2-

13 0 0
                                    

Saera POV

Kedengaran pintu bilik oppa ditutup. Aku tersenyum sendiri. Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik oppa. "Oppa, Saera masuk eh" kataku sebelum masuk ke dalam bilik oppa. Oppa yang sedang berbaring diatas katil memandangku. "Saera nak apa? Oppa penat, baru balik dari practice ni" kata Seungcheol oppa. Aku mengangguk. Oppa aku seorang idol jadi siang malam dia berlatih tambah pula dia leader kumpulan dan kumpulannya tengah naik sekarang, banyak juga menda dia kena handle. Kadang tu oppa tak balik dan tidur di dorm Pledis.

"Oppa, esok Saera cuti. Saera nak ikut oppa pergi practice boleh?"rayuku. Bukan apa, sudah lama aku tidak bertemu Seventeen, rindu pula. Lagipun aku nak jumpa crush aku yang dah lama aku adore dari dyorang debut lagi. Siapa? Ala yang swag tu, si lapan tu. Haha. Hensem kan.

"Nak ikut? Tak payah la. Kan dah selalu jumpa Wonu kat sekolah" kata oppa. Mesti ingat aku nak jumpa si Wonwoo. Please la, aku nak jumpa orang lain juga.

"Wonu dah selalu, Saera dah lama tak jumpa Jeonghan oppa, nak main dengan Chan, nak borak dengan Seungkwan si diva. Ala oppa, bolehla"rayuku lagi. Kalini dengan sedikit aegyo. Ceh. Oppa meraup mukanya yang kelihatan penat.

"Yelah, dah keluar. Oppa nak tido" kata oppa sambil menolak aku keluar dari biliknya. Aku mengucapkan terima kasih sebelum dia menutup pintu. Aku tersenyum sendiri. "Yeayyy, jumpa seventeen!" Jeritku dihadapan bilik oppa. "Senyap Saera" laung oppa dari dalam bilik. Aku menutup mulutku dengan tangan. Happynya. Jumpa boygroup yang aku adore kot. Kadangtu jatuh cinta dengan oppa sendiri pun ada. Hahaha.

——————♪♪♪♪———————

"Saera, palli. Oppa dah lambat ni" laung oppa. Aku melihat dress biru muda yang aku pakai di hadapan cermin. Okey, lawa. Aku berlari menuruni tangga. "Saera jangan berlari"kata eomma. Aku tersenyum memandang eomma di dapur. "Eomma, Saera ikut oppa tau" kataku kepada eomma. Eomma mengangguk saja. Aku menuju ke kereta oppa. Oppa sudah berada didalam kereta.

"Ceh, melawa ni untuk Wonu latu." Kata oppa sejurus aku masuk kedalam kereta. Aku memandang oppa." Pleasela, Wonu tu kawan Saera je ok" kataku. "Orang nak jumpa Minghao"kataku pelahan. "Apa Minghao? Nak jumpa Minhao?" Kata oppa sambil ketawa. Apa yang lawak. Aku memandangnya. "Oppa, drive jelah. Tak payah kacau orang" kataku. Aku mencapai phoneku. Oppa disebelah masih ketawa. Apa? Aku minat Minghao je. Itupun lawak. Heish.

Kami tiba dihadapan Pledia. Aku keluar dari perut kereta dan tersenyum riang memandang bangunan Pledis yang besar dihadapan aku ni. Aku suka tengok senibina bangunan ni, lawa. "Saera, jom" Seungcheol oppa memanggilku. Aku akur. Aku berjalan mengikutinya memasuki Pledis. Kami bergerak ke tingkat tiga dimana bilik practice dyorang ditempatkan. Keluar sahaja dari lif, kedengaran bunyi derapan kaki seperti sedang menari. Aku semakin teruja. Kami memasuki ruang practice itu. Kelihatan Seventeen sedang practice tanpa Seungcheol oppa. "Sebongss, rehat!"laung Seungcheol oppa. Semua ahli Seventeen berhenti dan memandang kearah Seungcheol oppa dan aku.

