- C13 -

1.9K 160 19
                                    

Dalam perjalanan pulang , Hanseol terserempak dengan Jimin yang juga dalam perjalanan untuk ke stesen bas . "Jimin sunbaenim !" Hanseol berlari menghampiri Jimin tetapi Jimin hanya tertunduk .

"Saya nak awak explain apa yang dah jadi" ujar Hanseol tercungap-cungap mengambil udara . Lalu mereka berhenti di taman .


Hampir 15 minit Jimin berdiam diri lalu dia melihat Hanseol dengan mata yang sayu . "Saya tak berniat untuk tipu awak . Sebenarnya Jungkook... dah takda . Dia kawan saya dengan Taehyung dulu . Awak tahu kan saya benci Jihye ?" Hanseol mengangguk dan berdiam diri untuk mendengar lagi penjelasan Jimin .

"Jihye tu ex yeoja chingu Jungkook . Diorang bersama dah hampir 3 tahun . Tapi masa birthday Jihye yang ke 20 , Jungkook ternampak dia berhubungan sex dengan namja lain . Selama 3 tahun diorang bersama , Jungkook tak pernah pandang yeoja lain selain Jihye . Selalunya Jungkook akan cerita dekat kitorang kalau dia ada masalah . Tapi dia langsung tak jumpa kitorang sampailah kitorang tahu yang dia bunuh diri . Dia terjun bangunan dekat apartment dia sebab dia kecewa...kecewa dengan diri dia sendiri . Dia ingat dia yang salah sebab tak mampu bahagiakan Jihye . Lepas dari tu Jihye dah start sukakan Taehyung . Dia memang selalu berkepit dengan saya , tapi untuk dapatkan Taehyung . And awak datang pada waktu yang salah . First day saya kenal awak dekat rumah korang , saya tahu apa yang akan berlaku kalau awak dah start sukakan Taehyung . Jadi saya ambik kesempatan untuk... jadi Jungkook dan jaga awak . Mulanya , perasaan benci dekat Taehyung tu muncul . Sebab setiap namja yang jadi crush Jihye saya akan bermusuh . Saya tanak Taehyung pula jadi mangsa tapi saya rasa benci sebab perasaan dia tak sama dengan awak . Dia susah untuk sukakan yeoja . And saya tau selama awak bersama dengan dia , dia tak tahu perasaan dia dekat awak . Awak tahu kan dia dengan Jihye tengah couple sekarang ?" Hanseol mengangguk dan mula berasa sebak .

"Saya tak tahu kenapa dia layan saya macam ni . Dia cakap dia akan cuba untuk sayangkan saya . Dia suruh saya bagi dia satu lagi peluang . Tapi dia terima Jihye . Patut ka saya percayakan dia ?" Hanseol menangis dengan sekuat yang mungkin . Jimin teragak-agak untuk memeluk Hanseol tetapi dia lakukan untuk memujuk Hanseol . 

"Saya percaya yang dia akan betul-betul berubah dan sayangkan awak" bisik Jimin sambil mengusap air mata Hanseol . Walaupun dia sakit hati dengan Taehyung tapi dia tetap menyokong satu-satunya sahabatnya .


"Tapi.... awak kena janji dengan saya yang awak takkan buat apa-apa yang bahayakan diri awak dan orang lain hanya sebab untuk jaga saya" ujarnya sambil mengeluarkan jarinya . Beberapa saat Jimin terdiam untuk berfikir lalu dia menggabungkan jarinya bersama jari Hanseol .

-----

Pin ditekan lalu kedengaran bunyi pintu terbuka . Hanseol terdiam apabila melihat kasut Jihye berada di dalam rumahnya . Dia pergi ke dapur di mana suara Jihye dan Taehyung kedengaran . Kedua-dua mereka berpaling melihat ke arah Hanseol lalu dia memberikan tunduk hormat .

"Hanseol awak dah balik ? Saya ada masakkan sikit untuk kita" ujar Jihye tersenyum lebar dn Taehyung yang berada disebelahnya melihat Hanseol . "Mian saya tak lapar" lalu dia bergerak masuk ke biliknya dan mengunci pintu .


Hatinya terluka bagai dihiris pisau . Apa gunanya peluang kedua yang diberi ? Air hujan mula jatuh ke tanah . Hampir 2 jam barulah Jihye pulang tetapi hujan masih lagi lebat di luar sana . Hanseol menutup telinganya , dia takut tapi tiada siapa yang ada dengannya sehinggalah bunyi ketukan pintu .

Niatnya untuk membiarkan sahaja Taehyung memanggilnya tetapi bunyi ketukan pintu itu membuatkan dia berasa geram lalu dia membuka pintu sambil mengelap matanya . Taehyung berdiri di hadapan pintu dan seluruh badannya menutupi dari cahaya lampu masuk ke dalam bilik .


"Awak okay ?" soal Taehyung meletakkan tapak tangannya di antara leher dan pipi Hanseol . "Macam mana saya nak okay kalau namja chingu saya bawak yeoja chingu dia datang rumah kita tanpa pengetahuan saya" mata Hanseol berkaca sambil melihat Taehyung lalu tangan Taehyung memeluk tubuh Hanseol .

"Untuk apa pelukan ni ? Ucapan tahniah sebab mampu bertahan dengan awak ?" soal Hanseol yang berada di dalam dakapan Taehyung . "Apa awak cakap ni ?" tubuh Hanseol dibawa ke katil . Taehyung menyelimut kedua-dua tubuh badan mereka di dalam selimut .

Dia mula mencium bibir dan leher Hanseol tetapi Hanseol langsung tidak memberikan apa-apa respond . "Saya tak pasti betul ka apa yang saya buat ni" ucap Hanseol lagi lalu Taehyung berhenti mencium leher Hanseol dan melihat ke dalam anak mata Hanseol .

"Tolong percayakan saya"


                                 -


Hai gais sorry sebab chapter ni agak pendek btw author nak bagitau yg ff ni dh nak habis . Korang jangan sedih sebab author akn sambung dengan ff lain . Ff yg on going sekarang ni 'MASK' and author akan publish lagi satu story tentang Hoseok bila ff ni dh end . So author harap korng akan sentiasa support author tak kira lah mcm mna story sekali pun hikss . Enjoy !

PLAY | KTHWhere stories live. Discover now