- C11 -

3K 153 42
                                    

"Kau takda mata ka apa sampai dia boleh lemas ?!"Hanseol yang berada di sisinya terkejut apabila Taehyung bertindak sedemikian .

"Aku dah selamatkan dia pun dah bersyukur ! Kau ingat aku nak sangat ka selamatkan dia ?! Dia mati dalam tu pun aku tak kisah lah !" tengking Jimin sambil menunding jari ke arah Jihye yang mula menangis .

"Kau gila ka apa ?!" dada Jimin ditolak kasar . "Memang aku gila ! Aku takkan biarkan dia hidup senang la lepas apa yang dia dah buat dekat Jungkook !" Hanseol kini semakin bengang dengan situasi tersebut .

Hanseol keliru mengapa tiba-tiba Jimin berkasar dengan Jihye . Apa kaitan pulak dengan Jungkook ? "Sudah la awak....." langsung Taehyung berkasar dengan Hanseol yang tidak bersalah itu .

"Awak diam boleh tak ?!" wajah Taehyung begitu bengis . Hanseol terkejut apabila Taehyung menengkingnya tetapi emosinya berubah setelah dia sedar apa yang dia telah lakukan .

Hanseol berlari keluar dari rumah tersebut dan lari ke mana yang mampu dia pergi . "Hanseol ! Kim Hanseol !" terjerit Taehyung memanggil Hanseol sambil mengejarnya dari belakang .

Akhirnya Taehyung dapat mencapai lengan Hanseol dan memberhentikannya . "Hanseol saya minta maaf..." ujar Taehyung masih lagi memegang lengan Hanseol .

"Minta maaf apa ?! Appa saya pun tak pernah tinggikan suara dekat saya !" lalu Hanseol beredar dari situ dan masuk ke dalam biliknya . "Hanseol !" Taehyung masih lagi mengejarnya tetapi Hanseol lebih awal .

-----

Malam terakhir mereka berada di situ , tetapi bermacam-macam perkara yang jadi . Hujan semakin lebat , begitu kena dengan perasaan masing-masing . Taehyung sedang risau memikirkan tentang Hanseol . Apa lah yang dibuatnya .

"Jihye saya nak mintak tolong boleh ?" soal Taehyung yang terserempak dengan Jihye di dapur . Jihye membuat riaksi tertanya-tanya . "Saya tidur dengan Hanseol boleh ? Awak tidur lah bilik saya"

Agak lama Jihye berdiam lalu dia mengangguk lalu beredar dengan hati yang terguris . Pintu bilik diketuk beberapa kali , tombol pintu dipulas . Tidak berkunci . Lalu Taehyung mengunci pintu dari dalam . Hanseol yang sedang menangis sambil memeluk bantal itu langsung tidak memandang Taehyung .

"Hanseol..." suara dalam Taehyung yang membolehkan sesiapa sahaja mati . Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Hanseol lalu memeluknya . Tetapi tangannya ditolak kasar oleh Hanseol . Namun Taehyung tetap berkeras hati untuk memeluk Hanseol .

"Saya tau awak marahkan saya... tapi awak perlukan saya sekarang ni kan..." bisiknya ditelinga Hanseol . Terasa hangat pelukan Taehyung melenyapkan segala perasaan takut . Hanseol berasa begitu selamat walaupun dia masih lagi berang dengan sikap Taehyung .

Agak lama Taehyung memeluk Hanseol sambil tangannya menggosok tangan Hanseol supaya dia sentiasa berasa suam . Hanseol pun sudah berhenti menangis .

"Mianhe...saya dah banyak sakitkan hati awak . Saya cuba untuk sayangkan awak... saya cuba . Bagi saya masa...." bisiknya lagi kerana dia ingat Hanseol sudah pun tidur .

"Saya tau awak sukakan Jihye unnie . Saya cuba untuk lupakan siapa awak pada hati saya...saya cuba . Saya perlukan masa.... masa untuk bahagia dengan awak..." ujar Hanseol dengan suara yang getar . Taehyung terkejut apabila dia tahu Hanseol masih lagi belum tidur .

-----

Sehari berlalu , mereka sudah pulang dari bercamping . Taehyung sibuk dengan kerjanya , Hanseol pula selalu ada class . Mereka tidak meluangkan masa bersama malah tidak bercakap .