"Saera!!!" Laung Soonyoung dan Seokmin. Aku tertawa melihat mereka. Dyorang berlari kearahku lalu mencubit pipiku.  "Lama tak jumpa kau, tak rindu aku ke?" Soal Soonyoung. Seokmin mengangguk. Gila tak rindu. Kalau kau satu sekolah dengan aku dan wonwoo ye aku tak rindu. Ni sekolah pun lain-lain. "Aku pun rindu. Sebab tu aku datang sini. Aku merayu tau kat oppa nak datang" kataku. "So lama tak datang sebab hyung tak bagi ikut?" Soal Seokmin. Aku hanya mengangguk. "Hyung, kenapa tak bagi Saera datang??!" Laung Seokmin kepada Seungcheol oppa. Aku ketawa. Oppa memandang Seokmin. "Eh lantak aku lah" kata oppa sebelum menarik Jeonghan oppa keluar dari ruang practice.

"Saera ambilkan tuala tu" aku memandang si penyuruh itu. OMG, Minhao lah. Aku mengangguk lalu mengambil tuala berwarna hijau disebelah aku. Aku hulur kepadanya. "Gomawo" ucapnya dengan senyuman. Aku membalas senyumannya itu. Aku perhati saja dia. Heish, hensemnya. "Saera!" Namaku dipanggil mematikan lamunanku. Aku memandang Soonyoung dan Seokmin yang sedang tersenyum memandangku. "Kau pandang siapa ha?" Soal Soonyoung. "Kau suka Minghao eh??" Soal Seokmin pula, keningnya diangkat berkali-kali. Aku menggelengkan kepala. Kantoi pula.

——————♪♪♪♪♪———————
Wonwoo POV

Aku memandang Saera yang dari tadi memandang si Minghao. Dia suka Minghao, itu yang aku rasa. Nampaknya aku kena usaha lebih pula. Aku menuju kearah Saera lalu duduk disebelahnya. Saera yang terkejut terus memandangku. Aku berikannya senyun paling manis aku pernah bagi. Heh. Dia membalas. Alah comelnya.

"Kau kenapa, datang terus senyum. Rindu ehh. Baru sehari tak jumpa aku" Katanya. Aku ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. "Aah aku rindu, rindu sangat" kataku sebelum memeluknya erat. "Eheh, lepaslah. Sebongss tengok" katanya. Tahu pun malu. Aku melepaskan pelukan. "Hyung, apa buat depan kitorang ni. Pergi masuk dorm la" kata Seungkwan. Aku memandang Seungkwan. Joshua hyung datang kepadanya lalu memukul kepalanya. "Hey, kau tu kecik lagi tak payah nak cakap pasal mende tu" kata Joshua hyung. Seungkwan memegang kepalanya. Mukanya merah menahan tangis. Oh baby boo. Joshua hyung memeluknya lalu keluar dari bilik practice. Ha proses pujuk si Boo pulak.

"Wonwoo, Minghao tu sebaya kita kan" soalan Saera mematikan senyumanku. Dengar saja nama Minghao terus hilang mood. Aku tak marah si Minghao tu cuma kenapa dia suka Minghao kenapa tak aku! Huhu.

Aku mengangguk menjawab soalannya. Dia tersenyum gembira. Cis, comel gila. Aku takleh move on. "Saera, kau suka Minghao ke?" Soalku. Muka Saera merah tiba-tiba. Dia mengangguk pelahan. "Nak aku tolong?" Cis, sakit. Kenapa aku tanya ni. Dia memandangku. Mukanya seperti tidak percaya.
Aku mengangguk. Dia tersenyum manis. "Tapi aku tak rapat dengan dia dan aku tak kenal dia sangat" rengeknya. Aku mengusap rambutnya. "Tak apa. Kau tunggu jap" kataku sebelum menuju kearah Minghao yang sedang ralit bermain dengan phonenya. Aku memukul pelahan bahunya. Dia memandangku.

"Bro, Saera nak kenal dengan kau. Pergila. Dia fan kau tau" kataku membuat Minghao tergelak. "Adik Seungcheol minat aku?" Soalnya. Aku mengangguk. Minghao mengintai ingin melihat Saera dibelakangku. "Lawa jugak" katanya sambil tersenyum. "Dahdah, pergilah kat dia. Kenal-kenal dengan dia. Tanya apa yang patut" kataku. Aku menarik tangan kurusnya. Dia akur.

Aku membawanya kepada Saera. Aku menolaknya duduk disebelah Saera. Saera terkejut memandang aku. Aku tersenyum sebelum keluar dari bilik practice. Aku mengeluh. Aku mengintai dari celah pintu, kelihatan Saera sedang tersenyum manis memandang Minghao begitu juga Minghao, tersenyum memandang Saera. Aku tersenyum nipis. Biarlah Saera happy. Dia happy aku happy.

Without You •|WW|•Where stories live. Discover now