3-

7 0 0
                                    

Saera POV

Aku melihat nombor yang diberi oleh Minghao dua minggu lepas. Aku tersenyum sendiri. Teringat akan kata-kata yang diucapkan Minghao.

Kalau suka jangan simpan , terus terang je. Mungkin akan diterima.

Minghao seperti tahu aku menyukainya. Ke si Wonu bagi tahu. Ermm..kena tanya ni. Baru sahaja ingin keluar dari bilik tiba-tiba phoneku mengeluarkan lagu Call Call Call dari Seventeen. Eheh. Ya ringtone aku. Pantas saja tangan aku mencapai phone diatas katil. Nama pemanggil dilihat. OMG Minghao call!!. Aku segera menjawab panggilannya.

"Moshimoshi eehh..annyeong"jawabku. Tersasul pula bahasa jepun. Heh

"Annyeong Saera, Saera free tak esok!"

"Esok free je. Kenapa ye?"

"Saya nak bawak Saera keluar. Bolehkan?".

Aku nak pengsan. First time namja ajak hang out. Aku berfikir sejenak. Maybe boleh sebab esok mesti oppa tidur je sebab penat so dia tak sebok sangat pasal aku. Appa kerja, eomma mesti bagi je. Bolehla

"Bolehje. Pukul berapa?" Soalku, gembira.

"Esok pukul 10 pagi saya ambil awak depan rumah. Janji OK"

"OK, bye" aku mematikan panggilan. Senyuman gembira terukir. Aku rebahkan tubuh diatas katil. Bantal peluk jadi mangsa peluk aku. Exited nya esok.

——————♪♪♪♪♪———————

Aku mengenakan t-shirt putih bercorak bunga dan seluar jean. Ditambah dengan jacket denim yang lawa. Lol. Perfect. Aku mencapai beg kecil berwarna biru muda lalu keluar dari bilik. Keluar saja dari bilik, aku terserempak dengan oppa yang baru keluar dari biliknya juga. Oppa memandangku dari atas sampai bawah.

"Saera nak pergi mana?" Soalnya. Alamak, macam mana nak cakapni.

"Ada date dengan Wonu ke?" Laju aku menggeleng. Apa pula Wonwoo, Minghao lah. Oppa memandangku pelik. Dia mengeluarkan phonenya lalu mendail nombor seseorang.

"Yah Minghao, kau ada ajak Saera keluar ke?" Terdengar oppa menyebut nama Minghao, aku memandang oppa. Oppa tersenyum padaku.

"Nae, jaga dia elok-elok. Kalau kau buat apa-apa. Jangan datang practice lagi" kata oppa sebelum mematikan panggilan. Aku memandang oppa. Oppa kasi pergi. Wahh.

"Tunggu apa lagi. Minghao dah tunggu kat luar" kata oppa. What.. Aku memandang jam, sudah menunjukkan pukul 9:56 pagi.

"Nae"

Aku bergegas turun tangga dan terus keluar dari rumah. kelihatan Minghao berbaju biru biru muda sedang memandangku dengan senyuman.

Pagi yang indah dengan senyuman samanis gula dari Minghao tercinta. Wth apa aku merepek ni.

"Morning" sapanya. Aku membalas sapaanya dengan senyuman. Dia membuka pintu kereta dan menyuruhku masuk. Aku akur.

"Saya akan bawa awak pergi tempat special hari ni" mendengar perkataan 'special' membuat aku happy.

——————♪♪♪♪♪———————

Wonwoo POV

Kereta Minghao dihadapan rumah Saera buat aku tertanya-tanya. Apa Minghao buat kat sini? Tak lama itu, Saera berlari keluar dari rumah dengan pakaian yang...wah she look so beautiful.. Okey sekarang aku faham apa yang Minghao nak buat. Mestila ajak Saera keluar kan. Aku datang nak jumpa Seungcheol hyung dan ternampak pulak menda macam ni. Tabahla hati. Aku memegang dada sebelah kiri. Aku tersenyum nipis.

Selepas kereta Minghao meninggalkan rumah Saera, aku bergegas kerumahnya. Punat loceng ku tekan. Tak lama selepas itu, pintu itu dibuka oleh Puan Choi.

"Annyeong ahjumma" sapaku sebelum tunduk hormat padanya.

