Wonwoo POV
Aku bangun awal hari ni. Aku pun tak tahu apa aku mimpi semalam sampai hari ni bangun awal pagi.
Aku hanya berjalan kaki kesekolah. Awal pagi yang dingin macam ni buat aku rasa tenang sangat. Rasa macam semua beban hilang.
"Wonuuu!!"
Namaku diseru. Aku menoleh, terlihat Saera sedang berlari mengejar aku. Aku menunggunya. Sampai sahaja disebelahku dia beri aku satu senyuman manis. Ouch. Aku membalas senyumannya.
"Awal kau bangun hari ni" katanya. Dia memaut lenganku. Dah lama dia tak buat begitu.
"Saje bangun awal" kataku sambil melepaskan tangan aku dari pautannya. Mukanya seperti pelik melihat tingkah laku aku. Dia akur dan melepaskan tangan aku.
——————♪♪♪♪♪———————
Saera POV
"Saje bangun awal" balas Wonwoo. Dia cuba melepaskan tangannya dari pautan aku. Kenapa? Biasanya boleh je aku pegang tangannya.
"Wonu kau sakit ke?" Soal ku. Dia menggelengkan kepalanya. Aku pelik melihat tingkah laku si Wonwoo ni. Kenapa tak nak bercakap dengan aku?
"Syok keluar dating dengan Minghao?" Wonwoo bersuara. Aku memandangnya. Dia tahu?!!
"Seungcheol hyung bagi tahu aku" Katanya lagi. Aku agak dah, ni mesti kerja oppa. Tak boleh simpan rahsia oppa ni.
"Best la jugak. Minghao bawak aku pergi jalan-jalan kat Sungai Han. Lepastu bawak aku pergi tengok wayang. Oh, dan dia confess dengan aku" kataku. Wonwoo memandangku sebelum mengangguk. Dia tidak memberi apa-apa respon. Biasalah muka dia jenis muka macam tak ada perasaan. Kadangtu aku pun tak tahu dia tengah happy ke sedih.
"Semoga bahagia" katanya sebelum berlari memasuki kawasan sekolah. Aku memandangnya yang sudah jauh tinggalkan aku dibelakang. Badmood? Kk
"Saera!!!" Hye Jin memanggilku. Cis, memang suara dia pelahan pun.
"Yahh, tak payah jerit la" kataku. Aku meletakkan beg di tepi meja. Aku perasan akan Wonwoo yang meletakkan kepala di atas meja dengan mata tertutup sambil dengar lagu. Hye Jin mencuit lengan aku. Aku menoleh melihatnya.
"Kenapa dengan Wonu?" Bisik Hye Jin. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Korang gadoh eh" kata Hye Jin lagi. Aku pantas menggeleng. Tak pernah kitorang gadoh tau. Ni first time jadi macam ni. Aku pun tak tahu apa masalah Wonu sampai taknak bercakap dengan aku hari ni.
"Dia penat kot. Idol dikatakan" jawabku. Hye Jin mengangguk saja. Wonwoo masih membatukan diri. Tidur agaknya.
——————♪♪♪♪♪———————
Wonwoo POV
Dia confess dengan aku
Masih terngiang-ngiang perkataan tu dalam otak aku. Minghao confess sengan Saera. Wah, daebak. So dyorang couple la sekarang ni. Seungcheol hyung tahu ke? Mesti la tau.
Aku masih termenung memikirkan Saera dan Minghao.
Seseorang memegang bahuku menyedarkan aku dari termenung. Aku menoleh, Mingyu a.k.a si galah tersenyum padaku.
"Kau menungkan apa tu? Sihat tak? Macam tak sihat je. Muram dari tadi" katanya. Aku tersenyum saja.
"Tak ada apa la. Aku sihat je"balasku. Cuba menghilangkan kerisauannya. Dia mengangguk saja. Mingyu memberikan aku secawan kopi.
"Aspresso special untuk meanie"katanya. Aku menyambut huluran kopi itu. Heh, meanie. Nama gelaran untuk pasangan Wonwoo ( aku) dan Mingyu. Daebak carat.
Setelah 15 minit kami berlatih tarian untuk comeback tak lama lagi ,akhirnya sang leader beri rehat juga. Aku baring di tengah-tengah ruang practice itu diturut Serta Jun, Minghao dan Vernon. Masing-masing masih melepaskan lelah penat menari. Aku menoleh sebelah kiriku. Terlihat Minghao yang sedang mengelap peluh di mukanya. Memandang dia teringat si Saera.
