tanganku diangkat tanda bersedia untuk memukul. Wonwoo ketawa."okey okey, heish susah dapat member jenis macam kau ni, usik sikit dah emo"katanya. "Kalau macamtu tak payah kawan aku pergi cari member baru tak payah cari aku dah" kataku. Aku bengun dari bangku lalu berjalan pergi. Tiba-tiba seseorang memelukku dari belakang. Ya wonwoo memelukku.

"Mianhae Saera, aku saja je tadi. Kau je kawan rapat aku yang paling aku sayang sekali tau."kata Wonwoo dengan nada manja. Aku tersenyum kemenangan. Haha. Baru nak merajuk. Aku memusing kan tubuhku supaya mengadapnya. "Haha, pandai pulak nak pujuk aku. Dahla. Lepaskan aku, aku nak masuk kelas" kataku cuba melepaskan diri dari pelukannya. Walaupun dah biasa berpeluk tapi pelukan dia kalini susah nak dilepaskan. Apa yang dia nak?

"Aip, kiss dulu baru pergi"katanya, aku kaku disitu. Apasal tiba tiba minta kiss ni. Aku menolak dirinya kasar. "Kau ngarut apa ni? Ni nak?"kataku sambil menunjukkan buku lima. Wonwoo hanya ketawa. "Mianhae, aku gurau je"katanya. Aku pergi meninggalkannya yang masih ketawa. Wonwoo memanggilku tapi langsung tidak dilayan. "Saera muka kau merah" laung Wonwoo. Aduh malu pula. Muka aku ni dahla cepat merah kalau diusik macamtu. Aku memegang kadua pipiku. "Jangan kacau aku la Wonu" balasku lalu bergegas masuk kekelas.

———————♪♪♪♪——————

Wonwoo POV

"Eomma, Wonu dah balik" laung aku sejurus masuk kedalam rumah. Saera dibalakang mengikuti langkahku. "Ya. Eh, Saera. Lama kamu tak datang rumah ahjumma. Rindunya ahjumma pada kamu" kata eomma lalu memeluk Saera. "Mianhae ahjumma, Saera malas nak keluar sekarang ni. Berat je rasa kaki ni nak melangkah ke pintu..haha" balas Saera. "Yelah berat sebab kau dah gemok. Tulah aku suruh diet sebok nak makan itu ini. Kan dah gemok" kataku kepada Saera. Saera memandangku tajam. Aku hanya tersenyum saja. "Ish kamu ni Wonu, suka sangat kacau si Saera ni." Kata eomma. Aku tersenyum saja mendengar kata- kata eomma. Bukan apa aku kacau ada makna. Hehe.

"Saera aku nak masuk bilik jap. Kau tunggu kat sini OK" aku memberitahu Saera." Aku ikut" katanya selamba. Aku memandangnya. "Tak payah la. Bilik aku bersepah la" "eomma dah kemaskan. Pergi jelah Saera, jangan buat menda bukan-bukan sudah" kata eomma. Aku memandang eomma, eomma hanya tersenyum sambil membuat wink. Watthee--

Aku akur."kau jangan sepahkan bilik aku. Duduk je diam"kataku kepada Saera. "Yelahh.. Alah setakat bilik kau je"balasnya. Aku meletakkan beg di atas katil lalu mencapai sebuah album diatas meja. Aku memberikan album itu kepada Saera. "Tu album masa kecik dulu. Tengoklah, aku comel sangat tau masa tu" kataku. Haha..dasar masuk bakul angkat sendiri. Saera memandangku dengan poker face. "Sumpah aku cakap kau memang kuat perasaan"katanya. Aku ketawa saja. Saera membelek satu persatu gambar gambar itu. Aku yang duduk disebelah hanya memerhati sahaja. Kadang dia tersenyum, kadang ketawa. Heish, comelnya. Kenapa comel sangat.

"Wonu tengok ni, ni time kau dengan aku tengah main lumpur. Seronok nya time tu" katanya sebelum menoleh memandangku. Mata kami bertembung. Mukanya tiba-tiba saja merah. Haha. Aku ketawa melihatnya yang sedang tertunduk malu. Comel. Aku mengusap rambutnya. "Hey, dengan aku pun takkan nak malu." Aku cuba mengusiknya. Dia memandangku. Tangannya laju memukul lenganku. "Ahjumma tengok Wonu dia kacau saya" jerit Saera. Laju saja aku menutup mulutnya. "Jangan la kacau eomma la" kataku. Dia ketawa. "Ceh tau takut"katanya. Tanganku ditepis. "Aku balik dulu. Nanti kalau free datang la rumah. Ajak ahjumma sekali" kata Saera. "Buat apa datang rumah kau" "okey kau diharamkan masuk rumah aku" katanya selamba sebelum keluar dari bilikku. "Yahhh, saera aku gurau je" kataku cuba mengejarnya."okey" katanya lalu keluar dari rumah aku. Aku tersenyum sendiri. Muka ku raup kasar. Rasa bahagia tercalit dihati. " Saera dah balik?" Pertanyaan eomma mematikan senyuman aku. "Sudah, baru saja" balasku. Eomma mengangguk saja kemudian masuk ke biliknya semula. Kesian eomma. Sejak kebelakangan ni eomma sering sakit. Eemm..eomma taknak bagi tahu aku apa penyakitnya. Katanya taknak aku risau dan penyakitnya tidak terlalu kritikal. Aku hanya percaya pada kata katanya.

Without You •|WW|•Where stories live. Discover now