"Annyeong ,Wonu. Kamu datang nak jumpa Saera eh? Saera tak ada dia keluar dengan kawan" kata Puan Choi. Ceh kawan sangat.

"Ani, saya nak jumpa Seungcheol hyung. Ada something nak dibincangkan" kataku. Puan Choi mengangguk lalu menjemputku masuk. Puan Choi menyuruhku ke bilik hyung kerana hyung malas nak keluar bilik katanya. Aku terus kebiliknya. Pintunya ku ketuk sebelum masuk.

"Haa, Wonu. Datang pun" hyung berkata. Aku hanya tersenyum.

"Saera mana?" Saja aku menyoal begitu.

"Keluar date dengan Minghao" balas hyung. Aku dah agak. Tabahla hati.

"Jeles?" Kata Seungcheol hyung tiba-tiba. Aku pantas menggelengkan kepalaku. Seungcheol hyung tersenyum sinis.

"Dari riak muka kau tu, aku dapat tahu. Wonu. Kau suka Saera kan" kata Seungcheol hyung. Aku hanya tersenyum. Lantakla hyung tahu pun. Seungcheol hyung mengusap belakangku.

"Sabarla Wonu" kata hyung serba sedikit hilangkan rasa sedihku. Hanya satu perkataan, hatiku berasa lega walaupun tak sepenuhnya.

"Dahla,hyung. Ada apa hyung nak jumpa saya ni" soalku. Hyung mengambil sehelai kertas yang penuh dengan tulisan.

"Jap, tunggu Vernon dan Mingyu. Nak bincang tentang rap dalam lagu baru tu" kata hyung. Aku mengangguk.

———————♪♪♪♪——————
Minghao POV

Aku membawa Saera ke Sungai Han. Kami berjalan-jalan di sekitar sungai Han itu.

"Saera, jom duduk dekat situ" kataku kepada Saera. Saera akur. Kami duduk dibangku yang aku tunjuk tadi.

Sangat sunyi. Tiada siapa yang memulakan percakapan. Hanya berlatar belakangkan bunyi cengkerik yang agak nyaring.

"Saera, awak nak tau something tak?" Soalku kepadanya. Saera memandangku dengan muka yang penuh tanda tanya. Dia mengangguk.

"Sebenarnya, saya dah lama perhatikan awak. Dari first time Seungcheol hyung bawa awak ke bilik practice. Time tu awak nampak comel sangat sampai buat saya tertarik dengan awak. Sejak dari tu saya tunggu awak datang. Tapi dah dua bulan awak tak datang tengok kami. Saya rasa rindu. Nak call saya tiada nombor awak lagipun saya tak kenal awak sangat. Bila Wonu cakap awak nak kenal saya, saya happy sangat. Terima kasih Saera" aku berterus terang. Jujur aku cakap aku suka sangat dengan dia.

Saera hanya menunduk mendiamkan diri. Salah ke aku cakap?

"Minghao" Saera memanggil aku. Aku memandangnya. Dia mengangkat mukanya yang sudah berona merah. Malu?

"Minghao, saya dah lama suka dengan awak. Sejak seventeen debut, awak comel sangat dulu. Sekarang dengan gaya swag awak tambah pula makin hensem. Saya takleh move on dari tengok awak" kata Saera, mukanya bertambah merah. Pffft

Hatiku berasa happy. Happy gila!! Aku tersenyum memandangnya. Saera hanya tunduk menahan malu. Heh, comel. Aku memegang pipinya. Dia memandangku. Aku tersenyum manis sebelum mendaratkan bibir ku pada bibirnya. Sesaat. Aku memandangnya. Haha. Mukanya semerah tomato kat supermarket. Aku ketawa.

"Apa yang lawak? Dah la kiss tiba-tiba. Malu tau" Katanya. Tangannya memukul ku tanpa henti. Aku menyuruhnya berhenti tapi dia masih memukul lengan aku. Sakit tau. Aku mengambil keputusan untuk memeluknya. Dia berhenti dari pukul aku. Kahkah. Terus diam.

"Saranghae" ucapku ditelinga kirinya. Dia menggenggam erat bajuku.

"Nado saranghae"ucapnya. Haha. Bunga-bunga dihati telah berkembang mekar.










Saya merepek apa ni..takda idea tapi nak update jugak!..

* saya buat 96 n 97 line sebaya ya. 95,98 n 99 stay..lol..

Without You •|WW|•Where stories live. Discover now