"Awak nak pergi mana ?" soal Taehyung apabila melihat Hanseol berpakaian cantik . "Saya nak balik jumpa omma" jawabnya langsung tidak melihat wajah Taehyung . Dia rindu , rindu dengan pelukan Taehyung , bibirnya .

Tiba-tiba Taehyung menariknya ke dalam pelukan . "Pergi elok-elok" Hanseol terkejut tetapi dia tidak membalas semula pelukan Taehyung . Dia mengambil teksi untuk ke rumah omma dan appanya .

-----

"Kau ingat ni syarikat appa kau ka nak datang lambat ?!" tengking Mr Park iaitu appa kepada Jimin dan CEO baru di syarikat tersebut setelah Mr Kim meninggalkan dunia .

Mr Park adalah seorang yang sombong dan tak sedar diri . Sudah lama dia menantikan saat kematian Mr Kim supaya dia dapat menguruskan syarikat yang terkemuka itu .

"Saya ada hal dekat class tadi" jawabnya sambil melihat lantai . "Kau takda mata ka nak tengok aku ?!" pipi Taehyung ditampar kasar . "Sudah lah appa" ujar Jimin sambil memegang lengan Mr Park . "Kau nak back up anak kutip ni ?"

Hari semakin malam , telefon bimbit Taehyung berdering menunjuk nama Jihye di screen . "Oh Jihye kenapa ?" katanya sambil membuka pintu kereta . "Saya nak jumpa awak kejap"

-----

"Ada apa awak nak jumpa saya ?" mereka berdua berjumpa di taman . "Saya...saya suka awak Taehyung-ah... saya tau awak dah berpunya tapi saya nak awak... awak boleh fikir dulu..." ujar Jihye dengan pantas sekali .

Taehyung terdiam , otaknya sedang berfikir patut ka dia terima Jihye . Macam mana pula dengan Hanseol ? "Saya terima awak"

-----

Jam menunjukkan pukul 10 malam . Selalunya bas sudah tiada pada waktu begitu . Tetapi Hanseol tetapi tunggu , mana lah tahu tuahnya ada . Tiba-tiba sebuah kereta hitam berhenti , cermin tingkap dibuka .

"Oh Mr Seokjin buat apa dekat sini ?" senyuman lebar terukir di bibir Hanseol . "Awak nak balik ka ? Saya boleh tumpangkan" lalu Hanseol masuk ke dalam kereta .

Dalam perjalanan mereka berborak kosong . "Saya nak singgah kedai saya kejap" mata Seokjin tertumpu pada jalan . Hanseol mengangguk , dia ikut sahaja lagipun dia merindui anjing di sana .

Setibanya di kedai , Seokjin mengajaknya masuk . Lalu dia mengikut Seokjin hingga ke dalam . Buat pertama kalinya dia masuk ke dalam rumah Seokjin . Serba lengkap dengan bilik tidur . Gila .

Sedang dia membelek sekeliling , tiba-tiba Seokjin menarik lengannya masuk ke dalam bilik lalu dia mengunci pintu . "Mr Seokjin buat apa ni ?!" tangannya semakin merah kerana genggaman Seokjin yang terlalu kuat .

"Saya dah lama tunggu saat ni... awak tau kan badan awak sexy ?" tubuh Hanseol ditolak ke atas katil . "Tolong....tolong jangan apa-apakan saya !"

-----

Nasib Hanseol sungguh baik , Seokjin tidak mengapa-apakan dia . Tetapi bajunya terkoyak kerana Seokjin yang cuba untuk melahapnya . Seokjin tidur nyenyak sambil tidak memakai baju . Nasiblah telefonnya tidak dirampas oleh Seokjin .

Dalam keadaan yang cemas dia mendail nombor Taehyung . "Cepat......cepat" telefon diletakkan di telinganya . Tetapi Taehyung tidak menjawab . Tubuhnya menggeletar sambil mendail nombor Jimin . Hanya Jimin harapannya .

Hanya beberapa saat Jimin menjawab panggilan . "Jimin tolong saya.... saya takut...." ujarnya belum sempat Jimin berkata apa-apa . "Awak dekat mana ni ?" nada suara Jimin seperti risau .

"Saya dekat kedai Mr Seokjin.....awak tolong saya....." tiba-tiba telefonnya dirampas oleh Seokjin yang entah bilanya bangun . "Kau nak pergi mana ?"

                                  -

PLAY | KTHWhere stories live. Discover now