"Minghao, jaga Saera leklok tau" kataku tiba-tiba. Minghao memandangku. Dia mengangguk sebelum datang dekat dengan aku.
"Kau jangan risau. Aku jaga sahabat kau yang sorang tu" balasnya sambil menggenggam tangannya tanda dia bersungguh dengan hubungannya. Aku tersenyum saja. Aku bangun dari baring.
"Kalau aku tahu dia nangis sebab kau, nahas kau" kataku. Minghao ketawa. "Kau sama macam Seuncheol hyung. Dia pun cakap macamtu" katanya sambil memegang bahuku. Bagus la kalau hyung cakap macamtu.
Staylong Saera, Minghao.
——————♪♪♪♪♪———————
Saera POV
"Saera, nanti saya datang rumah awak. Seungcheol hyung kata ada buat jamuan kan"
"Ye, saya tunggu awak datang"
"Okay. Bye"
"Bye" aku mematikan panggilan daripada Minghao. Hari ni oppa saja nak buat jamuan dan dia ajak ahli Seventeen je. JE. Tapi aku tak kesah pon, aku ajak jugak Hye Jin dan member aku yang lain.
10 daripada 13 orang sudah menunjukkan muka. Lagi 3 orang ialah Minghao, Wonwoo dan Woozi.
Oppa menyuruh aku menunggu Minghao dihadapan rumah. Aku akur. Bangku dihadapan menjadi tempat aku menunggu si Minghao.
Sedang aku menunggu, aku scroll chat aku bersama Wonwoo. Last kitorang contact adalah sebulan lalu. Last bercakap pula 3 hari lepas. Itupun ditanya bukan main panjang dijawabnya sepatah je.
Perangai Wonwoo pelik la sekarang. Bila ditanya taknak jawab. Kadang aku marah sebab, yelah kitorang kawan rapat dari kecil so semua problem kitorang kongsi. Dan kitorang dah janji, apapun jadi takkan ada yang sakit sorang-sorang. Ermm.
Bunyi hon kereta memeranjatkan aku. Aku melihat kereta itu, kereta Minghao rupanya. Minghao melambai kepadaku. Aku balas dengan lambaian juga. Minghao keluar dari kereta.
"Amnyeong Saera" sapa Woozi yang baru keluar dari kereta Minghao.
"Annyeong Woozi my little bro" kataku sambil ketawa. Woozi memandangku tajam. Haha, dia tak suka orang panggil dia kecik tapi betolkan? Tinggi dia sama dengan tinggi aku kot, 165 cm kan. Hehe.
"Gurau je Woozi" kataku. Dia mengangguk saja. Minghao datang kepadaku lalu memaut tubuhku dengan tangan kurusnya. Aku memberinya senyuman. Dia membalas.
"Kajja, oppa dah tunggu" kataku lalu menarik Minghao masuk kedalam rumah. Woozi sudah terlebih dahulu masuk lapar katanya.
——————♪♪♪♪♪———————
Wonwoo POV
Saera dan Minghao nampak gembira. Aku hanya memerhati dari dalam kereta Minghao. Dan aku rasa Minghao tak perasaan kot aku tak keluar lagi sebab selamba dia kunci aku kat dalam kereta ni.
Aku tunggu Minghao dan Saera masuk dahulu baru aku keluar. Apabila sudah hilang bayang mereka, aku melangkah keluar. Kemeja ungu muda yang aku kenakan aku betolkan agar nampak kemas.
"Wonu?" Seseorang menyeru namaku. Aku menoleh, kelihatan seorang gadis tersenyum padaku.
"Yuri, awak buat apa kat sini" soalku kepada Yuri, budak kelas sebelah.
"Saera jemput 10 carat yang terpilih untuk datang jamuan yang S.Coups oppa buat ni dan saya terpilih" katanya. Aku mengangguk saja.
"Marilah masuk, jamuan dah start rasanya" kataku. Dia mengangguk. Kami masuk bersama-sama kedalam rumah Saera. Nyanyian lagu-lagu Seventeen berkumandang.
Gomapda~~~ yeah
Tadaaaa..yeah new part! >-<. One day saya fikir jalan cerita. Hope korang suka la. Love u,babai❤
YOU ARE READING
Without You •|WW|•
Teen FictionBolehke lelaki dan perempuan berkawan tanpa ada perasaan suka antara mereka??..rasanya tak. Saera dan Wonwoo berkawan baik dari kecil sampailah sekarang. Wonwoo yang mempunyai perasaan kepada Saera menyerah kalah apabila menyedari Saera menyukai ora...